Lucius Domitius Aurelianus atau nama pendeknya Aurelianus (bahasa Inggeris: Aureliancode: en is deprecated ) adalah Maharaja kedua memerintah Empayar Rom yang berlatar belakangkan tentera yang begitu berjaya, seorang yang membantu Empayar Rom mendapatkan kembali kuasanya semasa bahagian terkemudian dalam kurun ke-3 dan permulaan kurun ke-4.
Semasa era pemerintahannya, empayar itu disatukan kembali setelah menyoroti pemberontakan selama 15 tahun, kehilangan 2/3 wilayahnya ke tangan empayar-empayar yang mahu berpisah (Empayar Palmyra di timur dan Empayar Gaul di barat) dan serangan orang-orang gasar. Kejayaannya mengakhiri Krisis Kurun Ke-3 empayar tersebut.