Pergi ke kandungan

Angkatan Darat Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Darat Persekutuan Rusia
Сухопутные войска Российской Федерации
Suhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii
Lambang Angkatan Darat Rusia
Ditubuhkan pada1992
Negara Rusia
JenisTentera darat
Saiz350,000 aktif (2017)[1] termasuk Pasukan Airborne
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Rusia
MarkasFrunzenskaya Embankment 20-22, Moscow
PenaungSaint Alexander Nevsky[2]
WarnaHijau, Putih dan lain         
KawatV Put (Bahasa Melayu: Mari Pergi)
Peringatan1 Oktober
PertempuranPerang Transnistria
Perang Saudara Tajikistan
Konflik Timur Prigorodny
Perang di Abkhazia
Krisis perlembagaan Rusia 1993
Perang Chechen Pertama
Perang Dagestan
Perang Chechen Kedua
Perang Rusia-Georgia
Pemberontakan di Caucasus Utara
Campur tangan tentera di Ukraine[3]
Perang Saudara Syria
Perang Saudara Iraq
Perang Rusia-Ukraine
Komander
Panglima TertinggiJeneral Ketumbukan Oleg Salyukov[4]
Tanda kebesaran
Bendera
Lambang tengah
Lencana bahu
Insignia

Angkatan Darat Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Сухопутные войска Российской Федерации, tr. Sukhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii) adalah cabang tentera darat dalam Angkatan Tentera Rusia. Ia ditubuhkan selepas pembubaran Angkatan Darat Soviet pada tahun 1992. Meskipun Angkatan Darat Rusia dalam bentuk sekarang berusia sekitar 20 tahun, sejarah tentera Rusia boleh dijejak sehingga era Imperial Rusia semasa zaman Rus' Kiev.

Sejak tahun 1992, meskipun pasukan ini telah mengundurkan beribu-ribu anggota tentera dari bekas perbatasan hadapan bekas Soviet, ia masih terlibat secara langsung di dalam Perang Chechen, operasi pengaman dan lain-lain di negara-negara pengganti Soviet. Paling terkini adalah pertikaian di dalam Perang Ossetia Selatan 2008 dengan pasukan tentera Georgia.

Markas Angkatan Darat di tambak Frunsenskaya 20-22, Moscow

Presiden Rusia adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Markas Utama (Glavkomat) Angkatan Darat, berpusat di Moscow, mengarahkan semua aktiviti. Badan ini telah dibubarkan pada tahun 1997, tetapi di perbaharui oleh Presiden Putin pada tahun 2001 dengan melantik Kolonel Jeneral Nikolai Kormiltsev sebagai panglima tertinggi angkatan tentera darat dan juga sebagai timbalan menteri pertahanan.[5] Kormiltsev menyerahkan jawatan kepada Kolonel Jeneral (kemudian Jeneral Ketumbukan) Alexey Maslov pada 2004, dan dalam penyusunan semula tanggungjawab, Panglima Tertinggi Angkatan Darat kehilangan jawatan sebagai timbalan menteri pertahanan. Seperti Kormiltsev, semasa berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Darat, Maslov dinaikkan pangkat ke Jeneral Ketumbukan.

Pada Januari 2014, pemangku panglima Angkatan Darat Rusia ialah Leftenan Jeneral Sergei Istrakov, yang telah dilantik oleh presiden Rusia Vladimir Putin selepas pemecatan mantan panglima Kolonel Jeneral Vladimir Chirkin atas tuduhan rasuah pada Disember 2013.[6][7] Istrakov menyerahkan jawatan kepada panglima baru pada 2 Mei 2014, Kolonel Jeneral Oleg Salyukov.

Markas Utama Angkatan Darat merangkumi Staf Utama Tentera Darat, dan jabatan-jabatan bagi Pasukan Pengaman, Persenjataan Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Darat, Pelatih Tentera Darat (anggota), Tugas Pengdoktrinan, dan Pendidikan Tentera.[8] Terdapat juga beberapa direktorat yang biasa diperintah oleh Panglima Tertinggi Angkatan Darat dalam kapasitinya sebagai timbalan menteri pertahanan. Ia termasuklah Pasukan Perlindungan NBC Angkatan Tentera, Pasukan Jurutera Angkatan Tentera, dan Pasukan Pertahanan Udara, serta beberapa pasukan lain. Status pemerintahan mereka sekarang tidak diketahui.

