Pergi ke kandungan

Amorphophallus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amorphophallus
Bunga lekir betul, Amorphophallus prainii.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Thomsonieae
Genus: Amorphophallus
Blume ex Decne.
Spesies jenis
Amorphophallus paeoniifolius
Spesies

Lihat bahagian bawah.

Sinonim[1]
  • Thomsonia Wall.
  • Pythion Mart.
  • Candarum Schott
  • Pythonium Schott
  • Kunda Raf.
  • Brachyspatha Schott
  • Conophallus Schott
  • Plesmonium Schott
  • Corynophallus Schott
  • Allopythion Schott
  • Hansalia Schott
  • Hydrosme Schott
  • Rhaphiophallus Schott
  • Synantherias Schott
  • Dunalia Montrouz.
  • Proteinophallus Hook.f.
  • Tapeinophallus Baill.
  • Pseudodracontium N.E.Br.

Amorphophallus ialah genus tumbuhan herba besar dalam keluarga Araceae terdiri daripada sekitar 200 spesies. Spesies-spesies ini ditemukan tumbuh di kawasan-kawasan tanah rendah beriklim tropika dan subtropika di benua-benua Asia, Afrika dan Australia, serta beberapa kepulauan di Lautan Pasifik.[1][2] Genus ini termasuk bunga bangkai (A. titanum) dari Indonesia yang terkenal kerana bunganya yang sangat besar dan mengeluarkan bau hamis semasa ia kembang selepas tumbuh selama tujuh tahun.[3]

Pokok spesies sarek (Amorphophallus paeoniifolius).

Spesies-spesies dalam genus Amorphophallus mempunyai umbi bawah tanah yang menumbuhkan batang pokok. Umbi-umbi ini mempunyai pelbagai jenis bentuk. Umbi spesies A. konjac berbentuk hampir bulat tidak sekata, umbi spesies A. longituberosus dan A. macrorhizus lonjong, umbi A. coaetaneus berketul-ketul. Dari puncak umbi ini, daun tunggal yang mencecah beberapa meter bagi spesies besar terbentuk pada tangkai daun yang menyerupai batang, diikuti oleh perbungaan tunggal atas kematangannya. Daun ini terdiri daripada tangkai yang tegak dan helai daun melintang yang terdiri daripada sebilangan anak daun kecil. Daun tersebut kekal selama semusim. Tangkai induk (tangkai bunga utama) boleh jadi panjang atau pendek.

Bunga dan buah

[sunting | sunting sumber]

Spesies-spesies dalam genus ini mengeluarkan bunga besar yang berseludang tirus dan bujur membalut tongkol (bulir bunga berpaksi berisi). Seludangnya boleh berlainan warna, namun kebanyakannya ungu keperangan atau hijau keputihan. Bahagian dalam seludang beralun atau berbintil untuk menerangkap serangga. Tumbuhan ini berumah satu. Tongkolnya berbunga kecil: bunga betina yang hanya mempunyai putik ada di dasar, kemudian bunga jantan yang setiapnya ada satu sulur bunga, dan diikuti oleh kawasan kosong yang mandul. Bahagian hujung yang dipanggil "appendix" ini, terdiri daripada bunga mandul yang disebut staminodium, dan boleh jadi amat besar. Bunga ini tidak mempunyai sari bunga.

Bunga betina yang matang hanya terbuka dalam masa satu hari. Dalam kebanyakan spesies, perbungaannya akan mengeluarkan  bau daging mereput untuk menarik serangga, sungguhpun beberapa spesies mengeluarkan bau yang menyenangkan. Melalui sebilangan perangkap serangga yang pintar, serangga pendebunga yang memasuki seludang ketika bunga betina terbuka akan tinggal di dalam  untuk sekitar sehari sambil bunga jantannya matang dan membebaskan debunga. Debunga jatuh pada serangga ini, dan mereka akan membawanya keluar dari seludang dan mendebungakan bunga betina dalam seludang lain. Spesies Amorphophallus dijadikan tumbuhan makanan oleh beberapa spesies ulat Lepidoptera (kekupu dan rerama) termasuk Palpifer sexnotatus dan Palpifer sordida.

Tandan terbalik buah pokok Amorphophallus

Bunga yang terdebunga akan berkembang menjadi buah beri yang bundar. Beri ini merah, jingga, putih, putih kuning atau biru mengikut spesies.

Taksonomi dan spesies

[sunting | sunting sumber]

Hendrik van Rheede tot Drakenstein menerbitkan gambaran tertua mengenai dua tumbuhan berlainan dalam genus ini pada 1692. Nama Amorphophallus julung kali ditulis oleh pakar tumbuhan Belanda, Carl Ludwig Blume, pada 1834.[4]:16-17 Antara 1876 dan 1911, Engler menyatukan beberapa genus lain ke dalam genus Amorphophallus, dengan monograf terakhir diterbitkan pada 1911.[4] Nama genus ini Amorphophallus datang daripada Yunani iaitu amorphos, "tanpa bentuk, cacat" dan phallos, "zakar", yang mana merujuk pada bentuk tongkol bunga menonjol bunga tersebut.[perlu rujukan]

Genus ini dipecahkan menjadi empat cabang di bawahnya berdasarkan analisis filogenitik pada 2017:[5]

Subgenus Amorphophallus

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Scutrandrium

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Metandrium

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Afrophallus

[sunting | sunting sumber]

Subgenus tak diketahui

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Amorphophallus Blume ex Decne". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 22 March 2025.
  2. ^ Sedayu, A.; Eurlings, C. M.; Gravendeel, B.; Hetterscheid, W. (2010). "Morphological character evolution of Amorphophallus (Araceae) based on a combined phylogenetic analysis of trnL, rbcL and LEAFY second intron sequences". Botanical Studies,. 51: 473–490.CS1 maint: extra punctuation (link)
  3. ^ "Titan arum". Rainforest Biome. Eden Project. 4 Februari 2018. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  4. ^ a b Hetterscheid, Wilbert; Ittenbach, Stephan (Januari 1990). "Everything you always wanted to know about Amorphophallus but were afraid to stick your nose into!". Aroideana. 19: 7–131.
  5. ^ Claudel, Cyrille; Buerki, Sven; Chatrou, Lars W.; Antonelli, Alexandre; Alvarez, Nadir; Hetterscheid, Wilbert (2017-05-01). "Large-scale phylogenetic analysis of Amorphophallus (Araceae) derived from nuclear and plastid sequences reveals new subgeneric delineation". Botanical Journal of the Linnean Society. Oxford University Press (OUP). 184 (1): 32–45. doi:10.1093/botlinnean/box013. ISSN 0024-4074.
  6. ^ Yuzammi, Yuzammi (Oktober 2020). "A new species of Amorphophallus (Araceae—Thomsoniaea) from Sulawesi, Indonesia" (461): 295–300. doi:10.11646/phytotaxa.461.4.6. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Hetterscheid, W.L.A. 1994. Preliminary taxonomy and morphology of Amorphophallus Blume ex Decaisne (Araceae). In: M.M. Serebreyanyi (ed.), Proc. Moscow Aroid Conference 1992: 35-48. Moscow.
  • Hetterscheid, W.L.A. & G.J.C.M. v. Vliet, 1996. Amorphophallus, giant from the forest. CITES/C&M, 2(4): 86-96.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]