Becoming A King
Becoming A King | |
---|---|
Genre | Dokumentari |
Pengarah | Mohd Naguib Razak |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Inggeris |
Penerbitan | |
Penerbit | Christopher Hale |
Syarikat penerbitan | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) |
Penyiaran | |
Saluran asal | National Geographic Channel |
Format gambar | Definisi tinggi |
Siaran asal | 27 Ogos 2007 |
Becoming A King: Inside the Coronation of the Agong ialah suatu filem dokumentari yang dihasilkan oleh Mohd Naguib Razak dan Christopher Hale untuk National Geographic. Ia berkisar mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 26 April 2007.
Filem ini dirakamkan dalam format definisi tinggi. Dokumentari tersebut yang menelan kos RM700,000 itu diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dengan kerjasama National Geographic Channel (NGC). Dengan masa 47 minit, filem itu diharap dapat digunakan bagi mempromosikan nama negara Malaysia di mata dunia.[1]
"Becoming a King" menyaksikan tayangan sulung di National Geographic Channel (Saluran 52 Astro) pada 27 Ogos 2007 pada pukul 10 malam, diulang tayang pada pukul 10 malam 31 Ogos dan pukul 12 tengah malam 1 September. Dokumentari itu ditayangkan bersempena dengan jubli emas kemerdekaan Malaysia.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Aziz Itar. Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di National Geographic, Utusan Malaysia. 20/08/2007.
- ^ Jeswan Kaur `Becoming A King' Satu Pengalaman Baru Bagi Penerbit Dokumentari BERNAMA. 20 September 2007.