Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 1994 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2004, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Bandar Klang untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Sungai Pinang. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1]
Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Sungai Pinang setakat 2013
Melayu (10.58%)
Cina (74.57%)
India (14.32%)
Etnik lain (0.53%)
Menurut pilihan raya negeri Selangor 1999, sebanyak 39,685 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Cina dengan peratusan sebanyak 74.57, kemudian diikuti oleh etnik India (14.32%), Melayu (10.58%) dan paling sedikit ialah lain-lain (0.53%).[2]
Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Bandar Klang