Pergi ke kandungan

Bendera Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Korea Selatan
NamaTaegeukgi
태극기
KegunaanBendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan
Nisbah2:3
Diterima pakai6 Mac 1883 (versi asal)
12 Julai 1948 (versi semasa)
Bendera Korea Selatan
Hangul태극기
Hanja
Perumian SemakanTaegeukgi
McCune–ReischauerT'aegŭkki

Bendera Korea Selatan atau taegeukgi terdiri daripada simbol Yin Yang di tengah, bewarna biru di kepala dan merah di bawah. Di setiap sudut bendera terdapat tulisan trigram berwarna hitam yang diambil dari buku purba I Ching (ilmu mengenai perubahan) di atas bidang warna putih. Bendera ini dikenali sebagai dalam bahasa Korea dan direka oleh Bak Yeong-hyo pada 1882 semasa pemerintahan Maharaja Gojong, baginda Maharaja sendiri mengisytiharkan bendera Taegeukgi sebagai bendera rasmi Korea pada 6 Mac 1883.

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Warna putih pada lapangan adalah warna tradisi orang Korea yang turut melambangkan kedamaian dan kemurnian. Lingkaran di tengah berasal dari falsafah yin dan yang lalu turut melambangkan keseimbangan alam semesta. Bahagian biru melambangkan kekuatan kosmik negati sementara bahagian merah yang melambangkan lawan kekuatan kosmik yang positif.

Trigram bersama-sama melambangkan prinsip gerakan dan harmonis. Setiap trigram (hangul: Kwae) melambangkan salah satu dari empat elemen klasik.[1]

Trigram yang tertera di bendera adalah seperti berikut:

Nama dalam bahasa Korea Alam Musim Orientasi Empat kemuliaan Keluarga Empat unsur Maksud
geon
(건 / )
langit
(천 / )
musim bunga
(춘 / )
timur
(동 / )
kemanusiaan
(인 / )
bapa
(부 / )
syurga
(목 / )
keadilan
(정의 / 正義)
ri
(리 / )
mentari
(일 / )
musim luruh
(추 / )
selatan
(남 / )
keadilan
(의 / )
anak perempuan
(녀 / )
api
(화 / )
hasil
(결실 / 結實)
gam
(감 / )
bulan
(월 / )
musim sejuk
(동 / )
utara
(북 / )
kebijaksanaan
(지 / )
anak lelaki
(자 / )
air
(수 / )
kearifan
(지혜 / 智慧)
gon
(곤 / )
bumi
(지 / )
musim panas
(하 / )
barat
(서 / 西)
kesopanan
(예 / )
ibu
(모 / )
tanah
(토 / )
kecergasan
(생명력 / 生命力)

Dalam falsafah Cina, trigram yang lapan mempunyai kaitan dengan konsep Lima Unsur iaitu api, air, bumi, kayu dan besi.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Helaian rekaan bendera Taegukgi

Warna tepat yang digunakan untuk penghasilan bendera ini secara rasmi ditetapkan dalam "Undang-Undang tentang Bendera Nasional Republik Korea." (대한민국 국기법 시행령)[2] Tidak ada spesifikasi untuk warna lindapan sampai tahun 1997 apabila pemerintah Korea Selatan mula memberikan spesifikasi piawai untuk rekaan bendera tersebut. Pada Oktober 1997, peraturan Presiden tentang spesifikasi standar bendera Korea Selatan diundangkan,[3] dan spesifikasi yang disetujui oleh undang-undang tersebutl pada tahun 2007.

Warna-warna yang didefinisikan dalam undang-undang menurut sistem warna Munsell dan CIE adalah seperti berikut:

Skema warna Munsell[4] CIE (x, y, Y)[4] Pantone[4] Triplet Heksadesimal[4]
Putih N 9.5 N/A N/A #FFFFFF
Merah 6.0R 4.5/14 0.5640, 0.3194, 15.3 186 Coated #CD2E3A
Biru 5.0PB 3.0/12 0.1556, 0.1354, 6.5 294 Coated #0047A0
Hitam N 0.5 N/A N/A #000000
  1. ^ "The World Factbook". Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada November 4, 2013.
  2. ^ 대한민국국기법 시행령 (dalam bahasa Korean). LAWnB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-28. Dicapai pada November 5, 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Standard specification of Tagukgi
  4. ^ a b c d 깃면 (dalam bahasa Korean). Ministry of Public Administration and Security. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2010-02-16. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]