Pergi ke kandungan

Arema FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Arema Cronus F.C.)
Arema FC
Logo Arema Indonesia
Nama penuh Arema Football Club
Gelaran Singo Edan
(Singa Gila)
Nama pendek AFC
Ditubuhkan 11 Ogos 1987; 37 tahun yang lalu (1987-08-11) (sebagai PS Arema)
2009; 16 tahun yang lalu (2009) (sebagai Arema Indonesia)
2013; 12 tahun yang lalu (2013) (sebagai Arema Cronus, setelah dualisme)
2017; 8 tahun yang lalu (2017) (sebagai Arema FC)
Stadium/Padang Stadium Kanjuruhan, Malang
Kapasiti 45,000[1]
Pengerusi Indonesia Wiebie Dwi Andriyas
Pengurus Brazil Joel Cornelli
Liga Liga 1
2023/24 Liga 1, Ke-15
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

25px Arema FC


Skuad utama

Skuad wanita

Akademi
Arema

Kelab Bola Sepak Arema (Arema Football Club, biasanya dipanggil sebagai Arema FC atau Arema sahaja) merupakan kelab bola sepak yang berpengkalan di Malang, wilayah Jawa Timur, Indonesia. Arema FC pada asalnya merupakan sebahagian daripada Arema Indonesia (kini ArekMalang Indonesia), sebelum berpecah kepada dua akibat dualisme liga Indonesia[2]. Kini, Arema FC bermain di liga teratas Indonesia iaitu Liga 1.

Arema, atau dahulunya PS Arema, ditubuhkan pada tarikh 11 Ogos 1987 sebelum menukar namanya kepada Arema Indonesia pada tahun 2009.[3] Pada tahun 2012, iaitu semasa insiden dualisme bola sepak Indonesia, Arema Indonesia diperolehi Bakrie Group dan pada masa itu, Bakrie menjual kelab mereka, Pelita Jaya, kemudian bertukar nama kepada Pelita Bandung Raya, sehingga menggagalkan rancangan menggabungkan Arema dan kelab tersebut.[4][5] Pada tahun 2013, Arema Indonesia menukar namanya kepada Arema Cronus setelah diperolehi Bakrie Group[6] dan pada tahun 2017, nama Arema Cronus bertukar lagi menjadi Arema FC sehingga hari ini.[7]

Budaya Arema

[sunting | sunting sumber]

Arema dilahirkan daripada kebangsaan warga Malang. Dengan keinginan untuk menjadikan mereka sebagai masyarakat yang terkenal dan kebangsawanannya yang tinggi, masyarakat (terutamanya belasan tahun/remaja) Malang melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti (termasuklah tinju, muzik rock dan olahraga) untuk memperkukuhkan Malang sebagai salah sebuah masyarakat yang terkenal di Indonesia.

Arema juga adalah nama seorang legenda Jawa Indonesia, Kebo Arema yang difikirkan berasal dari Malang. Disebabkan fakta ini, "Arema" menjadi nama yang releven digunakan untuk budaya dan identiti Malang.

Arema adalah kelab profesional berpengkalan di Malang, Jawa Timur. Pada mulanya pasukan ini dilahirkan pada 11 Ogos 1987 oleh usaha daripada Acub Zaenal, pengasas kelab Galatama, kemudiannya dipanggil Aremada, sebuah gabungan kelab-kelab tempatan dan 86 Malang Arema Fleet. Akan tetapi nama itu tidak kekal lama. Beberapa bulan kemudian, namanya diubah kepada Arema 86.

Usaha untuk mengekalkan kelab 86 Arema Galatama melalui pelbagai rintangan, walaupun pasukan itu dijangka melibatkan diri di dalam Galatama VIII terbantut disebabkan oleh masalah kewangan. Dari sini Acub Zaenal bersama-sama dengan anak lelakinya Lucky Acub Zaenal telah mengambil alih dan cuba untuk menyelamatkan Arema 86.

Nama itu diubah kepada 86 Arema dan menetapkan asasnya pada 11 Ogos 1987 merujuk kepada dokumen notarial Pramu Haryono SH No. 58. Semenjak itu, mereka menyediakan prepared Arema sebagai sebuah pasukan profesional. Skuad, kemudahan dan para pegawai dinaiktaraf.

Kejayaan pasukan bola sepak Indonesia ini berhadapan dengan macam-macam samada naik atau turun. Isu utama kelab ini adalah sokongan kewangan. Bagimanapun, mereka telah dimahkotakan juara Galatama di dalam musim 1992-93.

Semenjak pengenalan kepada Liga Indonesia, satu gabungan di antara Perserikatan dan Galatama, Arema telah merekodkan tujuh kali di dalam pusingan kedua. Bagaimanapun, kekangan kewangan kembali untuk mengikat penjelajahan kelab, sehingga lama kelamaan PT Bentoel Internasional Tbk mendapatkan pemilikan pasukan di dalam musim pertengahan 2003.

Hasilnya krisis kewangan yang menyebabkan Arema turun kasta di dalam divisyen pertama. Tetapi dengan kekuatan kewangan yang baru, Arema hanya bertahan satu tahun sahaja di dalam divisyen pertama dan naik semula ke liga teratas sebagai juara. Semenjak itu prestasi mereka stabil. Arema berupaya untuk menembusi Liga Super, pertandingan kasta tertinggi di dalam negara buat pertama kali mereka masuk ke dalam musim ini.

Stadium Kanjuruhan yang terletak di Malang, Jawa Timur, Indonesia

Stadium utama Arema ialah Stadium Kanjuruhan yang berkapasiti 40,000 yang berada di Bandar Malang, Jawa Timur . Pada masa yang lepas, mereka telah bermain di Stadium Gajayana, Malang bagi perlawanan Liga Juara-Juara AFC.

Bencana Stadium Kanjuruhan

[sunting | sunting sumber]
Pertempuran yang berlaku antara polis dan penyokong Arema FC

Selepas tragedi Kanjuruhan yang berlaku pada 1 Oktober 2022, Arema FC kembali menggunakan Stadium Gajayana sebagai stadium utama mereka pada 2023, sebelum beralih ke Stadium Gelora Supriyadi pada tahun berikutnya.

Penyokong

[sunting | sunting sumber]

Penyokong kelab memanggil diri mereka Aremania.

Senarai Pemain Arema FC di Liga 1 Musim 2024/2025

Sehingga 12 Ogos 2024

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
3 DF Indonesia Bayu Aji
4 DF Indonesia Syaeful Anwar
5 DF Brazil Thales Lira
6 MF Colombia Julián Guevara
7 FW Indonesia Tito Hamzah
8 MF Indonesia Arkhan Fikri
10 MF Brazil Wilian Marcilio
11 FW Australia Charles Lokolingoy
12 DF Indonesia Rifad Marasabessy
13 MF Indonesia Samuel Balinsa
14 MF Indonesia Jayus Hariono
16 MF Indonesia Daffa Fahish
19 DF Indonesia Achmad Syarif
20 DF Korea Selatan Choi Bo-kyeong
21 FW Indonesia Flabio Soares
No. Pos. Negara Pemain
22 GK Indonesia Dicki Agung
23 DF Indonesia Anwar Rifai
24 MF Indonesia Muhammad Rafli
27 FW Indonesia Dedik Setiawan
30 FW Indonesia Salim Tuharea
32 MF Brazil Pablo Oliveira
31 GK Brazil Lucas Frigeri
41 FW Indonesia Dendi Santoso
67 MF Indonesia Shulton Fajar
72 DF Indonesia Bayu Setiawan
87 DF Indonesia Johan Alfarizi
94 FW Brazil Dalberto
95 GK Indonesia Andrian Casvari
96 DF Indonesia Iksan Lestaluhu


Senarai pemain yang bersara

[sunting | sunting sumber]

Penghormatan

[sunting | sunting sumber]
  • Naib Johan (1): 1991-1992
  • Johan (1): 1992/93
  • Johan (1): 2004
  • Johan (2): 2005, 2006
  • Naib Johan (1): 2010
  • Johan (1): 2010
  • Anugerah Pasukan Terbaik Tabloid Bola (2): 2006, 2007
 
Gelaran Liga Siri Tahun Nama Jurulatih Kedudukan Akhir Kejayaan
Liga Galatama VIII 1987/88 Sinyo Aliandoe 6 (14 Pasukan)
Liga Galatama IX 1988/89 Sinyo Aliandoe/Andi Teguh 8 (18 Pasukan) Penjaring Terbanyak (Mecky Tata) (18)
Liga Galatama X 1990 Andi Teguh 4 (18 Pasukan)
Liga Galatama XI 1990/92 Andi Teguh 4 (20 Pasukan) Penjaring Terbanyak (Singgih Pitono) (21)
Galatama XII 1992/93 Muhammad Basri/Gusnul Yakin 1 (17 Pasukan) Pemenang, Penjaring Terbanyak (Singgih Pitono) (16)
Liga Galatama XIII 1993/94 Gusnul Yakin 6 (Peringkat Kumpulan) 17 Pasukan

Liga Indonesia

[sunting | sunting sumber]
 
Gelaran Liga Siri Tahun Nama Jurulatih Kedudukan Akhir Kejayaan
Liga Dunhill I 1994/95 Halilintar Gunawan Peringkat Kumpulan (6 dari 17 pasukan)
Liga Dunhill II 1995/96 Gusnul Yakin Peringkat Kumpulan (12 dari 16 pasukan)
Liga Kansas III 1996/97 Suharno Pusingan Ke-2
Liga Indonesia IV 1997/98 Gusnul Yakin Digantung (Kacau-bilau politik)
Liga Indonesia V 1998/99 Hamid Asnan/Winarto Peringkat Kumpulan (3 dari 6 pasukan)
Liga Bank Mandiri VI 1999/00 Muhammad Basri Pusingan Ke-2
Liga Bank Mandiri VII 2001 Daniel Roekito Pusingan Ke-2
Liga Bank Mandiri VIII 2002 Daniel Roekito Pusingan Ke-2
Liga Bank Mandiri IX 2003 Terry Wetton/Gusnul Yakin/Henk Wullems 19 (22 pasukan) disingkir
Liga Pertamina (Divisi I) X 2004 Benny Dollo 1 Pemenang
Liga Djarum XI 2005 Benny Dollo Pusingan Ke-2
Liga Djarum XII 2006 Benny Dollo Pusingan Ke-2
Liga Djarum XIII 2007 Miroslav Janu Pusingan Ke-2

Liga Super Indonesia

[sunting | sunting sumber]
 
Gelaran Liga Siri Tahun Nama Jurulatih Kedudukan Akhir Kejayaan
Djarum ISL I 2008/09 Bambang Nurdiansyah/Gusnul Yakin 10
Djarum ISL II 2009/10 Robert Alberts 1 Pemenang, Pemain Terbaik (Kurnia Meiga)

Prestasi di dalam pertandingan AFC

[sunting | sunting sumber]
2007: Peringkat kumpulan
2006: Gagal muncul (lewat mendaftarkan pemain)
1994: Layak - ke pusingan ke-2

