Archenland
Dalam karya rekaan C. S. Lewis iaitu Chronicles of Narnia, Archenland merupakan sebuah negara di selatan Narnia. Sempadannya dibentuk oleh pergunungan di utara dan Sungai Panah Berliku di selatan. Ibu negaranya merupakan istana kota yang terletak di laluan Anvard, yang menuju ke Narnia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Dalam Kuda dan Budaknya, yang berlatarkan masa empat belas tahun Narnia selepas peristiwa Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, ketika pemerintahan Raja Tertinggi Peter dan adik beradiknya (yang juga setahun sebelum kembalinya mereka dalam penamat Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari), Archenland merupakan sekutu rapat Narnia, dan didiami manusia. Narnia yang berbeza ketika itu didiami kebanyakan haiwan yang mampu bertutur. Putera Rabadash dari Calormen telah gagal menaklukinya sebagai pendahuluan bagi rancangannya menakluki Narnia.
Dikatakan dalan Anak Saudara Penyihir yang anak kedua Raja Frank, raja pertama Narnia, akan menjadi raja pertama Archenland; Aslan sendiri mengumumkan kewujudan Archenland kepada Frank sebelum dia menduduki takhtanya. Pembentukan Archenland tidak diketahui, dan dipercayai di bawah pemerintahan Narnia sebelumnya; tetapi ia membentuk negara berlainan ketika zaman Raja Col dari Archenland (180 tahun selepas penciptaan Narnia). Tidak seperti Narnia, Archenland menjaga garis keturunan pemerintah mereka sekurang-kurangnya hingga zaman Kuda dan Budaknya, dan watak utama Kuda dan Budaknya, Shasta, merupakan salah satu waris keturunan tersebut. Archenland masih wujud ketika Pertarungan Terakhir.
Raja dan Permaisuri Archenland
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan Raja dan Permaisuri Archenland; boleh dianggap yang terdapat Raja dan Permaisuri lain dalam sejarah Archenland yang bertahan selama 2,335 tahun.
- Raja Col (putera Raja Frank V dari Narnia), kk. 180
- Pahlawan Fair Olvin (kk. 407) yang kadang kala disenaraikan sebagai Raja Archenland, tetapi tidak dinyatakan oleh Lewis.
- Raja Lune, kk. 1014
- Raja Cor, putera Lune, mengahwini Aravis dari Calormen, kk.1050
- Raja Ram yang Agung, putera Cor dan Aravis, memerintah dari 1050
- Raja Nain, kk. 2303
Istana Anvard
[sunting | sunting sumber]Anvard merupakan istana yang tidak berparit iaitu di mana Raja Lune dari Archenland bersemayam. Ia dibubat dari batu merah dan terletak di halaman rumput di hadapan rabung berhutan. Dalam Kuda dan Budaknya, Putera Rabadash yang banyak muslihat mengepalai bala tentera seramai dua ratus tentera berkuda untuk menyerang tetapi ditewaskan oleh Raja Edmund.