Pergi ke kandungan

Aaron Taylor-Johnson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aaron Taylor-Johnson
Taylor-Johnson pada tahun 2014
Kelahiran
Aaron Perry Johnson

(1990-06-13) 13 Jun 1990 (umur 34)
High Wycombe, Buckinghamshire, England
WarganegaraBritish
Nama lainAaron Johnson
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2001–sekarang
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
PasanganSam Taylor-Johnson (k. 2012)
Anak-anak2

Aaron Taylor-Johnson (lahir Aaron Perry Johnson;[1] 13 Jun 1990)[2] ialah seorang pelakon Inggeris, dikenali dengan peranannya dalam filem-filem Kick-Ass dan sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron. Beliau mula berlakon ketika berumur enam tahun dan muncul dalam filem-filem seperti Angus, Thongs and Perfect Snogging (2008) dan The Illusionist (2006). Beliau kemudiannya mula membintangi sebagai watak utama dalam Nowhere Boy, dimana beliau melakonkan watak John Lennon; Kick-Ass dan sekuel Kick-Ass 2 sebagai tajuk karakter; Savages dan Godzilla. Johnson melakonkan watak Quicksilver dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier pada tahun 2014. Beliau menyambung wataknya dalam filem 2015, Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.[3]

Beliau pada mulanya dikredit sebagai Aaron Johnson dan mula dikredit sebagai Aaron Taylor-Johnson pada tahun 2013 bersama Kick-Ass 2. Beliau dengan sahnya menukar nama beliau selepas berkahwin dengan pengarah, Sam Taylor-Wood.[4]

Johnson mula berlakon ketika berumur enam tahun. Di pentas, beliau melakonkan watak anak Macduff bersama Rufus Sewell yang melakonkan watak Macbeth pada tahun 1999;[5] dan muncul dalam All My Sons pada tahun 2000. peranan televisyennya termasuk Niker dalam adaptasi novel Feather Boy, Aaron dalam siri ITV1, Talk to Me dan Owen Stephens dalam Nearly Famous.[2] Pada tahun 2003, Johnson muncul sebagai Charlie Chaplin muda dalam Shanghai Knights. Pada tahun 2006, beliau muncul dalam The Illusionist. Juga pada tahun 2006, beliau membintangi The Thief Lord sebagai Prosper.

Johnson muncul sebagai John Lennon dalam filem biopik 2009, Nowhere Boy, diarahkan oleh Sam Taylor-Wood. Pada tahun 2010, Johnson muncul sebagai David "Dave" Lizewski/Kick-Ass, watak utama dalam Kick-Ass[6][7] dan muncul sebagai William dalam Chatroom.[2] Pada bulan Disember 2010, Johnson menyertai barisan pelakon Albert Nobbs menggantikan Orlando Bloom.[8][9] Johnson membintangi video muzik 2011 R.E.M., "Überlin".[10]

Taylor-Johnson di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013 mempromosi Godzilla

Pada tahun 2012, Johnson melakonkan watak Count Vronsky dalam Anna Karenina. Kemudiannya pada tahun itu, beliau membintangi sebagai Ben dalam Savages. Johnson membintangi Godzilla, ditayangkan pada bulan Mei 2014.[11][12] Johnson melakonkan watak Quicksilver dalam filem 2015, Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.[3] Johnson pertama kali muncul sebagai karakter itu dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier.[13]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Taylor-Johnson bersama Sam Taylor-Wood pada bulan September 2010

Johnson dan pengarah, Sam Taylor-Johnson mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Oktober 2009 dan berkahwin di Babington House, Somerset pada 21 Jun 2012. Johnson menukar nama akhirnya kepada changed Taylor-Johnson dan menggunakannya sebagai nama pentas.[4][14][15][16] Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan, Wylda Rae (l. 2010) dan Romy Hero (l. 2012). Beliau juga merupakan anak tiri kepada dua orang anak perempuan daripada perkahwinan isterinya sebelum itu.[17]

