Pergi ke kandungan

Batu bersurat Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar hitam putih serpihan batu bersurat Singapura asal yang kini terdapat di Muzium Kebangsaan Singapura, menunjukkan tulisannya.
Gambaran artis ukiran pada serpihan batu bersurat Singapura dari rencana 1848 oleh J.W. Laidlay diterbitkan dalam Journal of the Asiatic Society of Bengal.

Batu bersurat Singapura merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika Sir Stamford Raffles membuka Singapura. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut.

Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, tetapi ia masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ia kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama.

Yang amat menarik bagi batu bersurat Singapura ni adalah terdapat cerita yang selari mengenai batu bersurat ini yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Di dalam karya tersebut telah dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (peti kaca) dan masuk kelaut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut dalam bahasa Hindustani.

Ternyata batu bersurat ini mempunyai persamaan dengan batu bersurat Singapura, berdasarkan fakta berikut:-

  1. Kedua-dua batu bersurat tersebut didirikan di Temasik (Singapura).
  2. Kedua-dua batu bersurat tersebut dibina berhampiran laut. Batu bersurat Singapura dijumpai dihujung tanjung, sementara batu bersurat Raja Suran Batu dibina bagi memperingati kisah baginda masuk ke laut, pastinya dibina berhampiran dengan kawasan pantai, dan bukannya di kawasan berbukit.
  3. Kedua-duanya ditulis menggunakan abjad Hindustani.(Menurut pendapat Raffles).
  4. Kedua-duanya dibina pada zaman silam. (Sukar dipercayai terdapat dua batu bersurat dibina dalam tempoh yang dekat di tempat yang sama (Temasik) memandangkan batu bersurat amat jarang dijumpai.)
  5. Hanya raja yang berkuasa sahaja mempunyai pengaruh dan wang yang cukup bagi mendirikan batu bersurat. Tidak terdapat rekod mengenai raja yang kuat yang terdapat di Singapura selain rekod di dalam Sulalatus Salatin mengenai raja Suran.
  • Bland, W. (William) (1837). "Inscription on the Jetty at Singapore". Journal of the Asiatic Society of Bengal. 6: 680–682., reprinted in vol. 1 of Rost, Reinhold (ed.) (1886). Miscellaneous Papers Relating to Indo-China : Reprinted for the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, from Dalrymple's 'Oriental Repertory' and the 'Asiatic Researches' and 'Journal' of the Asiatic Society of Bengal (Trübner's Oriental Series). 1. London: Kegan Paul, Trench, Trübner & Co. m/s. 218–219.CS1 maint: extra text: authors list (link) This two-volume work was reprinted by Routledge in 2000.
  • Prinsep, James (1848). "Inscription at Singapore". Journal of the Asiatic Society of Bengal. xvii: 154 f., reprinted in Miscellaneous Papers Relating to Indo-China, above, vol. 1 at 222–223.
  • Low, James (1848). "An Account of Several Inscriptions Found in Province Wellesley, on the Peninsula of Malacca". Journal of the Asiatic Society of Bengal. xvii (ii): 62–66., reprinted in Miscellaneous Papers Relating to Indo-China, above, vol. 1 at 223–226.
  • Laidlay, J.W. (1848). "Note on the Inscriptions from Singapore and Province Wellesley Forwarded by the Hon. Col Butterworth and Col J. Low". Journal of the Asiatic Society of Bengal. 17 (2)., reprinted in Miscellaneous Papers Relating to Indo-China, above, vol. 1 at 227–232.
  • Rouffaer, G.P. (1921). "Was Malakka emporium voor 1400 A.D. genaamd Malajoer? En waar lag Woerawari, Ma-Hasin, Langka, Batoesawar? [Was the Trading Post of Malacca Named Malajoer before 1400 A.D.? And where were Woerawari, Ma-Hasin, Langka, Batoesawar?]". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde van Nederlandsch-Indie [Contributions to the Linguistics, Geography and Anthropology of the Dutch East Indies]. 77 (1): 58..
  • Cornelius-Takahama, Vernon (2000-03-30). "The Singapore Stone". Singapore Infopedia, National Library, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-07-13.
  • "Singapore Stone". Singapore Paranormal Investigators. 2000–2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-23. Dicapai pada 2007-07-13.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]