ZiaBella
ZiaBella | |
---|---|
Berasal dari | Alor Setar, Kedah, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2013–2015 |
Syarikat rakaman | KRU Records |
Bekas ahli |
|
ZiaBella ialah sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia, terdiri daripada pasangan adik-beradik Shazia (Zia) dan Salsabila (Bella) Rozaini.[1][2] Duo ini menandatangani kontrak bersama KRU Records dan mula mendapat perhatian meluas menerusi single sulung mereka, "Sesuatu Yang Tak Mungkin".[3]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Nurul Shazia Rozaini (lahir 1993) dan Nurul Salsabila Rozaini (lahir 1995) dilahirkan dan dibesarkan di Alor Setar, Kedah.[4] Hubungan Zia dan Bella amat rapat memandangkan mereka hanyalah dua beradik dan dibesarkan oleh ibu mereka selepas ibu bapa mereka bercerai.[1][5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2013, dua beradik ini telah dijemput oleh Edry Abdul Halim untuk menghadiri sesi ujibakat. Sebelum sesi bermula, Edry bertanya jika Bella ada adik beradik lain yang boleh menyanyi lalu Bella memperkenalkan kakaknya, Zia. Edry pada waktu itu sudah mengetahui bakat Zia kerana pernah menonton video nyanyiannya di YouTube. Selepas sesi ujibakat, mereka diberi pilihan untuk bergerak solo ataupun duo.[1]
Mereka secara rasmi menjadi artis naungan KRU pada Disember 2013 disamping barisan artis baru lain yang dicungkil oleh KRU. Dua beradik ini menamakan kumpulan mereka sebagai ZiaBella.[1] Sebelum menjadi artis naungan KRU, mereka sering menyertai pertandingan nyanyian antaranya Zia merupakan finalis pertandingan Bintang RTM pada 2012 dan Bella ialah finalist Bintang Remaja RTM bahagian Negeri Kedah.
Di bawah KRU, ZiaBella melancarkan single pertama mereka, "Sesuatu Yang Tak Mungkin" pada 14 Mei 2014.[6] Lagu ini ialah hasil nukilan Aida Abdul Rahman dan berkisarkan tentang seorang insan yang menyayangi seorang kekasih, namun kekasihnya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Namun sang kekasih masih setia mengharapkan pasanganya kembali.[7]
Mereka kemudian melancarkan single kedua, "Unfollow Hatiku" setahun kemudian.[8][9]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun |
---|---|
"Sesuatu Yang Tak Mungkin" | 2014 |
"Unfollow Hatiku" | 2015 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Farrah Jamal (17 Julai 2014). "Pesona Duo Ziabella". KKBox. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ Budiey (6 November 2014). "Apa Yang Menarik Tentang ZiaBella Yang Anda Tidak Tahu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (21 September 2014). "Ziabella anak didik KRU". Berita Minggu. Dicapai pada 8 April 2019.
- ^ "[Interview] Musical sisters, ZiaBella have no plans to go solo" (dalam bahasa Inggeris). The Hive Asia. 24 Oktober 2014. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ "ZiaBella 'berbisa'". Berita Harian Singapura. 26 Jun 2014. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ Budiey (4 November 2014). "ZiaBella Lancar Lagu Terbaru SESUATU YANG TAK MUNGKIN". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ Budiey (19 Mei 2014). "ZiaBella Mahu Popular Dengan Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 April 2015.
- ^ Hidayah Mohammad (9 Oktober 2015). "ZiaBella sabar menanti". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2019.
- ^ Norhayati Nordin (18 Oktober 2015). "Dua beradik satu aspirasi". Metro Ahad. Dicapai pada 9 April 2019.