Pergi ke kandungan

Bahasa di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa-bahasa Indonesia)

Lebih dari 700 ratus bahasa masih digunakan di Indonesia.[1] Kebanyakan bahasa ini merupakan ahli keluarga bahasa Austronesia dengan beberapa bahasa Papua juga dituturkan. Bahasa rasmi Indonesia ialah Bahasa Indonesia, bahasa yang diubah suai daripada Bahasa Melayu,[2] yang digunakan dalam perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan media tetapi sebilangan besar orang Indonesia bertutur dengan menggunakan bahasa-bahasa tempatan, seperti Bahasa Jawa, sebagai bahasa ibunda.[1]

Oleh sebab Indonesia hanya mengiktiraf satu bahasa sahaja sebagai bahasa rasmi, bahasa-bahasa yang lain tidak diiktiraf sama ada di peringkat negara mahupun wilayah. Oleh sebab itu, Bahasa Jawa merupakan bahasa yang paling banyak digunakan sebagai bahasa tanpa status rasmi dan Bahasa Sunda adalah yang kedua dalam senarai (tidak termasuk dialek-dialek bahasa Cina).

Bahasa menurut penutur

[sunting | sunting sumber]
Beberapa kumpulan etno-linguistik utama Indonesia
Bahasa-bahasa terbesar di Indonesia[3]
(Angka menandakan bilangan penutur asli melainkan bahasa rasmi, Bahasa Indonesia)

Bahasa Bilangan (juta) Tahun bancian dilaksanakan Kawasan utama bahasa digunakan
Bahasa Indonesia & Bahasa Melayu 210 2010 Seluruh Indonesia
Jawa 84.3 2000 (bancian) Utara Banten, Utara, Jawa Barat, Jogyakarta, Jawa Tengah dan Jawa Timur
Sunda 34.0 2000 (bancian) Jawa Barat, Banten
Madura 13.6 2000 (bancian) Pulau Madura (Jawa Timur)
Minangkabau 5.5 2007 Sumatera Barat, Riau
Musi (Bahasa Melayu Palembang)[4] 3.9 2000 (bancian) Sumatera Selatan
Melayu Manado (Minahasa) 3.8 2001 Minahasa, Sulawesi Utara
Bugis 3.5 1991 Sulawesi Selatan
Bahasa Banjar 3.5 2000 (bancian) Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur, Kalimantan Tengah
Bahasa Aceh 3.5 2000 (bancian) Aceh
Bahasa Bali 3.3 2000 (bancian) Pulau Bali dan Lombok
Bahasa Betawi 2.7 1993 Jakarta
Bahasa Sasak 2.1 1989 Pulau Lombok (Barat Nusa Tenggara)
Batak Toba 2.0 1991 Sumatera Utara
Bahasa Melayu Ambon 1.9 1987 Pulai Maluku
Bahasa Makasar 1.6 1989 Sulawesi Selatan
Dairi 1.2 1991 Sumatera Utara
Batak Simalungun 1.2 2000 (bancian) Sumatera Utara
Batak Mandailing 1.1 2000 (bancian) Sumatera Utara
Melayu Jambi 1.0 2000 (bancian) Jambi
Bahasa Bolaang Mongondow 0.9 1989 Sulawesi Utara
Gorontalo 0.9 1989 Gorontalo)
Bahasa Ngaju Dayak 0.9 2003 Kalimantan Selatan
Bahasa Nias 0.8 2000 (bancian) Pulau Nias, Sumatera Utara
Batak Angkola 0.7 1991 Sumatera Utara
Melayu Maluku Utara 0.7 2001 Maluki Utara
Cina (Hokkien & Teochew) 0.7 1982 Sumatera Utara, Riau, Kepulauan Riau dan Kalimantan Barat
Cina Hakka 0.6 1982 Bangka Belitung, Kepulauan Riau dan Kalimantan Barat
Batak Karo 0.6 1991 Sumatera Utara
Uab Meto 0.6 1997 Timor Barat (Nusa Tenggara Timur)
Bahasa Bima 0.5 1989 Pulau Sumbawa (Nusa Tenggara Barat)
Bahasa Manggarai 0.5 1989 Pulau Flores (Nusa Tenggara Timur)
Toraja-Sa’dan 0.5 1990 Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat
Komering 0.5 2000 (bancian) Sumatera Selatan
Tetum 0.4 2004 Timor Barat (Nusa Tenggara Timur)
Rejang 0.4 2000 (bancian) Bengkulu
Muna 0.3 1989 Sulawesi Tenggara
Basa Semawa 0.3 1989 Pulau Sumbawa (Nusa Tenggara Barat)
Bangka 0.3 2000 (bancian) Pulau Bangka (Bangka Belitung)
Osing 0.3 2000 (bancian) Jawa Timur
Gayo 0.3 2000 (bancian) Aceh
Tolaki 0.3 1991 Sulawesi Tenggara
Bahasa Lewotobi 0.3 2000 Pulau Flores (Nusa Tenggara Timur)
Tae’ 0.3 1992 Sulawesi Selatan

dan lainnya

  1. ^ a b Lewis, M. Paul (2009). "Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition". SIL International. Dicapai pada 2009-11-17.
  2. ^ Sneddon, James (2003). The Indonesian Language: Its history and role in modern society. Sydney: University of South Wales Press Ltd.
  3. ^ http://www.ethnologue.com/show_country.asp?name=ID
  4. ^ Muhadjir. 2000. Bahasa Betawi:sejarah dan perkembangannya. Yayasan Obor Indonesia. p. 13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]