Pergi ke kandungan

Alocasia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Birah)

Alocasia
Birah hitam, Alocasia longiloba.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Colocasieae
Genus: Alocasia
(Schott) G.Don
Spesies jenis
Alocasia cucullata
Julat genus Alocasia.
Sinonim[1]
  • Ensolenanthe Schott
  • Schizocasia Schott
  • Xenophya Schott
  • Panzhuyuia Z.Y.Zhu

Alocasia (turut disebut birah[2] atau keladi tengkorak) ialah genis tumbuhan berbunga renek yang berdaun lebar, berimpang dan berumbi dalam keluarga Araceae. Kebanyakan Alocasia tumbuh di darat (teresterial) dengan pelbagai jenis ukuran daun.[3] Terdapat 97 spesies diterima yang tempatan dari tropika dan subtropika Asia, dan timur Australia.[4] Ramai penanam menanam sebilangan kacukan dan kultivarnya dengan meluas di seluruh dunia.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Daun jejantung (cordate) atau lelembing (hastate) besarnya tumbuh sepanjang 20 hingga 90 cm (8 hingga 35 in) pada tangkai daun yang panjang. Bunga berseludangnya tumbuh pada hujung tangkai yang pendek, namun tidak menonjol; kerap terlindung di balik daun.

Umbisinya dalam kebanyakan spesies dapat diproses untuk membolehkannya dimakan, namun tumbuhan yang mentah mengandungi kristal kalsium oksalat berafid bersama perengsa lain (boleh jadi termasuk protease)[5] yang boleh mengebaskan dan membengkakkan lidah dan rongga tekak. Ini boleh menimbulkan masalah pernafasan dan sakit pedih dalam kerongkong. Bahagian bawah tumbuhan ini mengandungi kepekatan racun paling tinggi.

Memperlanjutkan pendidihan sebelum diproses dan disajikan mampu mengurangkan risiko tindak balas buruk. Selain itu, buah masam semacam asam jawa boleh melarutkan keseluruhan rafid. Ianya penting untuk diperhatikan yang spesies ini berubah-ubah ketoksikannya.

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Beberapa jenis birah yang terkenal termasuklah birah hitam (A. longiloba), birah negeri (A. macrorrhizos), birah hijau (A. clypeolata), birah keris hitam (A. sanderiana), birah kelawar (A. nycteris), birah badak (A. melo) dan birah kelembahang (A. puber).[6] Keladi Amazon (A. × amazonica) pula ialah kacukan antara birah keris hitam dan birah hitam yang masyhur ditanam selaku tanaman hiasan lantaran pola urat daunnya yang menarik; berwarna hijau muda berlatar belakang hijau pekat dengan unjuran di setiap tulang daun.

Anak benih baru boleh tumbuh dari umbi yang terpisah dari induk. Anak benih ini mempunyai bentuk daun yang sedikit berlainan atas faktor ontogeni.[7] Keadaan ini menyukarkan pengecaman pokok birah yang dijumpai di pediaman liar.

Berikut 80 daripada 97 spesies diterima yang dikelaskan dalam Alocasia bersama nama tempatan (jika ada) dan julat taburannya.

Birah keris hitam (Alocasia sanderiana), tanaman terkenal yang terancam genting di julat tempatannya di Filipina.
Alocasia sinuata dari Filipina turut terancam genting di hutan.
Alocasia micholitziana.
Alocasia zebrina.
Alocasia nycteris.
Alocasia cucullata.

Notospesies

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Birah". A Malay-English dictionary (romanised). 2. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 144 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ Rahmat, Purwadaksi (2007). Mempercantik Daun Alocasia. Jakarta Selatan: Redaksi Agromedia. m/s. 43. ISBN 979-006-132-3.
  4. ^ "WCSP". World Checklist of Selected Plant Families. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2010. Dicapai pada 2010-05-15.
  5. ^ Bradbury, J. Howard; Nixon, Roger W. (1998). "The acridity of raphides from the edible aroids". Journal of the Science of Food and Agriculture (dalam bahasa Inggeris). 76 (4): 608–616. doi:10.1002/(SICI)1097-0010(199804)76:4<608::AID-JSFA996>3.0.CO;2-2.
  6. ^ "APAKAH DIA - KELADI BIRAH?". Anim Agro Technology. Dato' Mohd Anim Hosnan. 29 Oktober 2020. Dicapai pada 2022-03-04.
  7. ^ "Natural Variation and Ontogeny". The Exotic Rainforest (dalam bahasa Inggeris). Steve & Janice Lucas. 2011. Dicapai pada 2022-03-04.
  8. ^ Alocasia ×mortfontanensis, World Checklist of Selected Plant Families [1]