Anugerah Akademi Pertama
Anugerah Akademi Pertama | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Academy Awards ceremony (en) | |||
Tarikh | 16 Mei 1929 | |||
Tempat | Hotel Hollywood Roosevelt Hollywood, Los Angeles, California, AS | |||
Negara | Amerika Syarikat | |||
Pengacara | Douglas Fairbanks | |||
Anugerah terbanyak | Seventh Heaven dan Sunrise: A Song of Two Humans (3) | |||
Pencalonan terbanyak | Seventh Heaven (5) | |||
Tapak web | ||||
https://www.oscars.org/oscars/ceremonies/1929 | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Akademi Pertama, yang dipersembahkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik pada 1927 dan 1928 dan diadakan pada 16 Mei 1929,[1] di sebuah makan malam peribadi yang diadakan di Hotel Hollywood Roosevelt di Los Angeles, California. Presiden AMPAS Douglas Fairbanks merupakan hos acara ini. Dengan tiket berharga lima dolar, 270 orang menghadiri acara tersebut dan persembahan acara tersebut berlangsung selama lima belas minit. Penghargaan tersebut dibuat oleh Louis B. Mayer, pengasas Louis B. Mayer Pictures Corporation (kini Metro-Goldwyn-Mayer). Acara ini merupakan satu-satunya acara Anugerah Akademi yang tidak disiarkan di radio atau televisyen.[2][3]
Pada acara tersebut, AMPAS mempersembahkan Anugerah Akademi (dikenali sebagai Oscar) dalam dua belas kategori. Para pemenangnya diumumkan tiga bulan sebelum acara langsung tersebut. Beberapa pencalonan diumumkan tanpa rujukan filem khusus, seperti Ralph Hammeras dan Nugent Slaughter, yang menerima pencalonan bagi kategori Kesan Teknikal yang kini dibersarakan.[4] Tidak seperti acara-acara kemudiannya, seorang pelakon atau pengarah dapat menerima penghargaan untuk karya berganda pada tahun tersebut. Contohnya ialah Emil Jannings yang menerima penghargaan Pelakon Lelaki Terbaik untuk karyanya dalam The Way of All Flesh dan The Last Command. Selain itu, Charlie Chaplin dan Warner Brothers masing-masing menerima Anugerah Kehormat.[5][2]
Para pemenang di acara tersebut ialah Seventh Heaven dan Sunrise: A Song of Two Humans, yang masing-masing menerima tiga anugerah, dan Wings, yang menerima dua anugerah. Sunrise memenangi anugerah untuk Penerbitan Unik dan Artistik dan Wings memenangi penghargaan untuk Filem Menarik (kini Filem Terbaik), dua kategori tersebut pada waktu itu dipandang setara sebagai penghargaan tertinggi pada malam tersebut dengan pemberian anugerah yang berbeza dan aspek-aspek berpengaruh yang setara dari pembikinan filem unggul. Pada tahun berikutnya, Akademi mewujudkan Produksi Unik dan Artistik, dan menyatakan kembali bahawa anugerah yang dimenangi oleh Wings ialah anugerah tertinggi yang diberikan.[4]
Pemenang dan pencalon
[sunting | sunting sumber]Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pemenang ditempatkan pada bahagian pertama dan ditandai dengan belati ganda
|
Produksi Unik dan Artistik
|
|
Penata Seni Terbaik
|
Kesan Teknikal Terbaik
|
Penulisan Terbaik, Penulisan Tajuk
|
Anugerah Kehormat
[sunting | sunting sumber]- Charlie Chaplin
- "Kerana versatiliti dan kepintaran dalam berlakon, menulis, mengarah dan menerbitkan The Circus".[5]
- Warner Brothers Production
- "Kerana menerbitkan The Jazz Singer, pelopor filem bersuara yang menarik, yang merevolusonisasikan industri tersebut".[5]
Pencalonan dan penghargaan berganda
[sunting | sunting sumber]
Berikut ialah enam filem yang meraih pencalonan berganda:
|
Berikut ialah tiga filem yang menerima penghargaan berganda:
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "This day in History". History. A&E Television Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2010. Dicapai pada October 5, 2010.
- ^ a b Dirks, Tim. "1927–28 Academy Awards Winners and History". Filmsite. Rainbow Media. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2010. Dicapai pada May 6, 2010.
- ^ Pawlak, Debra Ann. "The Story of the First Academy Awards". The MediaDrome{{inconsistent citations}} Cite journal requires
|journal=
(bantuan)CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link) - ^ a b "The Official Academy Awards Database". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada February 18, 2012. Reader must select "1927/28" in the "Award Year(s):" drop-down menu and press "Search".
- ^ a b c "History of the Academy Awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2010. Dicapai pada May 6, 2010.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Cosgrave, Bronwyn (2007). Made for Each Other: Fashion and the Academy Awards (ed. I). New York, Amerika Syarikat: Bloomsbury Publishing USA. ISBN 978-0-7475-7630-3. OCLC 74523691.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Eyman, Scott (2005). Lion of Hollywood: the life and legend of Louis B. Mayer (ed. I). New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 0-7432-0481-6. OCLC 57506846.CS1 maint: ref=harv (link)