Jurulatih

[sunting | sunting sumber]
Tahun Nama
1987–1989 Indonesia Sinyo Aliandoe
1989–1992 Indonesia Andi M. Teguh
1992–1993 Indonesia M Basri
1993–1994 Indonesia Gusnul Yakin
1994–1995 Indonesia Halilintar Gunawan
1995–1996 Indonesia Gusnul Yakin
1996–1997 Indonesia Suharno
1997–1998 Indonesia Gusnul Yakin
1998 Indonesia Hamid Asnan
1998–1999 Indonesia Winarto
2000 Indonesia M Basri
2001–2002 Indonesia Daniel Roekito
2003 Indonesia Gusnul Yakin
2003 Australia Terry Wetton
2003 Belanda Henk Wullems
2004–2006 Indonesia Benny Dollo
2006–2007 Republik Czech Miroslav Janů
2008 (5-bulan) Indonesia Bambang Nurdiansyah
2008–2009 Indonesia Gusnul Yakin
2009–2010 Belanda Robert Alberts
2010–2011 Republik Czech Miroslav Janů
2011–2012 (2-bulan) Bosnia dan Herzegovina Milomir Šešlija (IPL)
2011–2012 (5-bulan) Serbia Dejan Antonić (IPL)
2011 Austria Wolfgang Pikal (ISL)
2011 Indonesia Joko Susilo (ISL)
2012 Indonesia Suharno (ISL)
2012–2013 Indonesia Rahmad Darmawan
2013–2015 Indonesia Suharno
2015–2016 Indonesia Joko Susilo
2016 Bosnia dan Herzegovina Milomir Šešlija
2016–2017 Indonesia Aji Santoso
2017–2018 Indonesia Joko Susilo
2018 Slovenia Milan Petrović
2019 Bosnia dan Herzegovina Milomir Šešlija
2020 Argentina Mario Gómez
2020–2021 Brazil Carlos Oliviera
2021–2022 Portugal Eduardo Almeida
2022–2023 Chile Javier Roca
2023 Indonesia Joko Susilo
2023–2024 Portugal Fernando Valente
2024 Indonesia Widodo Cahyono Putro
2024– Brazil Joel Cornelli

Bekas pemain terkenal

[sunting | sunting sumber]

Pemain Luar

[sunting | sunting sumber]

Pemain tempatan

[sunting | sunting sumber]

Pembekal Kit

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ www.fussballtempel.net
  2. ^ Setiawan, Iwan (14 April 2020). "Arema pada Masa Dualisme Kompetisi: Dua Klub yang Bertukar Nasib". bola.com. Dicapai pada 30 November 2024.
  3. ^ Pribadi, Toto (27 Mei 2010). "Arema Juara Tanpa Harus Jadi Plat Merah". VIVA.co.id. Dicapai pada 2 Mac 2022. Sejak dilepas oleh PT Bentoel Investama, Tbk ke konsorsium pada 2009, Arema Malang resmi berganti nama menjadi Arema Indonesia. Arema telah menjadi ikon warga Malang dan memiliki suporter fanatik berjuluk Aremania.
  4. ^ Redaksi, Tim (27 Oktober 2012). "Batal Merger, Pelita Dilepas ke Bandung Raya". JPNN.com. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  5. ^ Setiawan, Kukuh (25 Oktober 2022). "Merger Arema FC dan Pelita Jaya gugur". Sindonews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-20. Dicapai pada 3 Ogos 2022. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Unknown parameter |link-status= ignored (bantuan)
  6. ^ Wicaksono (25 Oktober 2012). "Arema Indonesia Resmi Milik Bakrie Arema". juara.bolasport.com. Dicapai pada 26 April 2022. Unknown parameter |First= ignored (|first= suggested) (bantuan)
  7. ^ "Ini Nama Baru Dari Arema Cronus" (dalam bahasa Indonesia). Goal Indonesia. 20 Disember 2016. Dicapai pada 24 Disember 2016.
  8. ^ "Sedih Bercampur Bangga..Saat Arema Pensiunkan Jersey Kurnia Meiga, Sosok yang Tak Tergantikan". bola.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 21 Juli 2022. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. ^ "Kenang AK, Arema FC Pensiunkan Nomor 47". detikcom (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Januari 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.