Birah hitam
Birah hitam Birah kilang | |
---|---|
Birah hitam atau birah kilang. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. longiloba
|
Nama binomial | |
Alocasia longiloba Miq.
| |
Sinonim[1] | |
|
Birah hitam, birah kilang, birah kijang, keladi cali, keladi cantik, keladi hitam, keladi rimau, keladi ular, keladi candik atau keladi muka rusa,[2][3][4] dengan nama saintifik Alocasia longiloba (sin. A. denudata) ialah spesies tumbuhan dalam keluarga talas-talasan, Araceae. Spesies ini ditemukan di kawasan meliputi selatan Yunnan dan Guangdong hingga ke barat dan tengah Malesia.[1]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Tumbuhan herba dengan ketinggian sekitar 150 cm ini mempunyai rimpang atau umbi yang terbenam dalam tanah, dan akar yang berselirat. Tangkai daunnya sepanjang 30-120 cm tumbuh menegak, licin berdebu, berkeratan rentas bulat dan berwarna ungu keperangan hingga ke hijau gelap. Tangkai daun tersebut bersambung di celah belahan atas daun dengan lai daun berukuran 27–85 x 14–40cm; berwarna hijau cerah tersusun semacam pola tulang ikan. Daunnya pula berbentuk anak panah tajam dengan warna hijau gelap di bahagian bawah dan bercabang tumpul di atas.[5]
Perbungaannya pula muncul di atas tangkai bunga sepanjang 8-18 cm. Seludangnya mempunyai panjang sekitar 7-15 cm, berwarna hijau pucat dan berbentuk perahu. Tongkolnya yang bersaiz lebih pendek tersembunyi di dalam seludang, berbentuk runcing; pistilnya berwarna hijau manakala stigma pula berwarna putih pucat. Buah yang telah ranum berwarna merah jingga dan berukuran sekitar 1.5 × 0.75 cm.[5] Buah ini sering menjadi makanan burung dan benihnya dipencarkan ke tempat baru untuk hidup.
Birah ini sesuai ditanam untuk tujuan lanskap dan hiasan laman. Birah hitam adalah jenis tumbuhan yang hidup di kawasan redup, meminati tanah yang subur dan memerlukan banyak air.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Alocasia longiloba". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-05-26.
- ^ "birah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
- ^ "keladi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
- ^ "Alocasia longiloba". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai pada 2022-05-27.
- ^ a b POWO (2022). "Alocasia longiloba Miq". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 26 Mei 2022.
- ^ Alocasia longiloba dicapai pada 2022-05-27
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura