Pergi ke kandungan

Ali & Ratu Ratu Queens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ali & Ratu Ratu Queens merupakan sebuah filem drama komedi Indonesia tahun 2021 arahan Lucky Kuswandi, yang ditulis oleh Ginatri S. Noer dan Muhammad Zaidy serta dibintangi oleh Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, Marissa Anita, Aurora Ribero dan Nirina Zubir . [1] [2] Ramadhan digambarkan sebagai seorang anak lelaki dari keluarga yang bercerai yang ingin melawat ibunya (Anita) di New York City setelah lama tidak ketemu.

Di Jakarta, Ali yang berusia 17 tahun melihat bapanya yang hampir mati, Hasan, meninggal dunia akibat serangan jantung. Ibu Ali, Mia, meninggalkan mereka ke New York City (NYC) ketika dia berumur lima tahun. Pada mulanya, dia mempercayai bahawa ibunya telah meninggal dunia, namun segalanya terbongkar apabila Ali menemui surat, poskad dan tiket penerbangan yang dikirimkan oleh ibunya kepada Ali dan bapanya untuk mereka datang ke New York. Kesemua itu telah yang disembunyikan bapanya dari pengetahuan Ali. Ali telah menyatakan keinginannya untuk mencari ibunya di NYC, dan selepas berbincang dengan ibu saudaranya, Suci, dia diberi masa dua minggu untuk ke NYC dan mencari Mia. Dia telah pergi ke sebuah pangsapuri di Queens di mana tempat ibunya tinggal sebelum ini dan bertemu bekas rakan serumah ibunya, Party, yang bekerja sebagai tukang cuci. Party berkongsi pangsapuri yang sama dengan Biyah, Ance, dan Chinta. Kesemua mereka berjanji untuk membantu Ali mencari ibunya dan menyewakan bilik kepada Ali sepanjang dia berada di bandar itu.

Melalui rakan, Biyah mengetahui bahawa Mia tinggal di Fort Greene, Brooklyn . Ali memutuskan untuk melawat ibunya, namun ternyata kehadirannya tidak diterima baik oleh ibunya. Aliimendapat tahu bahawa ibunya telah berkahwin dengan lelaki tempatan, Alex, dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Keesokan harinya, Ali cuba semula untuk mendekati Mia dan memberitahu bahawa bapanya telah meninggal dunia. Mia mengucapkan takziah dan berkongsi nombor telefonnya. Ali dan Mia bertemu di sebuah kafe berhampiran pangsapuri Ali, dan kedua-duanya meluangkan masa bersama tetapi berakhir dengan serba salah apabila Ali meminta ibunya memasukkannya ke dalam keluarga baharunya; namun ditolak oleh Mia kerana merasakan ia rumah tangganya. Dia juga mendedahkan bahawa Hasan tidak pernah memahaminya sepenuhnya serta melarang Ali terbang ke New York dengan tiket yang dibelinya.

Ali menjemput Mia ke majlis makan malam Hari Kesyukuran di pangsapuri lamanya. Mia berasa dengan sambutan dingin oleh oleh Biyah, Ance, dan Chinta yang tidak menyenangi tindakan Mia ke atas Ali sewaktu pertemuan pertama Ali di rumah Mia dahulu. Mia telah bertindak menyerahkan cek AS$20,000 kepada Party, untuk Party meyakinkan Ali supaya kembali ke Indonesia dan cek untuk kegunaan Party sebagai balasan bantuannya. Ali kesal dengan tindakan Party dengan yang lain kerana beranggapan bahawa mereka hanya mahukan wang. Ali bertindak meninggalkan pangsapuri tersebut dan menuju ke kediaman Mia untuk membuktikan ibunya tidak tergamak melakukannya sebegitu. Namun, Mia memberitahu Ali bahawa sememangnya dia mahu Ali kembali ke Jakarta dan dia tidak boleh meninggalkan keluarga baharunya. Mia dengan sebak menjawab bahawa semakin dia bertemu Ali, semakin dia rasa bersalah kerana meninggalkannya. Ali dengan berat hati memintanya untuk menafikannya. Mia dengan sebak mengaku bahawa dia adalah seorang ibu yang kejam dan menyuruh Ali membencinya, dengan harapan Ali akan pergi.

Ali bertemu dengan Eva, dan memintanya untuk kembali ke pangsapuri. Ali berbuat demikian pada hari berikutnya, dan menunjukkan kepada Party, Biyah, Ance, dan Chinta video yang disuntingnya menggunakan video yang dirakamnya semasa tinggal bersama mereka dan memohon maaf atas tindakannya. Kesemua mereka berdamai, dan Ali menerima mereka sebagai keluarga barunya. Akhirnya, Ali diterima masuk ke universiti tempatan, dan Mia memberitahu secara peribadi kepada Alex tentang Ali.

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan bermula pada 17 Jun 2021, menerusi penstriman Netflix.

 

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "'Ali and Ratu Ratu Queens' review: female leads shine in heartwarming if clichéd Indonesian family drama set in New York". NME. 17 June 2021. Dicapai pada 2021-06-17.
  2. ^ "Ali & Ratu Ratu Queens". Common Sense Media. 30 June 2021. Dicapai pada July 25, 2021.