Pergi ke kandungan

Andy Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andy Teh
郑金发
Kelahiran
Andy Teh Kim Huat

(1986-09-08) 8 September 1986 (umur 38)
Nama lainAndy Teh
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
Portfolio
  • Malaysia Pro MMA Fighter
  • Taekwondo 5th & Black Belt
  • Malaysia's Top Ranked Action
  • Actor Movie Fight Choreographer
  • Celebrities Trainer

Andy Teh Kim Huat (lahir 8 September 1986) (Cina: 郑金发) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Dr. Norman Arif dalam drama I-Tanggang: Mother Of All Lies (2021), sebagai Ah Seng dalam drama X-Change: The Bonds Of Blood (2024) dan sebagai Toa Seng dalam drama First Wives: Sisters Before Misters (2025). Terbaharu, beliau telah meraih perhatian dalam industri hiburan tempatan dan sedang mengukuhkan kedudukannya di persada seni tanah air menerusi watak Pablo dalam filem aksi Box-Office, Blood Brothers: Bara Naga (2025). Beliau kini aktif mengembangkan kerjayanya dalam filem dan drama tempatan, serta dilihat sebagai antara bintang pelapis yang berpotensi besar dalam dunia lakonan aksi Malaysia.

Beliau menerusi drama seperti Salon (2018), The Maid (2021), I-Tanggang: Mother Of All Lies (2021), Sayang Tak Dikenang (2022), Ash & Aish (2022), Aku Hanim (2023), X-Change: The Bonds Of Blood (2024) dan First Wives: Sisters Before Misters (2025). Antara filem-filem lakonan Andy ialah Sangkar (2019), WIRA (2019), Pagari Bulan (2023), Pendekar Awang: Darah Indera Gajah (2024), Blood Brothers: Bara Naga (2025) dan Abah Saya, Uncle Mike (2025).

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Andy Teh Kim Huat pada Hari Isnin, 8 September 1986 Masihi bersamaan dengan 3 Muharam 1407 Hijrah di Klang, Selangor.

Pada tahun 2019, Beliau memegang watak sebagai Lee dalam filem aksi Sangkar, Arahan Kabir Bhatia dan Gandingan bersama Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah dan banyak lagi. Pada tahun sama, beliau memegang watak sebagai Peninju MMA dalam filem aksi Box-Office, WIRA arahan Adrian Teh dan Gandingan bersama Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Dain Said, Josiah Hogan, Henley Hii dan banyak lagi.

Beliau memegang watak sebagai Pablo dalam filem aksi Box-Office, Blood Brothers: Bara Naga (2025), arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Gandingan bersama Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Amir Nafis, Irfan Zaini dan banyak lagi.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Sangkar Lee Filem pertama
WIRA Peninju MMA
2023 Pagari Bulan Leftenan Azu
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Sachai
2025 Blood Brothers: Bara Naga Pablo
Abah Saya, Uncle Mike Uncle Mike Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 The Maid Inspektor Bahar Astro Ria Drama pertama
I-Tanggang: Mother Of All Lies Dr. Norman Arif Astro Citra
2022 Sayang Tak Dikenang Erick TV3
Ash & Aish Assad Astro Ria
2023 Aku Hanim Budi
2024 X-Change: The Bonds Of Blood Ah Seng Astro Premier
2025 First Wives: Sisters Before Misters Toa Seng Astro Citra

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2018 Salon Alex Viu Drama pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Satu Tong Raymond Tan Astro Prima Telefilem pertama
Syukur Itu Aku Syukur TV3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]