Pergi ke kandungan

Bertih jagung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bertih jagung
برتيه جاݢوڠ
Bertih baru siap dimasak.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. mays
Subspesies:
Z. m. averta
Nama trinomial
Zea mays averta

Bertih jagung atau jagung tembak merupakan biji jagung yang mengembang dari isinya dan meletup ketika dipanaskan. Apabila dipanaskan, tekanan akan terhasil dari dalam isi dan letupan kecil seperti bunyi “pop” dihasilkan.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk meletupkan bertih jagung, seperti memanaskannya di dalam ketuhar atau menggunakan alatan rumah yang sememangnya khas untuk membuat bertih jagung. Bertih jagung yang tidak diletupkan tidak mudah rosak dan akan tahan dalam jangka masa yang panjang jika disimpan di tempat yang tertutup.

Jagung mula ditanam di sekitar Mexico sejak 9000 tahun yang lalu.[1] Kajian arkeologi yang dilakukan ada merumuskan bahawa manusia zaman dahulu telah mengetahui kaedah memasak bertih jagung sejak beribu tahun lagi, malah serpihan bertih jagung yang bertarikh sekitar 3600 SM telah dijumpai di kawasan tersebut.[2] Kebanyakan sejarawan percaya bahawa bertih jagung merupakan jagung yang pertama yang diketahui oleh manusia. Meletupkan isirong telah berjaya dilakukan secara manual pada abad ke-19, yang dijual di semenanjung timur Amerika Syarikat di bawah jenama seperti “Pearls” atau “Nonpareil”.

Kewujudan bertih jagung meningkat dengan mendadak pada tahun 1890-an dengan penggunaan pembuat bertih jagung yang direka oleh seorang pemilik kedai gula-gula bernama Charles Cretor. Charles mencipta beberapa mesin yang berkuasa wap untuk membakar kacang dan telah menggunakan teknologi tersebut untuk meletupkan isi jagung.

Ketika Zaman Meleset di Amerika Syarikat, bertih jagung dijual pada harga yang sangat murah iaitu antara 5 hinga 10 sen satu bag dan menjadi sangat laris dibeli makan ketika itu. Oleh itu, ketika semua perniagaan yang lain gagal, perniagaan bertih jagung berjaya menembusi pasaran dan menjadi sumber pendapatan untuk petani-petani yang susah. Kekangan bekalan gula yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua mendorong orang Amerika memakan bertih jagung tiga kali ganda daripada jumlah yang selalu mereka makan.[3]

Pada tahun 1981, syarikat General Mills telah mempatenkan suatu rekaan beg memasak bertih jagung dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro yang kemudiannya melariskan penjualan bertih jagung mereka sebanyak 10000 paun beberapa tahun selepas itu.[4]

Penghasilan

[sunting | sunting sumber]

Jenis biji dipakai

[sunting | sunting sumber]
Biji-biji mentah baru dituai.

Biji jagung yang lazim digunakan untuk memasak bertih perlu berkulit sedikit keras menyelaputi isirong atau endosperma biji. Isian biji mentah ini juga perlu berkelembapan dan berkandungan minyak yang secukupnya.[5] Baka Everta Zea mays spesies paling khusus dan bersesuaian daripada ciri-ciri disebut.

Kandungan minyak dan air isirong dipanaskan pada suhu tinggi llalu menjadi wap. Kanji isi bji pula melembut daripada suhu panas yang terkumpul. Tekanan memuncak pada sekitar 135 psi (930 kPa)[5] dan suhu 180 °C (356 °F) memecahkan kulit biji, isian biji turut mengembang menjadi busa ringan. Suhu sejuk mendadak mengeraskan kanji dan polimer protein menjadi bertih yang rapuh disentuh.[5]

Turutan pecahnya biji jagung mentah menjadi bertih

Cara memasak

[sunting | sunting sumber]

Bertih jagung boleh dimasak menggunakan mentega atau minyak. Sehidangan kecil bertih-bertih ini boleh diletupkan di atas periuk memasak di dapur rumah. Pengguna juga boleh membeli alatan khas untuk menghasilkan bertih jagung  didalam kuantiti yang sedikit. Ada beberapa alatan khas yang boleh digunakan bersama minyak atau mentega cair yang sedikit untuk membantu pengaliran haba  tetapi bertih jgung yang diletupakn di udara menggunakan udara panas daripada kawasan dalam mesin tersebut  dan memastikan isirong jagung itu dalam keadaan bergoncang untuk mengelakkan terbakar. Kebanyakkan bertih jagung yang dijual sekarang di pekkan di dalam bag bertih jagung yang boleh dimasukkan kedalam ketuhar.

Penjualan bertih jagung yang segar secara besar-besaran memerlukan suatu mesin bertih khas - model pertama berasaskan wap air dicipta di Chicago oleh Charles Cretor pada tahun 1885. Cretors telah memperkenalkan satu paten mesin bertih jagung  berasaskan wap air yang meletupkan bertih jagung di dalam minyak masak. Sebelum ini, penjual meletupakan bertih jagung dengan memegang bakul diatas api yang terbuka. Bertih jagung yang terhasil adalah sangat panas, kering dan tidak dimasak dengan sekata. Ciptaan cretors telah meletupkan bertih jagung di dalam satu pertiga mentega dan juga garam. Campuran ini dapat menahan suhu sehingga 450 °F (232 °C) yang diperlukan untuk meletupkan bertih jagung dan menghasilkan asap yang sedikit. Api yang digunakan dibawah pemanas mengeluarkan wap yang menggerakan enjin yang kecil yang membantu menggerakkan gear untuk mengacau jagung tersebut . Mesin tersebut menyerupai badut untuk dijadikan tarikan pengunjung taman tema. Wayar yang menghubungkan periuk masakan yang diatas membolehkan operator untuk menarik penutup diatas dan mengeluarkan bertih jagung kebawah .

