Pergi ke kandungan

Aminah Cendrakasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aminah Cendrakasih
Aminah pada 1959.
Kelahiran
Siti Aminah

(1938-01-29)29 Januari 1938
Meninggal dunia21 Disember 2022(2022-12-21) (umur 84)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–2013

Aminah Tjendrakasih (Ejaan Yang Disempurnakan: Aminah Cendrakasih), (29 Januari 1938 - 21 Disember 2022)[1] ialah seorang pelakon veteran wanita Indonesia terkenal menerusi kemunculannya sebagai Lela dalam siri televisyen Si Doel Anak Sekolahan (1994–2005). Memulakan kerjayanya semasa zaman remajanya, pada 1955 Aminah mempunyai peranan lakonan pertamanya dalam Ibu dan Putri (1955). Sejak dari itu, beliau berlakon dalam lebih kurang seratus filem cetera. Pada 2012 dan 2013 beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Festival Filem Bandung dan Anugerah Filem Indonesia.

Aminah pada 2006

Cendrakasih dilahirkan sebagai Siti Aminah di Magelang, Jawa Tengah, Hindia Timur Belanda, pada 29 Januari 1938.[2] Beliau merupakan anak perempuan pelawak Husin Nagib dan pelakon Wolly Sutinah.[3] Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berpindah ke Jakarta.[4] Cendrakasih belajar di Sekolah Kepandaian Putri, sebuah sekolah yang mengajar gadis muda kemahiran untuk menguruskan dan menyara hidup.[2]

Cendrakasih mula berlakon pada usia remaja, mulanya di pentas dan kemudiannya filem. JB Kristanto, dalam katalog filem Indonesia, menyenaraikannya sebagai mempunyai peranan bersama S Waldy dalam Musafir Kelana (1953).[5] Sejarawan filem Indonesia Misbach Yusa Biran, dalam pada itu, menulis bahawa Cendrakasih membuat kemunculan filem cetera pertama menerusi filem arahan Ali Joego Oh, Ibuku (1955).[2] Cendrakasih seterusnya muncul dalam Gambang Semarang (1955) bersama ibunya. Peranan lakonan pertama beliau ialah Ibu dan Putri (1955), diarahkan oleh Ha van Wu dan lakonan bersama Lies Noor.[3] Pada empat tahun seterusnya, beliau muncul dalam 11 lagi filem,[6] termasuk peranan lakonan dalam Taman Harapan (1957), Tjambuk Api (1958), dan Pak Prawiro (1958).[2] Selepas menyiapkan Habis Gelap Terbitlah Terang (1959), diarahkan oleh Ho Ah Loke, beliau berkahwin dengan seorang lelaki Betawi dan berehat dari lakonan.[4][3]

Pada 1970, Cendrakasih kembali ke bidang lakonan, pada mulanya mengambil beberapa peranan televisyen sebelum kembali ke layar lebar pada tahun berikutnya.[3] Beliau berlakon dalam 16 filem dalam tempoh 9 tahun termasuk Hostess Anita (1971), Aku Tak Berdosa (1972), Si Doel Anak Modern (1976), dan Betty Bencong Slebor (1978).[2] Beliau juga merupakan ahli Himpunan Seni Budaya Islam dan Lembaga Kebudayaan Betawi.[3]

Cendrakasih kekal aktif dalam tahun 1980an, muncul dalam 42 filem. Filem cetera terakhirnya pada dekad itu, dan yang terakhir setakat 2016, ialah Lebih Asyik Sama Kamu (1989).[3] Beliau juga terus berlakon di televisyen, termasuk siri Rumah Masa Depan (1984–1985). Beliau mencapai kemashyuran, bagaimanapun, dengan siri Si Doel Anak Sekolahan (1994–2005).[3] Pengarah dan pelakon Rano Karno menulis dan mengambilnya untuk peranan Lela, ibu Doel, yang kerap dirujuk sebagai Mak Nyak.[7] Dalam siri bukunya, Klarijn Loven menjelaskan watak kerana menggambarkan gambaran positif seorang surirumah sebagai alternatif untuk gambaran seorang ibu sebagai wanita kerjaya.[4]

Cendrakasih menghidap glaukoma, telah kehilangan keupayaan penglihatan, dan terlantar sakit.[8] Beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Festival Filem Bandung pada 2012,[9] dan satu lagi di Anugerah Filem Indonesia 2013. Ketika Cendrakasih berada di hospital, anugerah itu telah diterima oleh anak perempuannya, Ade Purba Sari.[8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Cendrakasih telah berlakon hampir seratus filem dalam tempoh 50 tahun kerjayanya.[6]

  1. ^ Puspasari, Desi (21 December 2022). "Berita Duka, Aminah Cendrakasih 'Mak Nyak' Meninggal Dunia". Detik.com (dalam bahasa Indonesia).
  2. ^ a b c d e Biran 1979, m/s. 32.
  3. ^ a b c d e f g Apa Siapa 1999, m/s. 49.
  4. ^ a b c Loven 2008, m/s. 79.
  5. ^ Kristanto 2007, m/s. 29.
  6. ^ a b filmindonesia.or.id, Filmography.
  7. ^ Loven 2008, m/s. 78.
  8. ^ a b Putra 2013.
  9. ^ Dipa 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]