Blake Lively
Blake Lively | |
---|---|
Kelahiran | Blake Ellender Brown 25 Ogos 1987 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Ryan Reynolds (k. 2012) |
Anak-anak | 4 |
Blake Lively[1] (lahir Blake Ellender Brown;[2] Ogos 25, 1987)[3] ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat. Beliau membintangi sebagai Serena van der Woodsen dalam drama CW Gossip Girl (2007–12) dan telah membintangi filem-filem seperti The Sisterhood of the Traveling Pants (2005), Accepted (2006), The Private Lives of Pippa Lee (2009), The Town (2010), Green Lantern (2011), Savages (2012) dan The Age of Adaline (2015).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Lively dilahirkan di Tarzana kejiranan Los Angeles, California,[4][5] kepada pelakon Ernie Lively (né Ernest Wilson Brown, Jr.) dan isterinya, Elaine (née McAlpin), seorang pencari bakat.[6] Beliau mempunyai seorang abang, Eric, dua kakak tiri, Lori dan Robyn,[7] dan seorang abang tiri, Jason. Kedua-dua ibu bapanya dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat dalam industri hiburan.[8]
Semasa zaman kanak-kanak, ibu-bapanya membawa beliau bersama mereka ke kelas lakonan yang diajar mereka kerana mereka tidak mahu meninggalkan beliau bersama pengasuh. Lively berkata bahawa melihat ibu-bapanya mengajar kelas lakonan membantu beliau untuk latihan lakonan dan mendapat keyakinan ketika beliau lebih tua.[8] Beliau pada awalnya tidak berminat bidang lakonan dan mahu menghadiri Universiti Stanford. Semasa musim panas diantara tahun junior dan senior sekolah tinggi, abangnya Eric meminta ejennya untuk menghantar beliau ke beberapa uji bakat dalam tempoh beberapa bulan. Daripada beberapa uji bakat ini, beliau mendapat watak Bridget untuk The Sisterhood of the Traveling Pants.[9] Lively menjalani pengambaran babaknya untuk The Sisterhood of the Traveling Pants diantara tahun junior dan seniornya di Sekolah Tinggi Burbank.[9][10]
Karier
[sunting | sunting sumber]Lively memulakan karier lakonannya ketika berumur 10 tahun apabila beliau muncul dalam filem 1998 Sandman, yang diarahkan oleh bapa Lively.[11] Beliau muncul dalam filem adaptasi novel dengan tajuk yang sama, The Sisterhood of the Traveling Pants pada tahun 2005 sebagai Bridget. Lakonan Lively dalam filem itu mendapatkannya pencalonan Teen Choice Award untuk "Choice Movie Breakout – Wanita.[12] Pada tahun 2006, Lively membintangi bersama Justin Long dalam Accepted dan Lively mempunyai watak kecil dalam filem seram, Simon Says. Ketika Accepted tidak diterima baik oleh pengkritik, lakonan Lively pula mendapatkannya 'Anugerah Breakthrough' daripada Hollywood Life.[13] Pada tahun 2007, beliau muncul dalam filem Elvis and Anabelle sebagai Anabelle.[14] MovieLine.com memuji lakonannya dalam filem itu.[15]
Lively dipilih ke dalam siri The CW Gossip Girl, berdasarkan siri buku dengan tajuk yang sama oleh Cecily von Ziegesar, yang pertama kali ditayangkan pada bulan September 2007. Beliau melakonkan watak Serena van der Woodsen dalam drama remaja itu sehingga tahun 2012 apabila drama itu berakhir.[16][17] Muka depan majalah pertamanya adalah isu November 2007 Cosmo Girl.[18] Pada tahun 2009, Lively menyambung wataknya dalam filem sekuel, The Sisterhood of the Traveling Pants 2. Sama seperti filem pertama, Lively diterima secara positif oleh pengkritik.[19][20] Sehingga bulan November 2009, filem itu telah mengutip $44 juta dalam box office.[21] Pada tahun 2009, Lively muncul sebagai Gabrielle DiMarco dalam filem romantik komedi, New York, I Love You, sekuel kepada filem 2006, Paris, je t'aime. Walaupun mendapat pujian kritis daripada pengkritik, filem ini kurang berjaya dalam box office.[22][23]
Salah satu peranan yang paling terkenal Lively sehingga kini adalah peranan sokongan beliau dalam The Private Lives of Pippa Lee (2009).[24] Pada bulan Oktober 2009, Lively mula menjalani pengambaran untuk watak sebagai Kristina "Kris" Coughlin dalam filem 2010, The Town.[25] Lively melakonkan watak Carol Ferris dalam filem superhero Green Lantern yang ditayangkan pada bulan Jun 2011.[26] Filem ini membuat kutipan seluruh dunia sebanyak $219,851,172.[27] Lively muncul dalam video muzik The Lonely Island untuk lagu "I Just Had Sex" bersama-sama Jessica Alba pada bulan Disember 2010.[28]
