Pergi ke kandungan

The Lion, the Witch and the Wardrobe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari)
The Lion, the Witch and the Wardrobe

NegaraUnited Kingdom
BahasaBahasa Inggeris
Siri(asal):  pertama
(kronologi):  kedua
Penerbitan
PenerbitGeoffrey Bles
Tarikh penerbitan
16 October 1950
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 0-06-440942-2 Invalid ISBN
LCCPZ8.L48 Li[1]
Kronologi
Prince Caspian

The Chronicles of Narnia: the Lion, the Witch and the Wardrobe, atau singkatannya "The Lion, the Witch and the Wardrobe" (Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari), diterbitkan pada 1950. Buku ini merupakan ciptaan pertama C. S. Lewis bagi siri The Chronicles of Narnia.


Buku ini menceritakan kisah empat orang kanak-kanak biasa, Peter, Susan, Edmund dan Lucy Pevensie. Mereka menemui benua ajaib Narnia, dan membantu membebaskan tanah itiu daro belenggu kejahatan Penyihir Putih (White Witch). Mereka turut dibantu oleh beberapa makhluk lain seperti Aslan si Singa, penjaga Narnia. Kisah ini berakhir dengan pertarungan menentang kuasa penyihir itu.

Tajuk-tajuk bab

[sunting | sunting sumber]
  1. Lucy Looks into a Wardrobe (Lucy Melihat ke Dalam Almari)
  2. What Lucy Found There (Apa yang Dijumpai Lucy)
  3. Edmund and the Wardrobe (Edmund dan Almari)
  4. Turkish Delight (Manisan Turki)
  5. Back on This Side of the Door (Kembali ke Balik Pintu)
  6. Into the Forest (Ke Dalam Hutan)
  7. A Day with the Beavers (Sehari Bersama Pasangan Memerang)
  8. What Happened After Dinner (Apa yang Berlaku Selepas Makan Malam)
  9. In the Witch's House (Di Rumah Penyihir)
  10. The Spell Begins to Break (Jampi Mula Dipecahkan)
  11. Aslan is Nearer (Aslan Semakin Hampir)
  12. Peter's First Battle (Pertarungan Pertama Peter)
  13. Deep Magic from the Dawn of Time (Kesaktian dari Permulaan Masa)
  14. The Triumph oh the Witch (Percubaan Penyihir)
  15. Deeper Magic from Before the Dawn of Time (Lebih Kesaktian dari Sebelum Permulaan Masa)
  16. What Happened about the Statues (Apa yang Terjadi dengan Patung)
  17. The Hunting of the White Stag (Pemburuan Rusa Putih)

Permulaan bab, pengarang memperkenalkan empat watak utama iaitu Peter, Susan, Edmund dan Lucy Pevensie sebagai adik beradik terpaksa menumpang di rumah Profesor Kirke di luar bandar akbiat Perang Dunia Kedua yang melandar kota London. Keindahan kawasan itu membangkitkan keinginan mereka untuk bersiar-siar di luar tetapi malangnya, hujan turun pada keesokan harinya. Maka, Peter bercadang untuk meneroka setiap sudut rumah itu dan adiknya yang lain hanya menurut.

Kulit buku yang menunjukkan faun yang ditemui oleh Lucy

Ketika mereka bersiar-siar dalam rumah yang besar itu, mereka menemui sebuah bilik yang kosong yang hanya terdapat sebuah almari kayu yang biasa. Mereka tidak berminat untuk meneruskan lagi tetapi bukan Lucy. Dia memauki ke dalam almari untuk mengetahui apa yang terkandung di dalamnya dan dia menjumpai sebuah hutan yang lebat di waktu malam dan dilitupi salji. Di dalam kegelapan malam, sesuatu mengejutkan Lucy berlaku apabila dia menemu seekor makhluk iaitu sejenis faun.

Lucy dan faun yang bernama Tumnus itu berkenalan dan Tumnus memberitahu kepada Lucy akan kewujudan dunia Narnia yang dia berada di dalamnya kini. Kemudia, Tumnus mengajak Lucy ke rumahnya dan menjamunya pelbagai jenis makanan. Setelah habis bercerita akan keindahan Narnia kepada Lucy, Tumnus meniup seruling yang membuatkan Lucy hendak menangis, ketawa, menari dan tidur pada masa yang sama. Dia tersedar yang dia telah berada di situ lama dan risau jika kakak dan abangnya bimbang.

Ketika dia minta untuk pulang, Tumnus seolah menghalangnya dan mula menangis kerana niat jahatnya membantu Penyihir Putih menculik Lucy. Dia tidak kesampaian walaupun ancaman Penyihir itu masih menggentarkannya. Tumnus menghantar Lucy ke tempat pertemuan mereka tadi dan Lucy pulang dan berlari mencari abang dan kakaknya untuk memberitahu yang dia selamat.

