Anders Behring Breivik
Anders Behring Breivik (ˈɑndəʂ ˈbeːrɪŋ ˈbræjviːk; lahir 13 Februari 1979) merupakan warganegara Norway yang mengaku melakukan serangan Norway 2011 pada 22 Julai 2011, menyebabkan 77 orang terbunuh dan 242 cedera. Pada mulanya beliau mengebom bangunan kerajaan di Oslo. di mana lapan orang maut, dan selepas itu menyerang sebuah kem Parti Buruh di pulau Utøya, di mana beliau menembak mati 69 remaja.[1] Beliau disabitkan kesalahan pembunuhan beramai-ramai, menyebabkan letupan maut dan pengganasan pada Ogos 2012.[2][3]
Breivik mempunyai ideologi militan[4] berdasarkan manifesto dalam talian yang diterbitkannya di Internet bertajuk 2083: Deklarasi Kemerdekaan Eropah.[5] Manifesto itu disiarkan pada hari serangan dengan nama samaran Inggeris 'Andrew Berwick'. Dia seorang ultranationalis dan pandangan dunianya xenofobik. Pendiriannya sangat anti-Islam, menyokong Zionisme[4] dan kumpulan kanan jauh atau separa tentera seperti Škorpioni Serbia.[6] Dia mahu melaksanakan penghapusan keganasan Islam, menghapuskan budaya Marxisme, menentang faham pelbagai budaya dan memelihara Kristian Eropah.[7]
Breivik mengaku telah melakukan serangan kejam itu tetapi menganggapnya sebagai perlu bagi memasarkan manifestonya.[8] Beliau menafikan telah melanggar undang-undang. Mulanya polis percaya dia bertindakan berseorangan dan tiada rakan sejenayah.Namun Breivik mendakwa mempunyai hubungan dengan pergerakan kanan Norway, rangkaian antarabangsa anti-Islam dan dua sel di Norway dan banyak lagi di lokasi lain. Polis meragui dakwaan itu tetapi sedang menyiasat.[9]
Pada 25 Julai 2011, Breivik didakwa "memusnahkan fungsi asas masyarakat" dan "menimbulkan ketakutan serius penduduk", kedua-duanya tindakan keganasan di bawah undang-undang Norway.[10] Dia ditahan selama 8 minggu sementara menunggu perbicaraan, dengan 4 minggu pertama dalam kurungan bersendirian.[9] Perbicaraan bermula pada 16 April 2012, dan hujah penutup berlangsung pada 22 Jun.[11] Pada 24 Ogos, Mahkamah Daerah Oslo mendapati Breivik siuman dan bersalah membunuh 77 orang. Dia dijatuhkan hukuman tahanan pencegahan, dengan tempoh 21 tahun dan minimum 10 tahun, dengan kemungkinan disambung selagi dia dianggap berbahaya kepada masyarakat; media menyatakan kemungkinan dia akan kekal dalam penjara seumur hidupnya.[12] Ini ialah hukuman maksimum di Norway.[13]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Breivik dilahirkan di London pada 13 Februari 1979. Bapanya Jens David Breivik , seorang profesional Norway dan bekerja sebagai diplomat untuk Kedutaan Norway di London dan kemudian Paris. Ibunya Wenche Behring, seorang jururawat. Dia menghabiskan tahun pertama hidupnya di London. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia satu tahun. Bapanya, yang kemudiannya berkahwin dengan seorang diplomat dan cuba mendapatkan hak penjagaan tetapi gagal. Breivik tinggal bersama ibunya dan kakak di barat Oslo . Breivik kerap melawat bapa dan ibu tiri di Perancis, sehingga mereka bercerai ketika ia baru berusia 12. Ibunya juga berkahwin semula dengan pegawai tentera Norway.
Breivik bersekolah di Smestad Grammar School, Ris SMP, Hartvig Nissen High School dan Sekolah Oslo Commerce . Semasa remaja, tingkah lakunya lebih langsang. Dia dan geng menghabiskan waktu malam di sekitar Oslo, menyembur lukisan grafitti ke dinding bangunan. Selepas ditangkap menyembur grafitti pada dinding, ayah kandung tidak lagi berhubung dengannya.Rakanya mendapati dia seorang pelajar pintar .
Breivik menulis bahawa ibu bapanya menyokong dasar-dasar Parti Buruh Norway dan ibunya adalah seorang feminis yang sederhana . Bapa Breivik kini tinggal di Perancis sebagai pesara dan telah lama tiadak hungan sejak 1995.
