Bebaskan (lagu Disney)
"Let It Go" | |
---|---|
Lagu oleh Idina Menzel | |
daripada album Frozen | |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Dilancarkan | 2013 |
Genre | Show tune |
Panjang | 3:45 |
Syarikat | Walt Disney |
Penulis | |
Penggubah | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez |
Penulis seni kata | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez |
Penerbit | tiada nilai |
sunting · sunting di Wikidata |
Video luar | |
---|---|
Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel di YouTube |
"Bebaskan" atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Let It Go" merupakan lagu daripada filem animasi 2013 terbitan Disney, Frozen: Anna & Permaisuri Salji. Muzik dan seni kata lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez. Lagu didalam filem tersebut dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat, Idina Menzel dalam peranannya sebagai Permaisuri Elsa.
Lagu ini tampil selepas Elsa yang dipulaukan meninggalkan kerajaannya setelah kuasa ajaibnya diketahui oleh orang ramai. Menyedari bahawa dia tidak perlu menyembunyikan kebolehan kuasa aisnya, Elsa menganggap bahawa dirinya bebas daripada halangan-halangan yang pernah dia hadapi ketika zaman kanak-kanaknya dan bergembira dengan kuasanya tanpa rasa takut.
Penggubahan
[sunting | sunting sumber]Lagu "Bebaskan" adalah lagu pertama yang ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez untuk filem. Mereka berdua mengambil inspirasi daripada filem-filem Disney yang lain seperti The Little Mermaid (Si Duyung Kecil) dan Beauty and the Beast (Si Cantik dan Si Binatang) serta beberapa artis lain seperti Adele, Aimee Mann, Lady Gaga, Avril Lavigne dan Carole King.[1] Walaupun tidak disengajakan, gubahan lagu tersebut adalah penting untuk watak Permaisuri Elsa. Pada asalnya ditulis sebagai watak jahat, Chris Buck dan Jennifer Lee secara berperingkat menulis semula watak Elsa sebagai salah seorang protagonis dalam filem itu.[2][3]
"Bebaskan" ditulis dalam A♭ major dan walau bagaimanapun, lagu tersebut bermula dengan F minor sehingga Menzel memulakan rangkap kedua ("Don't let them in, don't let them see" Jangan sampai mereka tahu) dalam E♭ miksolidian. Akhirnya, selepas pindaan nada yang pendek, korus dilancarkan ke dalam A♭ major yang asal untuk selebihnya kecuali bahagian perangkai yang dinyanyikan dalam D♭ miksolidian dan E♭ miksolidian. Lagu ini adalah dalam fast 4 dan mempunyai tempo sekitar 137 bit setiap minit. Julat vokal Menzel dalam lagu itu menjangkau daripada F3 sehingga E♭5.
Penerimaan pengkritik
[sunting | sunting sumber]Lagu "Bebaskan" menerima banyak pujian daripada para pengkritik filem, muzik dan penonton dengan sesetengah daripada mereka membandingkan lagu ini dengan "Defying Gravity" (Menentang Graviti) yang turut dipersembahkan oleh Menzel.[3][4][5] Menurut Akhbar The Rochester City menyebutnya sebagai lagu terbaik dalam runut bunyi filem dengan menulis: "Dipersembahkan dengan penuh semangat oleh Idina Menzel, ia mempunyai setiap unsur yang diperlukan untuk menjadi lagu kegemaran yang berkekalan...Menzel perlu diberi pujian kerana memberikan usaha dan keghairahan kepada persembahan ini seperti yang beliau lakukan dalam peranannya yang paling terkenal."[4] Marc Snetiker dari majalah Entertainment Weekly menggambarkan lagu ini sebagai "sebuah lagu kebebasan yang luar biasa"[5] manakala Joe Dziemianowicz dari The New York Daily News menganggapnya sebagai "suatu penghormatan yang penuh semangat kepada kuasa perempuan dan perlu melepaskan rasa takut dan malu".[6] Lagu ini juga menjadi lagu tema paling laris di Korea Selatan.[7]
Pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | |||
---|---|---|---|
Anugerah | Kategori | Keputusan | |
Anugerah Akademi ke-86[8] | Lagu Asal Terbaik | Menang | |
Anugerah Golden Globe ke-71[9] | Lagu Asal Terbaik - Wayang Gambar | Tercalon | |
Persatuan Pengkritik Filem Phoenix[10] | Lagu Asal Terbaik | Menang | |
Persatuan Pengkritik Filem Denver[11] | Lagu Asal Terbaik | Menang | |
Anugerah Satelit ke-18[12] | Lagu Asal Terbaik | Tercalon | |
Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran[13] | Lagu Asal Terbaik | Menang | |
Anugerah Muzik Disney Radio[14] | Lagu Kesukaan dari Filem atau Siaran TV | Menang |
Carta dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Carta (2013–14) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Amerika Syarikat (Billboard Adult Contemporary)[15] | 27 |
Amerika Syarikat (Billboard Hot 100)[16] | 21 |
Australia (ARIA)[17] | 19 |
Republik Ireland (IRMA)[18] | 14 |
Kanada (Canadian Hot 100)[19] | 34 |
Korea Selatan (Carta Antarabangsa Gaon)[20] | 1 |
Korea Selatan (Carta Gaon)[20] | 1 |
New Zealand (Recorded Music NZ)[21] | 35 |
Scotland (Official Charts Company)[22] | 14 |
Sweden (Sverigetopplistan)[23] | 36 |
United Kingdom (Official Charts Company) - Single[24] | 20 |
Versi single
[sunting | sunting sumber]"Let It Go" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Demi Lovato | ||||
daripada album Frozen: Anna & Permaisuri Salji | ||||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Dilancarkan | 21 Oktober 2013 | |||
Format | Single CD, muat turun digital | |||
Genre | Pop rock | |||
Panjang | 3:47 | |||
Syarikat | Walt Disney | |||
Penulis | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez | |||
Penggubah | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez | |||
Penulis seni kata | Kristen Anderson-Lopez, Robert Lopez | |||
Penerbit | Emanuel Kiriakou, Andrew Goldstein | |||
Kronologi single Demi Lovato | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Keputusan untuk melancarkan single "Bebaskan" dibuat selepas lagu itu ditulis dan dipersembahkan kepada Disney. Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez memilih penyanyi dan bekas bintang Disney Channel, Demi Lovato untuk menyanyikan lagu tersebut bagi album runut bunyi.
Pelancaran
[sunting | sunting sumber]Lagu "Bebaskan" versi Demi Lovato dilancarkan sebagai single pada 21 Oktober 2013 oleh syarikat Walt Disney Records manakala video muzik lagu itu pula dikeluarkan 1 November 2013 dan ia diarahkan Declan Whitebloom.
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta (2013–14) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Australia (ARIA)[25] | 25 |
Austria (Ö3 Austria Top 40)[26] | 60 |
Belgium (Ultratop 50 Flanders)[27] | 15 |
Belgium (Ultratip Wallonia)[28] | 21 |
Kanada (Canadian Hot 100)[29] | 31 |
Denmark (Tracklisten)[30] | 26 |
Perancis (SNEP)[31] | 131 |
Jerman (Media Control Charts)[32] | 83 |
Ireland (IRMA)[33] | 34 |
Jepun (Japan Hot 100)[34] | 51 |
Belanda (Single Top 100)[35] | 70 |
New Zealand (Recorded Music NZ)[36] | 13 |
Filippina (Myx Philippines)[37] | 4 |
Scotland (Official Charts Company)[38] | 32 |
Korea Selatan (Gaon International Chart)[20] | 7 |
Korea Selatan (Gaon Chart)[20] | 50 |
Sweden (Sverigetopplistan)[39] | 25 |
Switzerland (Schweizer Hitparade)[40] | 60 |
UK Singles (Official Charts Company)[41] | 42 |
US Billboard Hot 100[42] | 38 |
Bahasa lain
