Atlantis
Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος , "Pulau Atlas") adalah nama pulau legenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Purba Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias. Atlantis menggunakan bahasa sama seperti melayu awal iaitu papua new guinea
Menurut Plato, pulau Atlantis yang terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika.[1] Tidak lama selepas gagal menakluk Athens[2][3], Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.[4]
Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. [5]Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.
Kemungkinan kewujudan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja utopia, seperti Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada cereka sains kepada buku komik dan wayang.
Atlantis merupakan sebuah pulau bertamadun wujud sebelum Mesir dan Cina. wujudnya 9000 s.m sebelum Plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana.
Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi. bahagian bumi atlantis terdampar di beberapa benua.terdapat di kepulauan Bahamas. Namun begitu, sesetengah para sarjana berpendapat bahawa pulau Atlantis pernah wujud. Mereka berpendapat bahawa pulau Atlantis tenggelam di bahagian Asia, kerana sejarah yang pernah diceritakan oleh Plato mengatakan bahawa Atlantis adalah sebuah pulau yang kaya dengan bijih timah dan emas, selain penduduknya menanam tanaman seperti nenas dan pisang, yang kebanyakkannya berada di bahagian Asia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Plato's contemporaries pictured the world as consisting of Europe, Northern Africa, and Western Asia (see the map of Hecataeus of Miletus). Atlantis, according to Plato, had conquered all Western parts of the known world, making it the literary counter-image of Persia. See Welliver, Warman (1977). Character, Plot and Thought in Plato’s Timaeus-Critias. Leiden: E.J. Brill. m/s. 42. ISBN 90-04-04870-7.
- ^ Hackforth, R. (1944). "The Story of Atlantis: Its Purpose and Its Moral". Classical Review. 58 (1): 7–9. JSTOR 701961.
- ^ David, Ephraim (1984). "The Problem of Representing Plato's Ideal State in Action". Riv. Fil. 112: 33–53.
- ^ The frame story in Critias tells about an alleged visit of the Athenian lawmaker Solon (c. 638 BC – 558 BC) to Egypt, where he was told the Atlantis story that supposedly occurred 9,000 years before his time.
- ^ Feder, Kenneth (2011). "Lost: One Continent - Reward". Frauds, Myths, and Mysteries: Science and Pseudoscience in Archaeology (ed. Seventh). New York: McGraw-Hill. m/s. 141–164. ISBN 978-0-07-811697-1.