Breivik dikecualikan dari kerahan Tentera Norway dan tiada latihan ketenteraan yang lain. Rakannya mengejek dia sebagai 'budak mumia' yang tidak akan meninggalkan rumah ehingga umur 30 tahun. Dia juga tiada teman wanita yang istimewa.
Rakan sekerja menyifatkan dia sebagai "rakan sekerja yang luar biasa". Dia sangat ego dan mudah jengkel dengan kehadiran pendatang dari Timur Tengah atau Asia Selatan.Pada 2002, dia pernah membeli dan menjual saham dan komoditi secara talian. Beliau juga pemilik dan pengarah syarikat menjual perisian. Syarikat itu kemudiannya telah diisytiharkan muflis dan Breivik dilaporkan kerana melanggar beberapa undang-undang. Dia merancang untuk membuat wang untuk mengembangkan ideologi .Antara 2002 dan 2005, beliau mempunyai kr 4.000.000 tetapi hilang separuh pada 2008.Olhe itu beliau pindah semula ke rumah ibunya.
Pada tahun 2009 ,Breivik melawat Prague dalam usaha untuk membeli senjata haram tetapi gagal Oleh itu Breivik memutuskan untuk mendapatkan senjata melalui saluran undang-undang.
Pada Jun 2011, Breivik berpindah ke kawasan luar bandar di Åmot , daerah Hedmark , kira-kirsa 140 km timur laut Oslo. Kononnya dia menjalankan ladang pertanian dengan nama "Breivik Geofarm ", (ditubuhkan Mei 2009) untuk mengaburi pembelian 6 tan baja tiruan dan bahan kimia.Akhbar Verdens Geng melaporkan Beivik membeli melalui internet dari kedai di Poland. Polis dan kastam tidak mendapati sebarang kecurigaan dalam pembelian itu.Manifesto Breivik mendedahkan bahawa eksperimen pertama dengan bahan letupan nitrat baja di lokasi terpencil pada 13 Jun 2011 - sangat berjaya.
Akhbar Geng Verdens melaporkan , Breivik tidak pernah melanggar arahan polis termasuk melanggaran lalu lintas. Dia mempunyai sepucuk pistol Glock, raifal dan senapang patah yang berdaftar dengan namanya.
Breivik menyatakan dirinya seorang ahli Freemason menerusi Facebook miliknya.Dia menyertakan gambar-gambar dirinya berpakaian Masonic di profil Facebook dan ahli St. Olaus TD Tre Søiler No . 8 di Oslo. Dia mempunyai hubungan minimum dengan Grand Master Freemason ,Ivar A. Skaar .
Sejak sekolah menengah , dia pernah menggunakan steroid anabolik . Beliau juga menekankan dirinya sebagai orang yang berjaya di West End Oslo. Profesor psikologi klinikal Norway , Svenn Torgersen, menanggap beliau mempunyai " gangguan keperibadian melampau narcissistic .Ini termasuklah perasaan keunikan dan berada di atas orang lain.
Serangan 2011
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Julai 2011, Breivik menaiki feri ke Pulau Utøya ke tapak kem belia Parti Buruh dan menyamar sebagai pegawai polis. Kemudian melepaskan tembakan ke atas remaja yang hadir dan dilaporkan membunuh 68 orang. Beliau juga dikaitkan dengan letupan bom dua jam sebelum di Oslo, membunuh lapan orang. Enam jam sebelum serangan, Breivik menghantar video ke YouTube dan menggesa konservatif "mati syahid" dan menunjukkan dirinya memakai pakaian skuba dan menyandang senapang.
Breivik menyatakan bahwa tujuan serangan itu ialah menyelamatkan Norway dan Eropah Barat dari Islamisasi.
Peguam Breivik mendakwa dirinya tidak siuman. Breivik mengaku menggunakan dadah testosteron pada hari serangan.Akibatnya dia menjadi lebih agresif selepas mengambil suplemen testosteron.
Tulisan
[sunting | sunting sumber]Breivik menggunakan pelbagai forum internet untuk memaparkan pandangan Islamofobik dan mengkritik dasar-dasar imigresen. Dia dengan bongkak menyokong organisasi Hentikan Islamifikasi Eropah. Beliau dilaporkan menulis pelbagai artikel dan posting yang mengkritik Islam dalam laman web Ddocument.no dari September 2009 hingga Jun 2010. Beliau juga menghadiri mesyuarat "Dokumen venner" (Friends of the Document).