Tetapi, abang dan kakaknya langsung tidak merasakan yang Lucy telah ke mana-mana seolah-olah mereka keluar dari bilik itu bersama-sama. Lucy menceritakan kepada mereka tetapi mereka tidak mempercayainya setelah mereka menuju ke almari tersebut.

Penyihir Putih di atas pedatinya.

Beberapa hari kemudian, Lucy tidak senang apabila Edmund sering mengejeknya tentang Lucy menemui dunia yang lain. Pada suatu hari, ketika mereka bermain sorok-sorok, Susan terpaksa menjadi pencari dan Lucy menuju ke bilik yang mempunyai almari tersebut. Edmund mengikut Lucy dengan tujuan menyergahnya tetapi dia tidak menjangkakan akan menemui Narnia. Tiba-tiba, dia menemui pedati yang dikenderai oleh rusa. Penumpang pedati itu (Penyihir Putih) menyoal siasat akan diri Edmund dan menggelarkan dirinya Ratu Narnia.

Setelah mengetahui yang Edmund adalah manusia (yang sudah lama tidak ditemui di Narnia), Penyihir Putih itu kemudiannya bersikap lembut dan menjelmakan untuk Edmund makanan kegemarannya, halwa Inggeris. Kemudian, dia memujuk Edmund agar membawa adik-beradiknya yang lain berjumpa dengannya. Setelah Penyihir itu pergi, Edmund ingin pulang dan dalam perjalanannya, dia terserempak dengan Lucy.

Mereka pulang dan sekali Lucy menceritakan kepada Peter dan Susan dengan harapan mereka mempercayainya kerana Edmund turut ke sana. Malangnya, Edmund menafikannya dan hal itu mengecewakan Lucy. Kemudian, mereka berjumpa dengan Profesor untuk berbincang akan hal itu dan menceritakan segala yang mustahil yang dialami Lucy. Walau bagaimanapun, perbincangan mereka seolah-olah tidak membantu.

Pada hari yang lainnya, rumah itu dikunjungi sekumpulan pelawat dan mereka melarikan diri sehingga menjumpai jalan buntu lalu bersembunyi di dalam almari itu.

Dalam kegelisahan mereka menyorok di dalam almari tersebut, Susan mendapati dia terduduk di sebuah pokok dan mereka menjumpai sebuah hutan. Mereka meminta maaf kepada Lucy kerana tidak mempercayainya dan Lucy mengajak mereka ke rumah Tumnus. Walau bagaimanapun, ketika mereka di sana, mereka mendapati yang Tumnus telah ditangkap oleh Maugrim dan mereka tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Kemudian mereka terserempak dengan seekor memerang. Memerang itu mengajak mereka ke rumahnya untuk makan malam.

Mereka berbincang bagaimana untuk membantu Tumnus yang telah ditangkap. Memerang bersama pasangannya menceritakan apa yang berlaku dari kedatangan Aslan dan bahayanya Penyihir Putih itu. Mereka juga didedahkan dengan ramalan kuno yang menyatakan dua orang lelaki dan dua orang perempuan akan menjadi raja Narnia.

Tiba-tiba, mereka menyedari yang Edmund telah hilang dan Memerang tersebut menegaskan yang dia telah menuju ke rumah Penyihir Putih tersebut. Kini mereka diancam bahaya kerana Penyihir Putih pasti tahu akan kedatangan mereka.

Edmund telah lama keluar dari rumah memerang itu. Dia telah tiba di rumah Penyihir itu dan mendapati banyak patung-patung makhluk di halamannya. Kemudian, Edmund terserempak dengan Maugrim dan membawanya berjumpa Penyihir tersebut. Walau bagaimanapun, Penyihir tersebut memarahinya kerana tidak membawa sekali adik-beradiknya yang lain. Kerana takut dimarahi lagi, Edmund menceritakan yang adik-beradiknya yang lain di rumah pasangan memerang dan menceritakan segalanya yang sempat didengarnya termasuklah berita tentang Aslan. Penyihir Putih itu lantas bergegas memerintahkan agar pedatinya disediakan.

Peter, Susan, Lucy dan pasangan memerang itu masih melarikan diri menuju ke tempat di mana Aslan dikhabarkan berada kini. Dalam perjalanan mereka itulah munculnya Bapa Krismas dan memberikan mereka hadiah. Itu mula menunjukkan yang musim sejuk yang disihir oleh Penyihir itu sudah hampir tamat.

Setelah mendapati rumah memerang kosong, Penyihir bersama Edmund mengejar mereka yang melarikan diri ke tempat Aslan. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sekumpulan haiwan yang sedang menikmati juadah pemberian Bapa Krismas. Malangnya, hal itu tidak disenangi Penyihir Putih itu dan menjelmakan mereka menjadi batu walaupun dihalang Edmund.Edmund kini sedar yang dia adalah pengkhianat. Sedang mereka mara mengejar, mereka mendapati salji sudah mencair dan musim bunga sudah tiba.