[sunting | sunting sumber]Selain versi single oleh Demi Lovato, lagu ini juga dialih suara kepada 25 buah bahasa dan loghat lain di seluruh dunia manakala bagi versi filem pula, ia dialih suara kepada 42 bahasa dan dialek.[43][44]
Penyanyi | Judul | Terjemahan | Bahasa |
---|---|---|---|
Taryn Szpilman[45] | "Livre Estou" | "Aku Bebas" | Portugis Brazil |
Nadezhda Panayotova (Надежда Панайотова)[46] | "Слагам край" | "Letakkan Pengakhirannya" | Bulgaria |
Bái Zhēn Bǎo (白珍寶)[47] | "冰心鎖" | "Kunci Hati Ais" | Kantonis |
Gisela[48][49] | "¡Suéltalo!" | "Lepaskan!" | Sepanyol Castilia |
Gisela[48][50] | Vol Volar | Catalonia | |
Nataša Mirković[perlu rujukan] | "Puštam sve" | "Lepaskan Semua" | Croatia |
Monika Absolonová[perlu rujukan] | "Najednou" | "Sertamerta" | Czech |
Maria Lucia Heiberg Rosenberg[51] | "Lad Det Ske" | "Biarkannya Berlaku" | Denmark |
Willemijn Verkaik[48][52] | "Laat Het Gaan" | "Lepaskan" | Belanda |
Hanna-Liina Võsa[53] | "Olgu nii" | "Jadikannya" | Estonia |
Katja Sirkiä[54] | "Taakse jää" | "Di Sebalik Ais" | Finland |
Elke Buyle[55] | "Laat Het Los" | "Lepaskan" | Flemish |
Anaïs Delva (filem dan kredit)[56] | "Libérée, délivrée" | "Bebaskan, Lepaskan" | Perancis |
Willemijn Verkaik[48][57] | "Lass jetzt los" | "Lepaskan Sekarang" | Jerman |
Sίa Koskiná (Σία Κοσκινά)[58] | "Και ξεχνώ" | "Lupakannya" | Yunani |
Mona Mor (מונה מור)[59] | "לעזוב" | "Tinggalkan" | Ibrani |
Nikolett Füredi[perlu rujukan] | "Legyen hó" | "Biarkan Ia Salji" | Hungary |
Ágústa Eva Erlendsdóttir[60] | "Þetta er nóg" | "Ia Sudah Cukup" | Iceland |
Serena Autieri (filem) dan Martina Stoessel (kredit)[61] |
"All'alba sorgerò" | "Bangkit di Waktu Fajar" | Itali |
Takako Matsu (松 たか子) (filem) [48][62]dan May J. (kredit)[63] |
"ありのままで" | "Seperti Seadanya" | Jepun |
Park Hyena (박혜나) (filem)[64] and Hyorin (효린) (kredit)[65] |
"다 잊어" (filem) dan "Let It Go" (kredit) |
"Lupakan Segalanya" (filem) dan "Bebaskan" (kredit) |
Korea |
Carmen Sarahí (filem)[48][66] dan Martina Stoessel (kredit)[67] |
"Libre Soy" | "Aku Bebas" | Sepanyol Amerika Latin |
Girmantė Vaitkutė[perlu rujukan] | "Tebūnie" | "Biarkan" | Lithuania |
Marsha Milan Londoh (filem dan kredit)[48][68] |
"Bebaskan" | Malaysia | |
Hú Wéi Nà (胡维纳) (filem)[69] dan Yáo Bèi Nà (姚贝娜) (kredit)[70] |
"随它吧" | "Dengannya Sekarang" | Mandarin |
Lisa Stokke[71] | "La Den Gå" | "Lepaskan" | Norway |
Katarzyna Łaska[72] | "Mam tę moc" | "Aku Ada Kuasa Ini" | Poland |
Ana Margarida Encarnação[73] | "Já Passou" | "Telah Berlalu" | Portugis |
Dalma Kovács[74] | "S-a întâmplat" | "Ia Berlaku" | Romania |
Anna Buturlina (Анна Бутурлина) (filem)[48][75] and Yulia Dovganishina (Юлия Довганишина) (kredit)[76] |
"Отпусти и забудь" | "Lepaskan dan Lupakannya" | Rusia |
Jelena Gavrilović[77] | "Sad je kraj" | "Sekarang Penghujungnya" | Serbia |
Andrea Somorovská[perlu rujukan] | "Von to dám" | "Aku Keluarkannya" | Slovak |
Nuška Drašček Rojko[perlu rujukan] | "Zaživim" | "Kembangkannya" | Slovenia |
Annika Herlitz[78] | "Slå dig fri" | "Bebaskan Dirimu" | Sweden |
Lín Xīn Yí (林芯儀)[79] | "放開手" | "Lepaskan Tanganmu" | Mandarin Taiwan |
Wichayanee Piaklin (วิชญาณี เปียกลิ่น)[80] | "ปล่อยมันไป" | "Lepaskan" | Thai |
Begüm Günceler[81] | "Aldırma" | "Jangan Risau" | Turki |
Shanis (Шаніс)[perlu rujukan] | "Все одно" | "Semuanya Satu" | Ukraine |
Dương Hoàng Yến[82]
Vũ/ Võ Huyền Chi |
"Hãy bước đi"
''Let it go'' |
"Langkah ke Hadapan"
''Biarkan ia pergi'' |
Vietnam |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Willman, Chris (Januari 15, 2014). "How the 'Frozen' Soundtrack Snowballed to No. 1". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 20, 2014.