Pada tahun 2011, beliau dimasukkan ke dalam senarai 100 orang yang berpengaruh majalah TIME.[29] Pada tahun 2012, beliau membintangi Savages bersama-sama Taylor Kitsch, Aaron Johnson, Salma Hayek dan John Travolta. Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai wajah baru wangian Gucci, Gucci Premiere. Beliau muncul dalam iklan filem pendek diarahkan oleh Nicolas Winding Refn untuk wangian itu.[30] Pada bulan Oktober 2013, Lively dinamakan sebagai wajah baru L'Oreal.[31] Lively membintangi filem The Age of Adaline (2015) bersama-sama Michiel Huisman dan Harrison Ford.[32] Filem ini mengutip $54.5 juta berbanding bajet sebanyak $25–30 juta.[33]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Lively mempunyai hubungan dengan Penn Badgley sebelum mengakhiri hubungan selama tiga tahun pada bulan September 2010.[34] Lively berjumpa dengan pelakon Ryan Reynolds semasa menjalani pengambaran Green Lantern pada awal tahun 2010 dan kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan pada bulan Oktober 2011.[35] Mereka berkahwin pada September 9, 2012 di Mount Pleasant, South Carolina.[36] Mereka mempunyai seorang anak, James,[37] dilahirkan pada bulan Disember 2014.[38][39]
Filmografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1998 | Sandman | Trixie/Tooth Fairy |
2005 | The Sisterhood of the Traveling Pants | Bridget Vreeland |
2006 | Accepted | Monica Moreland |
2006 | Simon Says | Jenny |
2007 | Elvis and Anabelle | Anabelle Leigh |
2008 | The Sisterhood of the Traveling Pants 2 | Bridget Vreeland |
2009 | New York, I Love You | Gabrielle DiMarco |
2009 | The Private Lives of Pippa Lee | Young Pippa Lee |
2010 | The Town | Kristina "Kris" Coughlin |
2011 | Green Lantern | Carol Ferris |
2011 | Hick | Glenda |
2012 | Savages | Ophelia "O" Sage |
2015 | The Age of Adaline | Adaline |
2016 | All I See Is You | Gina |
2016 | Untitled Woody Allen film | Kat |
2016 | The Shallows | TBD |
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2007–12 | Gossip Girl | Serena van der Woodsen | Pelakon utama; 121 episod |
2008–10 | Saturday Night Live | Hos/pelbagai | 3 episod |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2005 | Teen Choice Awards | Choice Movie Breakout Female | The Sisterhood of the Traveling Pants | Tercalon |
2008 | Choice Female Hottie | — | Tercalon | |
2008 | Choice TV Actress Drama | Gossip Girl | Menang | |
2008 | Choice TV Breakout Star-Female | Menang | ||
2008 | Newport Beach Film Festival | Achievement Award-Breakout Performance | Elvis and Anabelle | Menang |
2009 | Teen Choice Awards | Choice TV Actress Drama | Gossip Girl | Tercalon |
2010 | People's Choice Awards | Favorite TV Drama Actress | Tercalon | |
2010 | Teen Choice Awards | Choice TV Actress Drama | Tercalon | |
2010 | Broadcast Film Critics Association Awards | Best Acting Ensemble | The Town | Tercalon |
2010 | National Board of Review | Best Ensemble Cast | Menang | |
2010 | San Diego Film Critics Society | Best Supporting Actress | Tercalon | |
2010 | Washington D.C. Area Film Critics Association | Best Ensemble | Menang | |
2011 | People's Choice Award | Favorite TV Drama Actress | Gossip Girl | Tercalon |
2011 | Teen Choice Awards | Choice Movie Actress Sci Fi/Fantasy | Green Lantern | Tercalon |
2011 | Choice TV Actress Drama | Gossip Girl | Menang | |
2012 | People's Choice Award | Favorite TV Drama Actress | Tercalon | |
2013 | Teen Choice Awards | Choice TV Drama Actress | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Blake Lively and Ryan Reynolds: Marriage Certificate Shows They Wed Days After Secret Ceremony | E! Online". Ca.eonline.com. Dicapai pada March 15, 2015.
- ^ "Blake Ellender Brown, Born 08/25/1987 in California". CaliforniaBirthIndex.org. August 25, 1987. Dicapai pada March 15, 2015.
- ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1274). August 30, 2013. m/s. 20.
