Pergi ke kandungan

Baka ayam yang diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesemua baka-baka ayam yang diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika dikategorikan dalam beberapa kelas. Baka-baka bersaiz standard dikumpulkan mengikut jenis atau tempat asal; baka-baka bantam dikelaskan mengikut jenis atau ciri-ciri fizikal.

Baka-baka besar

[sunting | sunting sumber]

Baka-baka besar dibahagikan kepada enam kelas – Amerika, Asiatik, Kontinental, Inggeris, Mediterranean, dan baka-baka standard lain – kebanyakan berdasarkan tempat asal-usulnya.

Seekor ayam betina Jawa Hitam; Jawa memainkan peranan penting dalam menghasilkan beberapa baka kelas Amerika seperti ayam merah Rhode Island.

Kelas Amerika mengandungi 13 baka yang berasal daripada Kanada atau Amerika Syarikat.[1]:11 Kesemuanya adalah baka besar dan menghasilkan telur berwarna perang;[1]:11 serta tahan dalam cuaca sejuk:[2]

Ayam betina Cochin (warna Buff) terkenal dengan sifat mengeramnya.

Baka-baka ini berasal daripada China; ia bersaiz besar, kaki berbulu dan memiliki telur berwarna perang:[1]:21

Kontinental

[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan baka-baka Kontinental seperti ayam jantan Silver Spangled Hamburg (foto) adalah ayam yang lincah dan memiliki kebolehan terbang yang baik.

Kumpulan ini mengandungi 11 baka ayam yang berasal daripada Belgium, Perancis, Jerman, dan Belanda. Kebanyakannya adalah baka-baka ayam yang lincah, kecuali Faverolles:[1]:70

Seekor ayam betina Orpington Hitam

Kelas ini terdiri dari lima baka yang berasal daripada United Kingdom dan satu daripada Australia:[3]

Mediterranean

[sunting | sunting sumber]
Seekor ayam betina Ancona; Balung dan pial yang besar pada baka-baka Mediterranean, terutamanya pada ayam jantan sangat mudah terdedah pada radang dingin.

Baka-baka ini berasal daripada Itali dan Sepanyol. Ia memiliki cuping telinga putih, ayam penelur yang aktif dengan telur berwarna putih. Secara umumnya, ia boleh terbnag terutamanya bagi ayam-ayam yang dibiar bebas, hamir untuk mengelak dan mencari makan sendiri:[1]:178

Baka-baka standard lain

[sunting | sunting sumber]
Sepasang ayam Phoenix

Baka-baka lain yang dimasukkan ke dalam kelas ini terdiri dari tiga sub-kelas: Sabung/Laga, Oriental, dan Pelbagai. Sub-kelas Sabung/Laga termasuk ayam sabung bukan-oriental, sub-kelas Oriental terdiri dari baka-baka daripada Asia; Cubalaya, bagaimanapun berasal daripada Cuba. Sub-kelas Pelbagai terdiri dari baka-baka selebihnya.[3]


Baka-baka bantam

[sunting | sunting sumber]

Bantam dikumpulkan berdasarkan jenis atau ciri-ciri fizikal kepada enam kelas: Laga Moden; Laga; Balung Sisir dan Kaki Licin; Balung Ros dan Kaki Licin; Kaki Berbulu; dan Balung Lain Kaki Licin.[3] Penggelasan oleh Persatuan Bantam Amerika mungkin berbeza.[perlu rujukan]

Sabung/Laga Moden

[sunting | sunting sumber]
Sepasang bantam Modern Game; bagi tujuan pertunjukan, balung dan pial biasanya akan dubbed.

Kelas ini hanya mengandungi bantam Modern Game.[1][3]

Sepasang Old English Games

Kelas Sabung/Laga termasuk baka ayam sabung bantam selebihnya:[1][3]

Balung sisir dan kaki bersih

[sunting | sunting sumber]
Seekor ayam jantan Pyle Dutch Merah

Kelas ini mengandungi kesemua baka-baka bantam dengan balung sisir, kecuali bantam sabung/laga:[1][3]

Balung Ros dan kaki licin

[sunting | sunting sumber]
Seekor ayam betina Sebright Emas

Kumpulan kelas ini mengandungi kedua-dua balung ros dan kaki licin:[1]

Kaki berbulu

[sunting | sunting sumber]
Sekumpulan ayam muda d'Uccle Berjambang Belgium

Baka-baka dalam kelas ini mempunyai betis dan kaki berbulu:[1][3]

Balung jenis lain dan kaki licin

[sunting | sunting sumber]
Seekor ayam jantan Ameraucana

Kelas ini terdiri dari baka-baka yang tidak memenuhi kelas-kelas lain:[1][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j k Gail Damerow (2012). The Chicken Encyclopedia. North Adams, Massachusetts: Storey Publishing. ISBN 9781603425612.
  2. ^ Ekarius, Carol (2007). Storey's illustrated guide to poultry breeds. North Adams, Mass.: Storey Pub. ISBN 978-1-58017-667-5.
  3. ^ a b c d e f g h APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.