Ambar
Ambar atau kahrab (masing-masing daripada istilah bahasa Arab عنبر dan كهرب) adalah fosil resin pokok yang begitu bernilai kerana warna dan keindahan semulajadinya sejak zaman Neolitik sehingga hari ini sebagai batu permata. Ambar dibuat menjadi pelbagai objek hiasan,[1] malah ia turut digunakan sebagai barang kemas. Ia juga telah digunakan sebagai agen penyembuhan dalam sesetengah perubatan tradisional.
Terdapat lima kelas ambar berdasarkan komposisi kimianya. Batuan ambar juga kadangkalanya akan ada jasad haiwan atau tumbuhan yang terperangkap pada resin pokok yang lembut melekit.[2]
Komposisi dan pembentukan
[sunting | sunting sumber]Ambar bersifat homogen dalam komposisinya, namun ia terdiri daripada beberapa jisim resin yang lebih kurang larut dalam alkohol, eter dan kloroform, kerana kaitannya dengan bahan berbitumen yang tidak larut. Ambar adalah sejenis makromolekul terhasil daripada pempolimeran radikal bebas beberapa pelopor dalam keluarga labdana contohnya asid komunik, kumunol, dan biformena.[3][4] Labdana ini merupakan diterpena (C20H32) dan triena yang melengkapkan rerangka organik dengan tiga kumpulan alkena untuk tujuan pempolimeran. Apabila ambar dibiarkan matang selama bertahun-tahun, lebih banyak proses pempolimeran yang akan mengambil tempat selain juga tindak balas pengisomeran, perangkaian silang dan pensiklikan.
Apabila ambar dipanaskan pada suhu 200 °C (392 °F), ia terurai menghasilkan minyak ambar dan meninggalkan sisa hitam yang dikenal sebagai "kolofoni ambar" (amber colophony) atau "gegala ambar" (amber pitch); pelarutan anbar dalam minyak turpentin atau minyak biji rami pula menghasilkan "varnis ambar" (amber varnish) atau "syelek ambar" (amber lac).[3]
Pembentukan
[sunting | sunting sumber]Pempolimeran molekul akibat dari tekanan dan suhu yang tinggi dihasilkan oleh pemendapan atas mengubah resin terlebih dahulu menjadi kopal (copal). Haba dan tekanan yang tersimpan menyingkirkan kandungan terpena dalam kopal seterusnya menghasilkan ambar.[5]
Terdapat banyak jenis pokok yang menghasilkan resin mentah, namun kebanyakan resin yang tersimpan cenderung diuraikan oleh proses fizikal dan biologi. Pendedahan kepada sinaran matahari, hujan, mikroorganisme (seperti bakteria dan kulat) serta suhu yang ekstrem cenderung menguraikan resin. Resin pokok yang bertahan lama untuk menjadi ambar perlu kalis unsur-unsur ini atau dihasilkan dalam keadaan yang tiadanya benda sebegitu.[6]
Pengeluaran dan pemprosesan
[sunting | sunting sumber]Ambar diagihkan di serata dunia terutamanya dalam batu Zaman Batu Kapur atau lebih muda lagi. Secara umumnya, pantai Samland barat Königsberg di Prusia dahulu merupakan kawasan sumber ambar terkemuka di dunia dengan rujukan pertama mengenai penemuan bahan ini bertarikh seawal abad ke-12.[7] Kira-kira 90% keluaran ambar dunia masih terletak di dalam daerah itu yang kini menjadi Wilayah Kaliningrad milik Rusia pada tahun 1946.[8]
Kepingan amber yang terhakis dari dasar laut dicampakkan oleh ombak, dan dikumpulkan dengan tangan, dikorek atau dikutip oleh penyelam. Di tempat lain, ambar ditambang secara terbuka mahupun bawah tanah. Gumpalan tanah perlu dikeluarkan dan keraknya dibuang dengan memasukkan ambar laut dalam tong berisi pasir dan air sebelum digolekkan, di mana hakisan air akan membuang kerak ini dari ambar.[3]
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Barang kemas
[sunting | sunting sumber]Ambar telah digunakan sejak zaman batu dari 13,000 tahun yang lalu. Perhiasan dari bahan ini telah ditemui dalam makam Mycenae dan di tempat lain di seluruh Eropah.[9] Ia kini digunakan dalam pembuatan alat merokok dan corong peniup gelas.[10][11]
Perubatan bersejarah
[sunting | sunting sumber]Ambar telah lama digunakan dalam sesetengah perubatan tradisional atas anggapan kuasa penyembuhannya.[12] Bahan ini dalam bentuk mentahnya serta ekstraknya telah digunakan dari zaman Hippocrates di tamadun Yunani kuno untuk pelbagai jenis rawatan berlanjutan ke Zaman Pertengahan dan sehingga awal abad ke-20.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Amber" (2004).