- ^ Finn, Natalie (September 17, 2012). "Blake Lively and Ryan Reynolds: Marriage Certificate Shows They Wed Days After Secret Ceremony". E! Entertainment Television. Dicapai pada March 9, 2013.
- ^ According to the State of California. California Birth Index, 1905–1995. Center for Health Statistics, California Department of Health Services, Sacramento, California. Searchable at Family Tree Legends
- ^ "Blake Lively : Biography". Biography.com. Dicapai pada March 15, 2015.
- ^ "Celebrity siblings". Glamour Magazine. Dicapai pada February 25, 2013.
- ^ a b Wood, Dana (December 2008). "Blake Lively's After School Activities (pg. 1)". W. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada November 15, 2009.
- ^ a b Dana Wood (December 2008). "Blake Lively's After School Activities (pg 2)". W. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-14. Dicapai pada November 15, 2009.
- ^ "Blake Lively profile". Biography.com. August 25, 1987. Dicapai pada January 21, 2014.
- ^ Allure Magazine. "The Anti-Gossip Girl" (May 2009)
- ^ "Awards for Blake Lively profile". Internet Movie Database. Dicapai pada December 6, 2012.
- ^ "Hollywood Life Magazine's 6th Annual Breakthrough Awards". Zimbio. December 10, 2006. Dicapai pada May 21, 2013.
- ^ Wood, Dana (December 2008). "Blake Lively's After School Activities (Page 4)". W. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-12. Dicapai pada November 15, 2009.
- ^ Adams, Michael (September 9, 2009). "Remembering Elvis and Anabelle: Blake Lively's Real Breakthrough". Movie Line. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-22. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ "Showbiz people briefs". Reuters. April 12, 2006.
- ^ Bibel, Sara (October 31, 2013). "'Gossip Girl' Two Hour Series Finale Will Air Monday, December 17 on the CW". TV by the Numbers. Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-18. Dicapai pada May 18, 2013.
- ^ Cosmo Girl Magazine (November 2007)
- ^ Tabouring, Franck (August 8, 2008). "Review: "The Sisterhood of the Traveling Pants 2"". Screening Blogs. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ Lumenick, Lou (August 6, 2008). "Sequels Wear Well". NY Post. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ "The Sisterhood of the Traveling Pants 2". Box Office Mojo. Dicapai pada November 14, 2009.
- ^ Loder, Kurt (October 16, 2009). "'New York, I Love You': Out-Of-Towners". MTV. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ Tabouring, Franck (October 12, 2009). "Movie Review: 'New York, I Love You'". Screening Blogs. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ Pomeranz, Margaret (October 2009). "The Private Lives of Pippa Lee". ABC News. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ "Blake Lively Goes to 'Town' for Ben Affleck". Film School Rejects. September 5, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-04. Dicapai pada November 13, 2009.
- ^ "Blake Lively Brightens Up Green Lantern". E! Online. Dicapai pada March 27, 2010.
- ^ "Green Lantern (2011)". Box Office Mojo. Dicapai pada February 4, 2012.
- ^ "The Lonely Island – I Just Had Sex (feat. Akon)". Dicapai pada February 6, 2010.
- ^ "The 2011 TIME 100". People. April 21, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada June 3, 2011.
- ^ Blake Dew (June 24, 2012). "Blake Lively To Be Directed By Nicolas Winding Refn In A Gucci Short Film". Wegotthiscovered.com. Dicapai pada May 28, 2013.
- ^ "Blake Lively is the new face of L'Oreal Paris". CBSNews. October 30, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-21. Dicapai pada November 3, 2013.
- ^ Fleming, Mike (October 16, 2013). "Blake Lively, Ellen Burstyn Set To Star In 'The Age Of Adaline'". Deadline.com. PMC. Dicapai pada January 7, 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan) - ^ "The Age of Adaline (2015)". Box Office Mojo.
- ^ "Rep: Blake Lively, Penn Badgley Split!". Us Weekly. October 27, 2010. Dicapai pada October 7, 2010.
- ^ "Blake Lively, Ryan Reynolds House Hunting in Connecticut!". US Weekly. April 19, 2012. Dicapai pada May 8, 2012.
- ^ "Blake Lively & Ryan Reynolds Are Married". September 9, 2012.
- ^ Hines, Ree (March 20, 2015). "Ryan Reynolds reveals his baby's name on TODAY". TODAY. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Leon, Anya (January 7, 2015). "Ryan Reynolds and Blake Lively Welcome a Daughter". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-23. Dicapai pada February 21, 2015.
- ^ Freydkin, Donna (February 2, 2015). "No, Blake and Ryan's daughter is NOT named Violet". USA Today. Dicapai pada February 21, 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Blake Lively |