Awak Sangat Nakal
Awak Sangat Nakal | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Komedi |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil |
Ditulis oleh | Shida Zali |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | Sharnaaz Ahmad Ayda Jebat Hefny Sahad Ika Nabila Afiq Muiz |
Lagu pembukaan | "Nakal Nakal Nakal" nyanyian Ayda Jebat |
Lagu penutup | "Nakal Nakal Nakal" nyanyian Ayda Jebat |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Sadupal Singh Vareen Kaur |
Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 42 Minit Isnin - Khamis (10 malam) |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 7 November 2016 – 1 Disember 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Suri Hati Mr. Pilot |
Diikuti oleh | Isteri Tuan Ihsan |
Awak Sangat Nakal ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Azmi Hatta . Dibintangi oleh Ayda Jebat, dan Sharnaaz Ahmad. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 7 November 2016 menggantikan Suri Hati Mr. Pilot. [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.
Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
- Shaarnaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Rahim Jailani sebagai Tan Sri Emran
- Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zariah
- Datin Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
- Ika Nabella sebagai Ain Humaira
- Hefny Sahad sebagai Habib
- Kay Maria sebagai Ibu Sue
- Tash Yong sebagai Sue
- Farouk Hussain sebagai Pak Mat
- Jeff Hassan sebagai Pak Imam (Bapa Johan Rizqin)
- Gbob Raja Lawak sebagai Bob
- Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsyam
- Syaffiq Sahli sebagai Johan Ariff
- Erry Putra sebagai Hassan
- Ku Faridah sebagai Hamidah (Mak Tok)
- Izme Azzam sebagai Imran
- Aidil Alias sebagai Tuan Syed Muda
- Zee Khan Hussein sebagai Mak Tok Muda
- Zulkifli Mohd Salleh sebagai Tuan Syed
- Henzy Andalas sebagai Hitam
Muzik & Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Nakal Nakal Nakal" | Ayda Jebat | ||
2. | "Pencuri Hati" | Ayda Jebat | ||
3. | "Yang Terbaik" | Marsha Milan | ||
4. | "Hanya Dirimu" | Eleena Harris & Mark Adam | ||
5. | "Wanita" | KRU | ||
6. | "Jangan Bandingkan Aku" | Masweera | ||
7. | "Unfollow Hatiku" | Ziabella | ||
8. | "Larut" | Syed Shamim | ||
9. | "I Love You" | Syed Shamim | ||
10. | "Cinta Terbaik" | Syed Shamim | ||
11. | "Hidupku Untukmu" | Syed Shamim | ||
12. | "Cuba Teka" | Tasha Manshahar & Syed Shamim | ||
13. | "Tanda-Tanda Cinta" | The Colors & Fatin Afeefa | ||
14. | "Hujung Waktu" | Azhael | ||
15. | "Terima Kasih Kekasih" | Azhael | ||
16. | "Jagalah Diri" | Jaclyn Victor | ||
17. | "Seindah Mimpi" | Jaclyn Victor | ||
18. | "Mungkin Kamu" | Sissy Imann | ||
19. | "Xpresi" | Nastia | ||
20. | "Dekat Tapi Jauh" | Forteen | ||
21. | "Layang-Layang" | Aman Aziz | ||
22. | "Hujung Dunia" | Hanie Soraya | ||
23. | "Inspirasi" | Hafiz Suip & Faizal Tahir | ||
24. | "Hanya Namamu" | Caliph Buskers | ||
25. | "Kaulah Dia" | Caliph Buskers | ||
26. | "Suka Denganmu" | Farah Farhanah | ||
27. | "Hanya Diriku" | Sofazr | ||
28. | "My Crush" | #tag | ||
29. | "Hey Kamu" | #tag | ||
30. | "Setiaku" | Hez Hazmi | ||
31. | "Di Amaran Mama" | Hazama | ||
32. | "Malaikat" | Hazama | ||
33. | "Ku Bukan Aku" | Tilu | ||
34. | "Berani" | Marlon | ||
35. | "Takkan Pudar" | Ernie Zakri | ||
36. | "Sedetik Cinta" | Ernie Zakri & Daly Filsuf | ||
37. | "Kekasih 345" | Anak Panah | ||
38. | "Aku Sakit Hati" | Nas Adila & R'Liff | ||
39. | "Tak Bisa Hidup Tanpamu" | Angkasa | ||
40. | "Tak Ada Cinta Sepertimu" | Siti Nordiana & Aliff Aziz | ||
41. | "Potret" | Akim & The Majistret | ||
42. | "Kembali" | Akim & Stacy | ||
43. | "Mimpi" | Aisyah Aziz | ||
44. | "Lebih Sempurna" | Syamel | ||
45. | "Ku Tak Mahu Cinta" | Sandra | ||
46. | "Jangan Pernah" | Zarul Umbrella | ||
47. | "I Cinta Jer" | Wani Syaz | ||
48. | "Terlalu Istimewa" | Rudy Nastia | ||
49. | "Jika Kau Cinta" | Billa AF12 | ||
50. | "Citarasa Perempuan" | Qasri | ||
51. | "Dahsyat" | Mojo | ||
52. | "Maaf" | S.I.R | ||
53. | "Penghibur Jalanan" | Hazury | ||
54. | "Jomblo Happy" | Gamma 1 | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Awak Sangat Nakal. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021