Beting Beras Basah
Beting Beras Basah yang terletak di kawasan persisir hujung Sungai Perak Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku. Kawasan ini boleh dilawati melalui jalan darat dengan datang ke kawasan Kampung Sungai Ular Bagan Datoh , perjalanan menggunakan kereta/motorsikal mengambil masa dalam 7 Minit dari pekan Bagan Datoh Ke Beting Beras Basah.
Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.
Pada 14 Mei 2015, Istiadat Menziarahi Beting Beras Basah bermula dari Jeti Bagan Datoh.Istiadat ini dilakukan sebagai simbolik adat signifikan tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak. [1]
- ^ "Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, 6 Mei 2015". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-20. Dicapai pada 2015-04-17.