Bahasa Tutong
Tutong | |
---|---|
Tutong 2 | |
Kawasan | Brunei |
Penutur bahasa | 17,000 (2006)[1] |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | ttg |
Glottolog | tuto1241 |
Bahasa Tutong, juga dikenali sebagai Basa Tutong, ialah bahasa yang dituturkan oleh kira-kira 17,000 orang di Brunei. Ia adalah bahasa utama orang Tutong, kumpulan etnik majoriti di Daerah Tutong Brunei.
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Tutong ialah sebuah bahasa Austronesia dan tergolong dalam kumpulan bahasa Rejang–Baram yang dituturkan di Brunei serta Kalimantan, Indonesia, dan Sarawak, Malaysia.[2] Bahasa Tutong berkaitan dengan bahasa Belait dengan kira-kira 54% perbendaharaan kata asas adalah serumpun.[3]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Hari ini, ramai penutur Tutong beralih daripada bahasa tradisional dan pencampuran kod dengan Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu baku dan Bahasa Inggeris.[4] Bahasa ini telah diberi penarafan daya hidup 2.5 berdasarkan skala 0–6 yang menggunakan ukuran kadar penghantaran kepada generasi akan datang, tahap sokongan rasmi dan kepekatan geografi penutur.[2][5] This means it is considered endangered.
Namun begitu, pemuliharaan bahasa ada diusahakan. Sejak 2012, satu modul telah diajar dalam bahasa Tutong di Universiti Brunei Darussalam.[6] Begitu juga, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei menerbitkan kamus Tutong–Melayu, Melayu–Tutong pada tahun 1991 dan senarai perkataan beberapa bahasa Brunei pada tahun 2011.[2][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lewis, M. Paul; Gary F. Simons; Charles D. Fennig, penyunting (2015). Ethnologue: Languages of the World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-18). Dallas, Texas: SIL International.
- ^ a b c Martin, Peter W. (1995). "Whiter the Indigenous Languages of Brunei Darussalam?". Oceanic Linguistics (dalam bahasa Inggeris). 34 (1): 27–43. doi:10.2307/3623110. JSTOR 3623110.
- ^ Nothofer, Bernd (1991). "The Languages of Brunei Darussalam". Dalam Steinhauer, H. (penyunting). Papers in Austronesian Linguistics No. 1. Pacific Linguistics Series A-81 (dalam bahasa Inggeris). Canberra: The Australian National University. m/s. 151–176. doi:10.15144/PL-A81.151. ISBN 0-85883-402-2.
- ^ Clynes, Adrian (2012). "Dominant Language Transfer in Minority Language Documentation Projects: Some Examples from Brunei". Language Documentation and Conservation (dalam bahasa Inggeris). 6: 253–267. hdl:10125/4539.
- ^ Coluzzi, Paolo (2010). "Endangered Languages in Borneo: A Survey among the Iban and Murut (Lun Bawang) in Temburong, Brunei". Oceanic Linguistics (dalam bahasa Inggeris). 49 (1): 119–143. doi:10.1353/ol.0.0063. S2CID 144349072.
- ^ a b McLellan, James (2014). "Strategies for Revitalizing Endangered Borneo Languages: A Comparison Between Negara Brunei Darussalam and Sarawak, Malaysia" (PDF). Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). 14: 14–22.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Haji Ramlee Tunggal (2005). Struktur Bahasa Tutong [Tutong Language Structure]. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
- Noor Azam Haji-Othman (2005). Linguistic Diversity in Negara Brunei Darussalam: An Ecological Perspective (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). University of Leicester. hdl:2381/30897.