Bahasa Melayu Singapura
Bahasa Melayu Singapura | |
---|---|
Asli kepada | Singapura |
Kawasan | Temasik |
Etnik | Orang Melayu Singapura |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Bahasa Melayu Singapura ialah dialek Melayu yang dituturkan di Singapura. Bahasa ini merupakan serpihan bahasa Melayu Johor-Riau yang muncul apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada Ogos 1965.[4] Bahasa ini adalah bahasa kebangsaan Singapura yang dikawal oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura. Perlembagaan Singapura menetapkan bahasa Melayu dan tiga bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Inggeris adalah bahasa rasmi.
Bahasa ini telah berkembang melalui tiga peringkat perkembangan iaitu, penulisan, pembakuan, dan pemodenan. Dalam bahasa tulisan, Singapura mula menggunakan ejaan baku sejak tahun 1977. Di sekolah, pelajar Melayu telah didedahkan dengan tatabahasa baku. Sebutan baku yang baru diperkenalkan melalui pelajaran di sekolah mulai awal tahun 1993, dan sedang diperkenalkan kepada umum, manakala sebutan Johor-Riau digunakan secara tidak rasmi. Kedudukan bahasa Melayu masih berkembang pesat di Singapura. Dalam mesyuarat masyarakat Melayu, pemimpin bukan Melayu akan cuba berbahasa Melayu. Bahasa Melayu juga masih digunakan untuk pengumuman di lapangan terbang dan sistem pengangkutan berkelajuan tinggi MRT. Selain itu, bahasa Melayu kekal sebagai bahasa semasa perarakan dan semasa perarakan dalam tentera. Lagu kebangsaan dalam bahasa Melayu juga dinyanyikan di sekolah setiap hari dan di acara rasmi. Lagu-lagu daerah dalam bahasa Melayu seperti Di Tanjung Katong, Dayung Sampan, Singapura, dan Semoga Bahagia terus memenuhi ruang kelas untuk semua pelajar.