- ^ Busis, Hillary (November 27, 2013). "Disney's 'Frozen': Composers talk unexpected influences (Gaga!) and accidentally aping 'Arrested Development'". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Disember 2, 2013.
- ^ a b Miller, Gregory E. (November 23, 2013). "'Frozen' soundtrack set to join the ranks of Disney greats". The New York Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Disember 2, 2013.
- ^ a b DeTruck, Matt (November 27, 2013). "CD Review: Disney's "Frozen" Soundtrack". City Newspaper. Dicapai pada Disember 2, 2013.
- ^ a b Sneitker, Marc (November 30, 2013). "Disney's 'Frozen' soundtrack: Ranking all nine original songs". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Disember 2, 2013.
- ^ Dziemianowicz, Joe (Disember 6, 2013). "Disney's 'Frozen' scores a show-stopping song with Idina Menzel's 'Let It Go'". New York Daily News. Dicapai pada Disember 8, 2013.
- ^ "Gaon Download Chart" (dalam bahasa Korea). Carta Gaon.
- ^ Staff (Januari 16, 2014). "2013 Academy Awards Nominations and Winners by Category". Box Office Mojo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Januari 16, 2014.
- ^ "Golden Globe Awards Nominations: '12 Years A Slave' & 'American Hustle' Lead Pack". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Disember 12, 2013. Dicapai pada Disember 12, 2013.
- ^ "Phoenix Film Critics Society 2013 Award Nominations" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengkritik Filem Phoenix. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 13, 2013. Dicapai pada Disember 10, 2013.
- ^ "Denver Film Critics Society Nominations". Awards Daily. Disember 6, 2013. Dicapai pada Januari 6, 2014.
- ^ International Press Academy (Disember 2, 2013). "The International Press Academy Announces Nominations For The 18th Annual Satellite Awards™". PR Newswire. Dicapai pada Disember 3, 2013.
- ^ "American Hustle, 12 Years A Slave Lead BFCA's Critics Choice Movie Awards Nominations". Deadline.com. Disember 17, 2013. Dicapai pada Disember 17, 2013.
- ^ Rutherford, Kevin. "Nominees for 2014 Radio Disney Music Awards". Billboard. Dicapai pada Mac 30, 2014.
- ^ "Idina Menzel Album & Song Chart History" (dalam bahasa Inggeris). Adult Contemporary untuk Idina Menzel.
- ^ "Idina Menzel Album & Song Chart History" (dalam bahasa Inggeris). Billboard Hot 100 untuk Idina Menzel.
- ^ "ARIA Singles Chart". Carta Single ARIA. Januari 20, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 22, 2014. Dicapai pada Januari 18, 2014.
- ^ "Chart Track" (dalam bahasa Inggeris). Carta Single Ireland. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 22, 2014. Dicapai pada Februari 11, 2014.
- ^ "Idina Menzel Album & Song Chart History" (dalam bahasa Inggeris). Canadian Hot 100 untuk Idina Menzel.
- ^ a b c d "Gaon Digital Chart(International)" (dalam bahasa Korea). Carta Gaon. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "South Korea" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Charts.org.nz – Idina Menzel – Let It Go" (dalam bahasa Inggeris). Top 40 Singles.