Dalam tulisannya, Breivik memaparkan rasa kagum terhadap Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan hendak memulakan organisasi yang sama di Norway. Dia mempromosi usaha "Jihad Belia / Extreme-Marxsis" .Pada 25 Julai, 2011 Perdana Menteri British, David Cameron mengumumkan akan membuat kajian keselamatan selepas serangan itu.EDL sendiri mengutuk keganasan itu. Dagens Næringsliv menulis Breivik cuba untuk memulakan pergerakan parti teh versi Norway dengan kerjasama pemilik Document.no.
Breivik melahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang disifatkan sebagai pemimpin yang adil dan tegas.Tetapi Putin telah mengecam tindakan Breivik sebagai "kecelaruan orang gila".
2083
[sunting | sunting sumber]Breivik menulis dan menyusun manifesto 1516 halaman bertajuk "2083: Pengisytiharan Kemerdekaan Eropah" (merujuk kepada pengepungan Empayar Uthmaniyah pada 1683 di Vienna. Dia menggunakan nama samaran bahasa Inggeris "Andrew Berwick". Menifesto itu diemel ke 1003 e-mel, kira-kira 90 minit sebelum letupan bom di Oslo.
Manifesto itu merupakan perbincangan politik dan pelan tindakan. Breivik percaya tindakannya itu akan membantu mencetuskan perang saudara di Eropah selama beberapa dekad, melalui tiga fasa yang berbeza dan kemuncaknya pada tahun 2083 dengan penghapusan Marxis Eropah dan mengusir umat Islam dari Eropah. Bahagian utama manifesto itu dicedok dari blogger Norway, Fjordman.
Politik dan agama
[sunting | sunting sumber]Islamofobia dan Zionisme
[sunting | sunting sumber]Berikutan kebimbangan itu, Breivik dicirikan oleh pegawai-pegawai sebagai pelampau sayap kanan.
Kristian
[sunting | sunting sumber]Breivik telah digambarkan sebagai pengganas Kristian. Pada profil Facebook beliau, Breivik menggambarkan dirinya sebagai seorang Kristian..[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai pembunuh mengamuk
- Keganasan Kristian
- Nordicism
- Überfremdung
- Keganasan Kristian
- Imigresen untuk Norway
- Eurabia
- Islamofobia
- Islamification
- Hentikan Islamisasi Norway
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Adrian Pracon (1 Jun 2012). "Utøya, a survivor's story: 'No!' I yelled. 'Don't shoot!' ". guardian.co.uk. Dicapai pada 24 Ogos 2012.
- ^ The verdict convicts Breivik for violations of the criminal code §147 (terrorism), §148 (fatal explosion), and §233 (murder).
- ^ Mass killer Anders Breivik sentencing - live text coverage RAPSInews.com. 24 Ogos 2012
- ^ a b 'Norway attack suspect had anti-Muslim, pro-Israel views'. Ben Hartman, The Jerusalem Post, 24 Julai 2011
- ^ Bjoern Amland dan Sarah Dilorenzo (24 Julai 2011). "Lawyer: Norway suspect wanted a revolution". Yahoo! News. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 21 April 2012.
- ^ Balkan Insight (25 Julai 2011). "NATO Attack On Serbia Set Off Norwegian Bomber". Eurasiareview.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
- ^ Jack Buehrer (27 Julai 2011). "Oslo terrorist sought guns in Prague". The Prague Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2012-08-29.
- ^ "Norway Shooting Suspect Breivik Is Ordered Into Isolation for Four Weeks". Bloomberg. 25 Julai 2011. Dicapai pada 27 Disember 2011. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b Steven Erlanger dan Alan Cowell (25 Julai 2011). "Norway suspect hints that he did not act alone". The New York Times.
- ^ "Ruling on holding Anders Behring Breivik in custody" (PDF). Oslo District Court. 25 Julai 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-04-27. Dicapai pada 2 Disember 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Rettssaken – Aktoratets prosedyre" (dalam bahasa Norway). Norwegian Broadcasting Corporation. 22 Jun 2012. Dicapai pada 22 Jun 2012. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ En modig dom, NRK.no, 24 Ogos 2012
- ^ BBC News. "Anders Behring Breivik: Norway court rules him sane". BBC News. Dicapai pada 24 Ogos 2012.
- ^ "Norwegian Massacre Gunman was a Right-Wing Extremist who hated Muslims". The Daily Mail. London. 24 Julai 2011.