Pergi ke kandungan

Bahasa Cia-Cia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cia-Cia
바하사 찌아찌아
KawasanPulau Buton, Sulawesi
Penutur bahasa
80,000 (pada 2005)[1]
Hangul (pada 2009), asalnya Gundul
Kod bahasa
ISO 639-3cia
Map

Bahasa Cia-Cia atau Bahasa Buton Selatan ialah sejenis bahasa Austronesia yang ditutur di sekitar bandar Bau-Bau di selatan Pulau Buton di yang terletak di tenggara Pulau Sulawesi di Indonesia. Pada 2009, bahasa ini menarik perhatian dunia apabila bandar Bau-Bau menerima tulisan Hangul Korea untuk dijadikan sistem tulisan bahasa Cia-Cia.[2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005 dianggarkan ada 80,000 orang penutur bahasa Cia-Cia[1], 95% daripadanya beragama Islam[3] yang juga bertutur dalam bahasa Wolio yang bertalian rapat dengan bahasa Indonesia. Bahasa Wolio semakin dilupakan sebagai bahasa penulisan kaum Cia-Cia, kerana bahasa Indonesia kini diajar dengan abjad Rumi di sekolah.[4]

Bahasa Cia-Cia ditutur di Sulawesi Tenggara, Pulau Buton Selatan, Pulau Binongko, dan Pulau Batu Atas.[1] Mengiut kisah lama, penutur bahasa Cia-Cia di Binongko berketurunan bala tentera Buton yang dikerah oleh Sultan Buton.[5]

Nama bahasa ini berasal dari perkataan cia yang bererti 'tidak'.[1] Cia-Cia juga dipanggil bahasa Buton, Butung, atau Boetoneezen (dari bahasa Belanda) yang dikongsi dengan bahasa Wolio, dan bahasa Buton (atau Butung) Selatan.[1]

Keadaan bahasa di pulau Buton rumit sekali dan kurang difahami secara teliti.[6] Antara loghat-loghat Cia-Cia termasuk Kaesabu, Sampolawa (Mambulu-Laporo), Wabula dan Masiri.[1][7] Loghat Masiri paling banyak kosa katanya berbanding loghat baku.[1]

Dahulunya, bahasa Cia-Cia menggunakan sebentuk tulisan Jawi bergelar Gundul yang tidak memiliki aksara untuk bunyi vokal. Pada 2009, bahasa Cia-Cia menarik perhatian dunia karena bandar Bau-Bau memutuskan agar tulisan hangul dari Korea digunakan untuk menulis bahasa Cia-Cia, dan mengajar anak-anaknya sistem tulisan baru ini berpandukan buku teks yang dihasilkan oleh Persatuan Hunminjeongeum.[2][8][9][10] Institut tersebut telah bertahun-tahun bertungkus-lumus menyebarkan penggunaan abjad Korea kepada kaum-kaum minoriti yang tiada sistem tulisan sendiri di merata Asia.[2] Walaupun begitu, berikutan masalah antara pihak Korea dengan pihak tempatan,[11] institut yang bertanggungjawab dalam pengenalan sistem tulisan ini beredar pada 2012.[12] Akan tetapi, tulisan Hangul masih terpakai dalam kalangan orang tempatan.

Abjad Cia-Cia [13]
Konsonan ᄙ*
Rumi g k n d dh t r, l m b v bh p s tiada (awal), ', ng (tengah, akhir) j c h
IPA [ɡ] [k] [n] [ɗ] [d] [t] [r], [l] [m] [ɓ] [β] [b] [p] [s] -, [ʔ], [ŋ] [dʒ] [tʃ] [h]
Vokal
Rumi a e o u i
IPA [a] [e] [o] [u] [i]

Dalam sistem tulisan Cia-Cia, aksara ᄙ bukan huruf berasingan. Konsonan /r/ dan /l/ tengah dibezakan dengan menulis huruf ㄹ tunggal untuk /r/ dan berganda untuk /l/. Huruf ㄹ berganda mesti ditulis dalam dua suku kata. Konsonan /l/ akhir ditulis dengan huruf ㄹ tunggal; untuk konsonan /r/ akhir, huruf vokal kosong ㅡ ditambah. Huruf vokal kosong (으) juga digunakan untuk /l/ awal. Dalam proses menyesuaikan hangul dalam struktur bahasa Cia-Cia, huruf yang tidak terpakai dalam bahasa Korea digunakan untuk mewakili konsonan /v/.[14]

Contoh:[15]

아디 세링 빨리 노논또 뗄레ᄫᅵ시. 아마노 노뽀옴바에 이아 나누몬또 뗄레ᄫᅵ시 꼴리에 노몰렝오.
adhi sering pali nononto televisi. amano nopo'ombhae ia nanumonto televisi kolie nomolengo.