- ^ "Archive Track" (dalam bahasa Inggeris). Carta Album dan Single Scotland.
- ^ "Swedishcharts.com – Idina Menzel – Let It Go". Single 60 Teratas.
- ^ "Archive Chart" (dalam bahasa Inggeris). Carta Single United Kingdom.
- ^ "Australian-charts.com – Demi Lovato – Let It Go". ARIA Top 50 Singles.
- ^ "Demi Lovato – Let It Go – Austriancharts.at" (dalam Jerman). Ö3 Austria Top 40.
- ^ "Ultratop.be – Demi Lovato – Let It Go" (in Dutch). Ultratop 50.
- ^ "Ultratop.be – Demi Lovato – Let It Go" (in French). Ultratip.
- ^ "Demi Lovato Album & Song Chart History" Canadian Hot 100 for Demi Lovato.
- ^ "Danishcharts.com – Demi Lovato – Let It Go". Tracklisten. Capaian January 17, 2014.
- ^ "Lescharts.com – Demi Lovato – Let It Go" (in French). Les classement single.
- ^ "Die ganze Musik im Internet: Charts, News, Neuerscheinungen, Tickets, Genres, Genresuche, Genrelexikon, Künstler-Suche, Musik-Suche, Track-Suche, Ticket-Suche – musicline.de" (in German). Media Control Charts. PhonoNet GmbH.
- ^ "Chart Track". Irish Singles Chart.
- ^ "Demi Lovato Album & Song Chart History" Japan Hot 100 for Demi Lovato.
- ^ "Dutchcharts.nl – Demi Lovato – Let It Go" (in Dutch). Single Top 100.
- ^ "Charts.org.nz – Demi Lovato – Let It Go". Top 40 Singles.
- ^ Myx Philippines [1], Myx Philippines Official Website
- ^ "Archive Chart". Scottish Singles Top 40.
- ^ "Swedishcharts.com – Demi Lovato – Let It Go". Singles Top 60.
- ^ "Demi Lovato – Let It Go – swisscharts.com". Swiss Singles Chart.
- ^ "11, 2014/ Archive Chart" UK Singles Chart.
- ^ "Demi Lovato Album & Song Chart History" Billboard Hot 100 for Demi Lovato.
- ^ "Hear "Let It Go" From Disney's Frozen Sung in 25 Languages" (dalam bahasa Inggeris). Mental Floss. Dicapai pada Februari 18, 2014.
- ^ "Did you know Frozen was dubbed into 43 languages?". Twitter. Januari 23, 2014. Dicapai pada Januari 29, 2014.
- ^ "Taryn Szpilman - Livre Sou- Brazilian". YouTube. Disember 12, 2013. Dicapai pada Januari 6, 2014.
- ^ "Disney принцеса пропя на български". www.inews.bg. Januari 23, 2014. Dicapai pada Januari 27, 2014.
- ^ "冰心鎖 (Let It Go 粵語版)歌詞MV". YouTube. Januari 11, 2014. Dicapai pada Januari 11, 2014.
- ^ a b c d e f g h Keegan, Rebecca (Januari 24, 2014). "Finding a diva in 41 languages". Los Angeles Times. Dicapai pada Februari 18, 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Frozen: El Reino del Hielo - '¡Suéltalo!' - Gisela - YouTube". Dicapai pada Januari 18, 2014.
- ^ "Escucha 'Let it Go' de 'Frozen: El reino del hielo' cantada en 25 idiomas". Dicapai pada Februari 1, 2014.
- ^ "iTunes - Music - Frost (Originalt Dansk Soundtrack) by Various Artists". iTunes Store. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "Willemijn Verkaik - Laat Het Gaan". YouTube. Disember 10, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Hanna-Liina Võsa "OLGU NII" ("Let It Go") - Laul filmist LUMEKUNINGANNA JA IGAVENE TALV". YouTube. Dicapai pada Januari 25, 2014.
- ^ "Let It Go "Taakse jää" [Finnish] with lyrics - YouTube". YouTube. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "FROZEN Clip - Laat Het Los (Vlaamse versie) - YouTube". YouTube. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "Anaïs Delva - Libérée, délivrée". YouTube. Disember 10, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Willemijn Verkaik - Lass jetzt los". YouTube. Disember 9, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Frozen-Let It go Greek (Και ξεχνώ)". YouTube. Disember 26, 2013. Dicapai pada Januari 22, 2014.