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Pengarah Nota
2002 Tom & Thomas Tom Sheppard / Thomas Esmé Lammers
2002 The Apocalypse Johanan Raffaele Mertes
2003 Behind Closed Doors Sam Goodwin Louis Caulfield
2003 Shanghai Knights Charlie Chaplin David Dobkin
2004 Feather boy Niker Dermot Boyd
2004 Dead Cool George David Cohen
2006 The Thief Lord Prosper Richard Claus
2006 The Illusionist Eisenheim Muda Neil Burger
2006 Fast Learners Neil
2006 The Best Man Michael (Umur 15) Stefan Schwartz
2007 The Magic Door Flip
2007 Sherlock Holmes and the Baker Street Irregulars Finch Julian Kemp Filem televisyen
2008 Dummy Danny
2008 Angus, Thongs and Perfect Snogging Robbie Jennings Gurinder Chadha
2009 The Greatest Bennett Brewer Shana Feste
2009 Nowhere Boy John Lennon Sam Taylor-Johnson
2010 Kick-Ass David "Dave" Lizewski / Kick-Ass Matthew Vaughn
2010 Chatroom William Hideo Nakata
2011 Albert Nobbs Joe Rodrigo García
2012 Savages Ben Oliver Stone
2012 Anna Karenina Count Vronsky Joe Wright Kali terakhir sebagai Aaron Johnson
2013 Kick-Ass 2 David "Dave" Lizewski / Kick-Ass Jeff Wadlow Pertama kali sebagai Aaron Taylor-Johnson
2014 Captain America: The Winter Soldier Pietro Maximoff / Quicksilver Anthony dan Joe Russo Kameo
2014 Godzilla Lt. Ford Brody Gareth Edwards
2015 Avengers: Age of Ultron Pietro Maximoff / Quicksilver Joss Whedon
2016 Nocturnal Animals TBA Tom Ford

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Armadillo Lorimer Black Muda
2003 The Bill Zac Clough Episod: "162"
2004 Family Business Paul Sullivan 1 episod
2004 Feather Boy Niker 3 episod
2006 I Shouldn't Be Alive Mark 4 episod
2006 Casualty Joey Byrne Episod: "Silent Ties"
2007 Talk to Me Aaron 4 episod
2007 Coming Up Eoin Episod: "99,100"
2007 Nearly Famous Owen Stephens 6 episod
2014 Family Guy Jaidan (suara) Episod: Chap Stewie
  1. ^ Births, Marriages & Deaths Index of England & Wales, 1916-2005.; at ancestry.com
  2. ^ a b c Gray, Sadie. "The Times: Entertainment". London: Entertainment.timesonline.co.uk. Dicapai pada 26 October 2011.
  3. ^ a b "Official: Elizabeth Olsen & Aaron Taylor-Johnson Join 'Avengers: Age of Ultron'". Marvel. 25 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada 25 November 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Buchanan, Kyle. "Aaron Johnson, Sam Taylor-Wood Marry". Vulture. Dicapai pada 2012-06-23.
  5. ^ "Sewell to Return to Stage in Macbeth". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-16. Dicapai pada 2016-01-01.
  6. ^ "Ain't It Cool News: The best in movie, TV, DVD, and comic book news". Aintitcool.com. Dicapai pada 2011-10-26.
  7. ^ Gholson, John (2 May 2011). "'Kick-Ass' Kicks Ass at BNAT - The Moviefone Blog". Scifisquad.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 2011-10-26.
  8. ^ Sneider, Jeff (6 December 2010). "Aaron Johnson Joins Mia Wasikowska in 'Albert Nobbs'". Thewrap.com. Dicapai pada 26 October 2011.
  9. ^ Georgina Littlejohn (7 December 2010). "Hardly the hardcore biker: Orlando Bloom gets his motor running... after his yoga class". London: Daily Mail. Dicapai pada 26 October 2011.
  10. ^ "Watch REM's Uberlin, starring Aaron Johnson - video". London: Guardian. 2 March 2011. Dicapai pada 4 December 2011.
  11. ^ Kroll, Justin (6 February 2013). "Elizabeth Olsen, Bryan Cranston circling 'Godzilla'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada 17 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Gettell, Oliver (25 February 2014). "'Godzilla' trailer: Bryan Cranston panics, destruction rains down". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada 17 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Milly, Jenna (14 March 2014). "'Captain America: The Winter Soldier' premiere: Crossover is the word". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada 17 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "She's Having His Baby!". People. 3 May 2010. Dicapai pada 25 January 2012.
  15. ^ "50 Shades of Grey film to be directed by Sam Taylor-Johnson". Shepton Mallet Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-22. Dicapai pada 2016-01-01.
  16. ^ "Aaron Johnson, fiancé of artist Sam Taylor-Wood, considers himself 'a very lucky man'". London: The Telegraph. 27 November 2009. Dicapai pada 25 January 2012.
  17. ^ "Sam Taylor Wood husband Aaron Taylor-Johnson appearance overhaul in Joe Wright's Anna Karenina - Daily Mail Online". Mail Online.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]