Peter dan yang lain menikmati perjalanan mereka setelah musim bunga yang indah menjelma tiba. Mereka tiba di Meja Batu, iaitu di mana Aslan mendirikan khemah di sana. Mereka menghadap Aslan dan meminta bantuannya untuk menyelamatkan Edmund.

Beberapa hari kemudian, Susan dan Lucy yang sedang berada di sungai telah diserang Maugrim dan Peter yang ketika itu sedang berbual dengan Aslan tentang istana Cair Paravel mendengar semboyan Susan yang meminta bantuan. Peter berjaya menewaskan Maugrim dan kerana itu, dia dianugerahkan gelaran Sir Peter Wolf's-Bane.

Imej kulit buku yang lain bagi siri ini.

Sedang Penyihir Putih itu memikirkan apa akan jadi sekiranya hanya tiga sahaja takhta di Cair Paravel boleh diisi, Edmund berjaya dilepaskan. Kerana itu, Penyihir Putih menghadap Aslan dan menuntut Edmund seperti mana yang tercatat dalam undang-undang Kesaktian yang tercatat di Meja Batu yang Penyihir itu mempunyai hak atas pengkhianat dan berhak membunuh mereka atas kederhakaan mereka atau Narnia akan musnah menjadi air dan api.

Aslan mengajak Penyihir itu untuk berunding dan akhirnya Penyihir itu menarik balik tuntutannya dengan satu perjanjian.

Sebaik sahaja Penyihir itu beredar, Aslan memerintahkan mereka berpindah dari kawasan Meja Batu itu ke Kota Beruna. Tiada siapa yang berani bertanyakan ketika itu. Pada malamnya, Susan dan Lucy sukar melelapkan mata dan dia mereka risaukan Aslan. Mereka mengekori Aslan secara senyap tetapi diperasan olehnya. Aslan setuju ditemani mereka sehingga ke satu tempat untuk Aslan pergi ke Meja Batu berseorangan. Di Meja Batu, Penyihir dan pengikutnya bersedia untuk menjalankan upacara menunaikan Kesaktian Meja Batu dengan membunuh Aslan.

Setelah membunuh Aslan, Penyihir menggesa untuk menyiapkan persiapan untuk berperang keesokan harinya. Susan dan Lucy meretapi kematian Aslan dan dengan bantuan beberapa ekokr tikus, ikatan yang mengikat Aslan dileraikan. Menjelang subuh, mereka dikejutkan dengan kebangkitan semula Aslan dan dia mengatakan yang sekiranya yang tidak bersalah dibunuh bagi menggantikan pengkhianat di Meja Batu, Meja Batu itu akan pecah dan kematian akan berbalik. Aslan mengajak mereka menunggangnya lalu menuju ke rumah Penyihir.

Di rumah Penyihir itu, mereka menemui patung Tumnus dan yang lain. Aslan memulihkan mereka yang disumpah itu semula dan mengajak mereka semua ke medan perang.

Adik-beradik Pevensie keluar semula dari almari tersebut.

Peperangan sudahpun bermula ketika Aslan tiba dan pasukan Aslan menewaskan tentera Penyihir itu dan Penyihir itu mati di situ juga. Dengan tewasnya Penyihir itu, kini Peter dan adik-beradiknya ditabalkan menjadi raja Narnia dan memerintah dengan aman dan saksama.

Setelah beberapa tahun kemudian (mereka semua telah dewasa) mereka dikhabarkan oleh Tumnus yang terdapatnya rusa putih di hutan Lantern Waste, dan mengikut cerita, sesiapa yang dapat menangkapnya akan ditunaikan hajat. Ketika mereka memburu, mereka menjumpai tiang lampu yang sama dijumpai ketika mereka mula-mula muncul di Narnia dulu. Mereka teringat kembali kenangan ketika mereka kecil dahulu dan mencari semula almari yang dimasuki mereka dahulu. Mereka keluar dan mendapati masa tidak berubah sikitpun iaitu ketika pengnjung berada di rumah Profesor itu. Mereka memberitahu kepada Profesor tentang kehilangan 4 helai kot yang dipakai mereka tetapi walaupun mereka sembunyikan cerita itu, kelihatannya Profesor itu lebih mengetahui dan menggesa mereka agar jangan mencari lagi Narnia kerana ia tidak akan muncul sesuka hati.

  1. ^ "The lion, the witch and the wardrobe; a story for children" (first edition). Library of Congress Catalog Record.
    "The lion, the witch and the wardrobe; a story for children" (first U.S. edition). LCC record. Retrieved 2012-12-09.