- ^ "Frozen (Break The Ice) - La'Azov (Let It Go in Hebrew) 1080p - YouTube". YouTube. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "Let it go - icelandic (þetta er nóg) - Frozen/w. lyrics - YouTube". YouTube. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "Frozen: le 30 versioni di All'alba sorgerò. Dalla Autieri a Violetta". Sorrisi. November 17, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 13, 2014. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "『アナと雪の女王』ミュージック・クリップ:Let It Go/エルサ(松たか子)". YouTube. Januari 31, 2014. Dicapai pada Februari 16, 2014.
- ^ "May J. - Let It Go~ありのままで(エンドソング)". YouTube. November 20, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Park Hyena - Let it go (from frozen [Korean version])". YouTube. Januari 24, 2014. Dicapai pada Januari 24, 2014.
- ^ "Hyorin - Let it go (from frozen [Korean version])". YouTube. Disember 31, 2013. Dicapai pada Januari 6, 2014.
- ^ "Carmen Sarahí - Libre Soy". YouTube.
- ^ "Martina Stoessel - Libre Soy". YouTube. November 17, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Marsha Milan Londoh - Bebaskan". YouTube. November 20, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Frozen - Let It Go - Mandarin (普通话) w ENG trans". YouTube. Februari 6, 2014. Dicapai pada Februari 16, 2014.
- ^ "隨它吧-姚貝娜 迪士尼《冰雪奇緣》中文版主題曲 MV". YouTube. Dicapai pada Januari 23, 2014.
- ^ "Lisa Stokke - La den gå - Norwegian". YouTube. Januari 5, 2014. Dicapai pada Januari 24, 2014.
- ^ "Katarzyna Łaska - Kraina lodu- Mam tę moc". YouTube. November 13, 2013. Dicapai pada Januari 4, 2014.
- ^ "Let it Go (EU Portuguese) - Disney Frozen [COM LETRA]". YouTube. Dicapai pada Januari 22, 2014.
- ^ "FROZEN - Let It Go - Romanian ( S-a întâmplat - Dalma Kovacs ) HD". YouTube. Januari 2, 2014. Dicapai pada Januari 6, 2014.
- ^ "FROZEN - LET IT GO - RUSSIAN - CD QUALITY". YouTube. Disember 17, 2013. Dicapai pada Januari 17, 2014.
- ^ "Julia Dovganishina - Let it Go (Pop Version - Russian) Frozen OST". YouTube. Disember 17, 2013. Dicapai pada Disember 27, 2013.
- ^ "ZALEĐENO KRALJEVSTVO (Frozen) Let It Go na 25 jezika". YouTube. Januari 22, 2014. Dicapai pada Januari 22, 2014.
- ^ "Frost [Frozen] Soundtrack - Track #5". Spotify. Dicapai pada Februari 5, 2014.
- ^ "【冰雪奇緣FROZEN】Let It Go 中文版-林芯儀 HD". YouTube. Januari 8, 2014. Dicapai pada Januari 5, 2014.
- ^ "เวอร์ชั่น แก้ม วิชญาณี". YouTube. November 20, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
- ^ "Frozen - Let It Go (Turkish)". YouTube. Januari 17, 2014. Dicapai pada Januari 20, 2014.
- ^ "Dương Hoàng Yến - Hãy bước đi". YouTube. November 20, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Singlechart usages for Australia
- Singlechart usages for Austria
- Singlechart usages for Flanders
- Singlechart usages for Wallonia Tip
- Singlechart usages for Kanada
- Singlechart usages for Denmark
- Singlechart usages for Perancis
- Singlechart usages for Jerman
- Singlechart usages for Ireland
- Singlechart usages for Billboardjapanhot100
- Singlechart usages for Dutch100
- Singlechart usages for New Zealand
- Singlechart usages for Scotland
- Singlechart usages for Sweden
- Singlechart usages for Switzerland
- Singlechart usages for UK
- Singlechart usages for Billboardhot100
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari January 2014
- Single 2013
- Frozen: Anna & Permaisuri Salji