Ringkasan kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

Angka yang berikut diperolehi dari http://warfare.be. Angka-angka yang disenaraikan sebagai "Aktif" hanyalah kelengkapan yang dianggap boleh digunakan dan diedarkan dalam perkhidmatan aktif.

Jenis Aktif Simpanan
Kereta kebal utama 2,562[9] ≈12,500[10][11]
Kenderaan tempur infantri 3,229[12] ≈16,500[13][14]
Pengangkut anggota berperisai 2,876[15] ≈5,000[16]
Artileri tunda 1,781[17]
Artileri gerak sendiri 2,606[18]
Artileri roket 1,352[19]
Sistem SAM 1,531[20]

Para panglima

[sunting | sunting sumber]

Panglima tertinggi (1992–1997)

[sunting | sunting sumber]

Ketua Direktorat Utama (1998–2001)

[sunting | sunting sumber]
  • Yury Bukreyev (1998–2001)

Panglima tertinggi (2001–kini)

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Angkatan Airborne Rusia
  • Infantri Tentera Laut (Rusia)
  • Anugerah dan lambang Kementerian Pertahanan Rusia
  • "Russian Military Reform as a Large-Scale Military Reform: Internal Balancing and State-Building (1991-2017)". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  1. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2017-07-29. Dicapai pada 2017-07-15.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ Main Cathedral of Russian Armed Forces. Diarkibkan 2019-02-02 di Wayback Machine Retrieved 2019-02-02.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-26. Dicapai pada 2016-03-29.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ "Archived copy" Главнокомандующий Сухопутными войсками Олег Салюков. Биография (dalam bahasa Russian). ITAR TASS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-06. Dicapai pada 6 May 2014.CS1 maint: archived copy as title (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Kormiltsev was a Colonel General when he became Commander-in-Chief of the Ground Forces, but after about two years in the position was promoted to General of the Army in 2003. Profile via FBIS, Kormiltsev Biography Diarkibkan 2015-04-02 di Wayback Machine, accessed September 2007
  6. ^ "Putin Fires Military Commander Over Bribe Charges" Diarkibkan 2014-04-13 di Wayback Machine, The Moscow Times (20 Dec 2013)
  7. ^ "Главкома Сухопутных войск винят в коррупции" Diarkibkan 2014-04-13 di Wayback Machine, dni.ru (Russian) (19 Dec 2013)
  8. ^ Scott and Scott, Russian Military Directory 2004, p. 118
  9. ^ Tank database, warfare.ru - Russian Military Analisis. Retrieved on 1 September 2008.
  10. ^ T-72 Diarkibkan 2013-10-25 di archive.today, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 8 January 2014.
  11. ^ T-80 Diarkibkan 2014-01-08 di Wayback Machine, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 8 January 2014.
  12. ^ IFV & APC database, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 1 September 2008.
  13. ^ BMP-1 Diarkibkan 2013-10-24 di Wayback Machine, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 8 January 2014.
  14. ^ BMP-2 Diarkibkan 2013-10-25 di archive.today, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 8 January 2014.
  15. ^ MT-LB Diarkibkan 2013-10-25 di archive.today, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 2 January 2013.
  16. ^ MT-LB Diarkibkan 2013-10-25 di archive.today, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 9 January 2014.
  17. ^ Artillery Diarkibkan 2014-01-03 di Wayback Machine, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 2 January 2013.
  18. ^ Artillery database, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 1 September 2008.
  19. ^ Multiple Rocket Launchers database Diarkibkan 2013-10-24 di archive.today, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 2 January 2013.
  20. ^ SAM systems Diarkibkan 2013-12-27 di Wayback Machine, warfare.ru - Russian Military Analysis. Retrieved on 2 January 2013.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]