Kosa kata

[sunting | sunting sumber]

Angka 1–10

[sunting | sunting sumber]
Angka 1–10[16]
Bahasa Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh
Bahasa Cia-Cia (hangul) 디세 루아 똘루 빠아 을리마 노오 삐쭈 활루 시우아 옴뿔루
Rumi ise rua tolu pa'a lima no'o picu walu siua ompulu
Senarai perkataan bahasa Cia-cia dalam aksara hangeul dengan gambar tersebut.
Halaman dari buku teks bahasa Cia-Cia untuk kanak-kanak.

Kata kerja

[sunting | sunting sumber]
  • 부리 buri 'menulis'
  • 뽀가우 pogau 'bercakap'
  • 바짜안 baca'an 'membaca.'[17][15]

Kata nama

[sunting | sunting sumber]
  • 까아나 ka'ana 'rumah'
  • 시골라 sikola 'sekolah'
  • 사요르 sayor 'sayur'
  • 보꾸 boku 'buku'[18][19]
  • 따리마까시 tarima kasi 'terima kasih'
  • 인디우미안노 indau miano Cia-Cia 'Saya orang Cia-Cia'
  • 인다우뻬엘루이소오 indau pe'elu iso'o 'Saya cinta awak'
  • 모아뿌이사우 moapu sia'u 'maafkan saya'
  • 움베 umbe 'ya'
  • 찌아 cia 'tidak'[20]
  1. ^ a b c d e f g Bahasa Cia-Cia di Ethnologue
  2. ^ a b c Agence France-Presse, "Southeast Sulawesi Tribe Using Korean Alphabet to Preserve Native Tongue", Jakarta Globe, 6 Ogos 2009
  3. ^ Joshua Project - Cia-Cia
  4. ^ Butonese - Introduction
  5. ^ Noorduyn, J. 1991. "A critical survey of studies on the languages of Sulawesi" p. 131.
  6. ^ Noorduyn, J. 1991. "A critical survey of studies on the languages of Sulawesi" p. 130.
  7. ^ Donohue, Mark. 1999. "A grammar of Tukang Besi". p. 6.
  8. ^ Korea Times, 2009-08-06[1]
  9. ^ "Indonesian tribe to use Korean alphabet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-12. Dicapai pada 2009-08-12.
  10. ^ (LEAD) Indonesian tribe picks Korean alphabet as official writing system
  11. ^ "Adoption of Hangeul by Indonesian Tribe Hits Snag". The Chosun Ilbo. 10 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2011. Dicapai pada 30 June 2017.
  12. ^ Yi, Whan-woo (8 October 2012). "Sejong Institute withdrawal to leave Cia-Cia out in cold". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2017. Dicapai pada 30 June 2017.
  13. ^ slideshow
  14. ^ (Korea) "사라질 소수민족 언어 '한글'로 새 생명(Hangul which brings the new life to the Cia-Cia people)" (dalam bahasa Korea). 경향신문 (京鄉新聞)/Kyunghyang Sinmun. 2009-08-06. Dicapai pada 2009-08-09.
  15. ^ a b (Korea) 印尼 소수민족, '한글' 공식 문자로 채택
  16. ^ Numbers in Austronesian languages
  17. ^ (Korea) 인도네시아에 한글 사용하는 섬 생겼다 Diarkibkan 2009-08-28 di Wayback Machine
  18. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-28. Dicapai pada 2009-09-12.
  19. ^ [2][pautan mati kekal]
  20. ^ [3]
  • van den Berg, René. 1991. "Preliminary notes on the Cia-Cia language (South Buton)." In Harry A. Poeze and Pim Schoorl (eds.), Excursies in Celebes: Een bundel bijdragen bij het afscheid van J. Noorduyn als directeur-secretaris van het KITLV, 305-24. Leiden: KITLV.
  • Mustafa Abdullah. 1985. Struktur bahasa Cia-Cia. Proyek Penelitian Bahasa dan Sastra Indonesia dan Daerah Sulawesi Selatan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]