- ^ St. Fleur, Nicholas (8 Disember 2016). "That Thing With Feathers Trapped in Amber? It Was a Dinosaur Tail". New York Times. Dicapai pada 8 Disember 2016.
- ^ a b c Rudler 1911.
- ^ Manuel Villanueva-García, Antonio Martínez-Richa, and Juvencio Robles Assignment of vibrational spectra of labdatriene derivatives and ambers: A combined experimental and density functional theoretical study Arkivoc (EJ-1567C) pp. 449–458
- ^ Rice, Patty C. (2006). Amber: Golden Gem of the Ages. 4th Ed. AuthorHouse. ISBN 1-4259-3849-3.
- ^ Poinar, George O. (1992) Life in amber.
- ^ "The History of Russian Amber, Part 1: The Beginning", Ambery.net
- ^ Amber Trade and the Environment in the Kaliningrad Oblast Error in Webarchive template: Empty url.
- ^ Curt W. Beck, Anthony Harding and Helen Hughes-Brock, "Amber in the Mycenaean World" The Annual of the British School at Athens, vol. 69 (November 1974), pp. 145-172.
- ^ "Interview with expert pipe maker, Baldo Baldi". Pipesandtobaccos.com. 11 Februari 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2006. Dicapai pada 9 Disember 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan) - ^ "Maker of amber mouthpiece for glass blowing pipes". Steinertindustries.com. 7 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2011. Dicapai pada 9 Disember 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan) - ^ Lisa Markman (2009). "Teething: Facts and Fiction" (PDF). Pediatr. Rev. 30 (8): e59–e64. doi:10.1542/pir.30-8-e59. PMID 19648257. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-10. Dicapai pada 2017-09-02.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Bogdasarov, Albert; Bogdasarov, Maksim (2013). "Forgery and simulations from amber" [Подделки и имитация янтаря]. Dalam Kostjashova, Z. V. (penyunting). Янтарь и его имитации Материалы международной научно-практической конференции 27 июня 2013 года [Amber and its imitations] (dalam bahasa Rusia). Kaliningrad: Kaliningrad Amber Museum, Ministry of Culture (Kaliningrad region, Russia). m/s. 113. ISBN 978-5-903920-26-6. Invalid
|script-title=
: missing prefix (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Matushevskaya, Aniela (2013). "Natural and artificial resins – chosen aspects of structure and properties". Dalam Kostjashova, Z. V. (penyunting). Янтарь и его имитации Материалы международной научно-практической конференции 27 июня 2013 года [Amber and its imitations] (dalam bahasa Rusia). Kaliningrad: Kaliningrad Amber Museum, Ministry of Culture (Kaliningrad region, Russia). m/s. 113. ISBN 978-5-903920-26-6. Invalid
|script-title=
: missing prefix (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Wagner-Wysiecka, Eva (2013). "Amber imitations through the eyes of a chemist" [Имитация янтаря глазами химика]. Dalam Kostjashova, Z. V. (penyunting). Янтарь и его имитации Материалы международной научно-практической конференции 27 июня 2013 года [Amber and its imitations] (dalam bahasa Rusia). Kaliningrad: Kaliningrad Amber Museum, Ministry of Culture (Kaliningrad region, Russia). m/s. 113. ISBN 978-5-903920-26-6. Invalid
|script-title=
: missing prefix (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)