Pergi ke kandungan

Bahasa Wobe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Wobe
Bahasa We Utara
Asli kepadaIvory Coast
Penutur bahasa
(160,000 setakat 1993)e18
Kod bahasa
ISO 639-3wob
Glottologweno1238

Bahasa Wobe ialah salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa-bahasa Kru yang dituturkan di Côte d'Ivoire. Ia tergolong dalam kesinambungan loghat keluarga bahasa-bahasa We.

Bahasa Wobe terkenal dengan dakwaan bahawa ia mempunyai bilangan nada terbesar (empat belas) berbanding mana-mana bahasa di dunia.[1] Walau bagaimanapun, hal ini belum disahkan oleh penyelidik lain, yang kebanyakannya percaya bahawa sebahagian daripada nada-nada ini sebenarnya urutan nada atau kesan prosodik,[2][3][4] walaupun bahasa-bahasa We secara amnya mempunyai sistem nada yang sangat besar bilangannya.

Empat belas nada yang diusulkan ialah:[1]

IPA ˥ ˦ ˧ ˨ ˧˥ ˧˦ ˨˥ ˨˦ ˨˧ ˥˩ ˦˩ ˧˩ ˨˩ ˨˧˩
Nombor nada B&L 1 2 3 4 31 32 41 42 43 15 25 35 45 435
Pelarasan Newman 0 1 2 3 20 21 30 31 32 04 14 24 34 324

Bahasa Wobe mempunyai sistem nombor perlimaan dan perpuluhan, dan ia merupakan satu daripada dua bahasa-bahasa Kru yang telah menerimapakai sistem perpuluhan.[5]

  1. ^ Singler, John Victor (1984). "On the underlying representation of contour tones in Wobe". Studies in African Linguistics. 15 (1): 59–75.
  2. ^ Newman, Paul (1986). "Contour Tones in Grebo". Dalam van der Hulst, Harry; Bogers, Koen; Mous, Marten (penyunting). The Phonological Representation of Suprasegmentals. Publications in African Languages and Linguistics (Book 4). De Gruyter Mouton. m/s. 190–191 (notes 12 and 14).
  3. ^ Newman believes Singler is a valuable counterweight to Bearth & Link, but does not accept all his criticism; he accept the Wobe 43 toneme, for example, but believes it should be analyzed as /32/ (all tones being off by 1 compared to related dialects).
  4. ^ Hofer, Verena, Numerals in Wobé language.


Templat:Languages of Côte d'Ivoire