Cara pembuatan bertih jagung yang berbeza juga digunakan di China dan juga Korea. Isirong jagung yang tidak diletupkan lagi diletakkan di dalam periuk besar berasaskan logam, juga dipanggil sebagai pemukul bertih jagung. Ia ditutup oleh penutup yang berat dan diterbalikkan dengan perlahan. Apabila tekanan di kanister telah mencapai tahap tertentu, kanister tersebut dialihkan daripada api. sebuah karung diletakkan di permukaan penutup tersebut dan penutup itu dibuka. Semua bertih jagung itu meletup dengan sekali letupan dan diletakkan di dalam karung.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Bertih jagung selalu dimakan di dalam panggung wayang. Makanan ringan ini selalu disediakan samada secara masin atau manis. Di utara Amerika, cara traditional adalah dengan menyediakan bertih jagung yang masin , yang menggunakan mentega  , toffee ataupun herba. Walaubagaimanapun, versi manis ini seperti contonya bertih jagung  karamel  selalu juga dijumpai. Di United Kingdom, bertih jagung yang sudah siap dimasak selalu dijual dalam perisa manis atau masin.  Bertih jagung karamel juga mudah didapati tetapi amat mahal. Di Peru, bertih jagung dimaniskan dengan menggunakan susu pekat tetapi selalu juga dimakan dengan garam. Satu-satunya bertih jagung versi mentega ialah bertih jagung ketuhar.[6] Bertih jagung juga dijadikan bijirin sarapan oleh orang Amerika pada tahun 1800-an yang dimakan bersama susu dan pemanis.

Bertih jagung merupakan makanan ringan yang amat tekenal di acara-acara sukan dan juga di panggung wayang yang dimana telah disediakan sejak 1930-an. Para pemilik teater pada asalnya tidak menggemari idea ini kerana pemakanan tersebut yang sedikit terbunyi akan mengganggu penonton filem. Namun, mereka kemudiannya berubah fikiran dan mula menerima idea tersebut. Pada tahun 1938, panggung wayang Midwestern yang dimiliki oleh Glen W. Dickson telah memasang mesin bertih jagung di lobi panggung wayangnya. Pemasangan itu mengaut keuntungan yang banyak dan dijadikan ikutan oleh pemilik panggung wayang yang lain.[7]

Rantaian bertih jagung juga digunakan sebagai hiasan pokok Krismas di sebahagian kawasan Amerika Utara[8][9] serta di negara-negara Balkan Eropah.[10]

Hal nutrisi

[sunting | sunting sumber]

Risiko kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Bertih jagung merupakan antara makanan yang tersenarai di dalam Akedemi Pediatrik Amerika yang tidak disyorkan penghidangannya kepada kana-kanak dibawah umur 4 tahun atas risiko tercekik.

Bagi bertih jagung yang dimasukkan kedalam ketuhar adalah antara kes yang istimewa disebabkan ia direka untuk dimasak bersama pelbagai perasa. Di antara perasa mentega buatan ialah diasetil yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada pekerja-pekerja di industri pembuatan bertih jagung ketuhar, penyakit ini juga dikenali sebagai “popcorn lung”. Hampir kesemua kilang di Amerika tidak lagi menggunakan bahan kimia ini.[11][12]

  1. ^ "The Evolution of Corn". University of Utah HEALTH SCIENCES. Dicapai pada 2 January 2016.
  2. ^ "Where Does Popcorn Come From?". King of Pop.com. Dicapai pada June 27, 2016.
  3. ^ "Encyclopedia Popcornica: Recent Popcorn History".
  4. ^ "A History of Popcorn - Hungry History". HISTORY.com. Dicapai pada 2016-01-21.
  5. ^ a b c Lusas & Rooney, p. 388.
  6. ^ http://www.factmonster.com/spot/popcorn1.html
  7. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Popcorn
  8. ^ "Popcorn Christmas Decorations". Martha Stewart Living. December 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-14. Dicapai pada 2008-12-18.
  9. ^ "How to String Popcorn on a Christmas Tree". Wikihow. Dicapai pada 2008-12-18.
  10. ^ "Pop Corn: Let's Pop". Cornknowledge.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-06. Dicapai pada 2008-12-18.
  11. ^ Geis, Sonya. "Flavoring Suspected in Illness: Calif. Considers Banning Chemical Used in Microwave Popcorn." The Washington Post, 7 May 2007
  12. ^ Eyre, Charlotte. "Popcorn brands ban diacytel." Food Navigator USA, 6 September 2007

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Hallauer, Arnel R. (2001). Specialty Corns. CRC Press. ISBN 0849323770.
  • Lusas, Edmund W.; Rooney, Lloyd W. (2001). Snack Foods Processing. CRC press. ISBN 1566769329.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Smith, Andrew F. (1999). Popped Culture: The Social History of Popcorn in America. University of South Carolina Press. ISBN 1570033005.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]