Ayam Cornish
Status pemuliharaan | FAO (2007): tidak berisiko[1]:152 |
---|---|
Nama lain | Ayam Cornish |
Negara asal | United Kingdom |
Taburan | Seluruh dunia |
Kegunaan | |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: |
Betina: | |
Klasifikasi | |
APA | Inggeris[3]:13 |
EE | ya[4] |
PCGB | besar: bulu keras[5] |
Ayam Gallus gallus domesticus |
Ayam Cornish (tulisan Jawi: ايم کورنيش ) atau Ayam Laga India merupakan sejenis baka ayam dari daerah Cornwall di England. Ayam Cornish dan juga kacukan-kacukannya adalah baka yang paling digunakan dalam industri daging ayam.[6] Jenis ayam ini berat, berotot kekar dan bertelur coklat. Baka ini dibangunkan oleh Sir Walter Gilbert, Baronet Pertama sekitar tahun 1820. Ia diterima oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1893.
Pada awal kurun ke-20 di Amerika Syarikat, nama asal baka ini ditukarkan menjadi Cornish. Pada masa yang sama, variasi berwarna putih Cornish Putih telah dibangunkan di A.S. Cornish Putih kini digunakan dalam industri moden daging ayam di seluruh dunia, sama ada melalui kacukan-silang untuk menghasilkan ayam pedaging hibrid atau untuk menghasilkan ayam laga betina yang cepat membesar".[7]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ayam ini besar, gempal dan sering dikacukkan dengan baka lain untuk meningkatkan pengeluaran daging. Ada dua varieti, iaitu Game Cornish dan Jubilee Cornish Game. Cornish Game berwarna biru atau hijau tua dengan corak coklat pada yang betina. Jubilee Cornish Game lebih ringan dan kurang gempal, berwarna gandum muda dengan corak perang muda.
Ayam Cornish terdapat dalam pelbagai warna dan sering diambil untuk pertunjukan pesta tani, biarpun kakinya kurang elok kerana pinggul lebar. Jika dikacukkan dengan Sussex atau Dorking, ia menjadi ayam pedaging rumah yang amat baik. Ayam ini bertelur sebanyak purata 160-180 biji setahun. Biarpun agak agresif ia cukup senang dikendalikan dan merupakan ibu yang baik. Baka ini memerlukan lebih banyak ruang daripada baka-baka lain jadi ia mungkin tidak sesuai untuk penternak dekat bandar. Akan tetapi ia amat terdedah kepada parasit, maka ia memerlukan lebih perteduhan kerana bulunya yang agak halus.
Berat
[sunting | sunting sumber]Jantan | 3.86 kg | 10 lbs |
Betina | 2.57 kg | 5.7 lbs |
Jantan muda | >1 kg | >2.2 lbs |
Betina muda | >1 kg | >2.2 lbs |
Jantan | 2.0 kg | 4.4 lbs |
Betina | 1.5 kg | 3.3 lbs |
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabarb
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaroberts
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaapa
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaee
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapcgb
- ^ [Keeping Chickens Guide.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaalbc