Bahasa di New Zealand
Bahasa di New Zealand | |
---|---|
Rasmi | Te reo Māori (3.7%) Bahasa Isyarat New Zealand |
Utama | Bahasa Inggeris New Zealand (96.1%) |
Peribumi | Te reo Māori |
Immigrant | Samoa (2.2%) Hindi (1.7%) Bahasa Cina Mandarin (1.3%) Perancis (1.2%) |
Isyarat | Bahasa Isyarat New Zealand |
Bentangan papan kekunci | |
Sumber | Banci New Zealand 2013[1] |
Bahasa Inggeris ialah bahasa utama dan bahasa rasmi de facto New Zealand. Hampir seluruh penduduk bertutur dalam bahasa tersebut sebagai penutur asli atau dengan cekap sebagai bahasa kedua.[1] Dialek bahasa Inggeris New Zealand kebanyakannya serupa dengan bahasa Inggeris Australia dalam sebutan, dengan beberapa perbezaan utama. Bahasa Māori dari orang asli orang Māori dijadikan bahasa rasmi de jure yang pertama pada tahun 1987. Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL) telah menjadi bahasa rasmi sejak tahun 2006. Banyak bahasa lain digunakan oleh masyarakat etnik minoriti New Zealand.
Bahasa rasmi
[sunting | sunting sumber]New Zealand mempunyai tiga bahasa rasmi: bahasa Inggeris, Māori dan Bahasa Isyarat New Zealand.[1][2]
Perangkaan
[sunting | sunting sumber]Dalam banci 2013, bahasa berikut telah dilaporkan ditutur oleh lebih daripada 0.1 peratus jumlah penduduk.[3] Orang boleh melaporkan lebih daripada satu bahasa, oleh itu jumlah peratus keseluruhan bukanlah 100%. Perangkaan semestinya tidak memasukkan jawapan yang tidak dapat digunakan dan mereka yang tidak bertutur mana-mana bahasa (contohnya, terlalu muda untuk bertutur).
Bahasa | Bilangan | Peratus | Perubahan (2006–13) |
---|---|---|---|
Inggeris (Bahasa Inggeris New Zealand) | 3,819,969 | 96.14 | 0.24 |
Māori | 148,395 | 3.73 | −0.37 |
Samoa | 86,403 | 2.17 | −0.06 |
Hindi | 66,309 | 1.67 | 0.51 |
Bahasa Cina Mandarin | 52,263 | 1.32 | 0.24 |
Perancis | 49,125 | 1.24 | −0.16 |
Bahasa Cina Yue (Kantonis) | 44,625 | 1.12 | −0.03 |
Cina (tidak dijelaskan lebih) | 42,753 | 1.08 | 0.09 |
Jerman | 36,642 | 0.92 | −0.06 |
Tonga | 31,839 | 0.80 | 0.03 |
Tagalog | 29,016 | 0.73 | 0.4 |
Afrikaans | 27,387 | 0.69 | 0.14 |
Sepanyol | 26,979 | 0.68 | 0.12 |
Korea | 26,373 | 0.66 | −0.04 |
Belanda | 24,006 | 0.60 | −0.10 |
Bahasa Isyarat New Zealand | 20,235 | 0.51 | −0.12 |
Jepun | 20,148 | 0.51 | −0.04 |
Punjabi | 19,752 | 0.50 | 0.22 |
Gujarati | 17,502 | 0.44 | 0.03 |
Arab | 10,746 | 0.27 | 0.01 |
Rusia | 9,426 | 0.24 | 0.03 |
Itali | 8,214 | 0.21 | −0.01 |
Bahasa Māori Kepulauan Cook | 8,124 | 0.20 | −0.05 |
Thai | 7,599 | 0.19 | 0.03 |
Tamil | 6,840 | 0.17 | 0.02 |
Malaysia | 6,789 | 0.17 | −0.01 |
Khmer | 6,729 | 0.17 | 0.01 |
Fiji | 6,273 | 0.16 | 0.03 |
Vietnam | 5,376 | 0.14 | 0.03 |
Serbo-Croatia | 5,349 | 0.13 | −0.03 |
Sinhala | 5,220 | 0.13 | 0.03 |
Bahasa Cina Min | 5,166 | 0.13 | −0.02 |
Parsi | 5,061 | 0.13 | 0.02 |
Urdu | 5,046 | 0.13 | 0.02 |
Bahasa Indonesia | 4,881 | 0.12 | 0.00 |
Niue | 4,548 | 0.11 | −0.03 |
Malayalam | 4,365 | 0.11 | 0.05 |
Tiada (contoh, kanak-kanak muda) | 67,509 | 1.70 | −0.27 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Bahasa Māori Kepulauan Cook dan bahasa Pukapuka – ditutur di wilayah tanggungan New Zealand di Kepulauan Cook
- Bahasa Niue – ditutur di Niue
- Senarai entiti wilayah di mana bahasa Inggeris bahasa rasmi
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "2013 Census QuickStats about culture and identity – Languages spoken". Statistics New Zealand. Dicapai pada 8 September 2016.
- ^ Bardsley, Dianne (7 October 2018). "English language in New Zealand - Characteristics of New Zealand English". Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 28 November 2017.
English, te reo Māori (the Māori language) and New Zealand Sign Language are the official languages of New Zealand.
- ^ "2013 Census totals by topic". Statistics New Zealand. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2013. Dicapai pada 11 December 2013.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Crystal, David (2003). The Cambridge encyclopedia of the English language (2nd ed.). Cambridge University Press. ISBN 9780521530330.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hay, Jennifer; Maclagan, Margaret; Gordon, Elizabeth (2008). Dialects of English: New Zealand English. Edinburgh University Press. ISBN 9780748625291.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kortmann, Bernd; Schneider, Edgar; Burridge, Kate; Mesthrie, Rajend; Upton, Clive (2004). A handbook of varieties of English. Berlin: Mouton de Gruyter. ISBN 978-3-11-017532-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Languages of New Zealand at Ethnologue: Languages of the World