Alauddin al-Qahhar dari Aceh
Sultan Alauddin al-Qahhar atau gelaran rasmi baginda `Ala ad-Din Ri`ayat Syah al-Kahhar ialah Sultan Aceh ketiga yang memerintah dari tahun 1537 atau sekitar tahun 1539 menurut Denys Lombard[1] hingga tahun 1568 atau 8 Jamadil awal 979 H / 28 September 1571[1] menurut Denys Lombard. Baginda menggantikan saudaranya Sultan Salahuddin pada tahun 1537 atau 1539 dari kudeta kerajaan. Dalam tradisi Aceh, baginda juga dikenang sebagai penguasa yang memisahkan masyarakat Aceh ke kumpulan administratif (kaum atau sukeë).
Kempen ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Ketika baginda menaiki takhta, Sultan Alauddin Al-Qahhar telah menyedari keperluan Aceh untuk meminta bantuan daripada pihak Turki. Bukan hanya untuk menghalau penjajah Portugis di Melaka, namun juga untuk melakukan futuhat atau pembukaan ke wilayah-wilayah lain, khususnya daerah pedalaman Sumatera, seperti daerah Batak pada tahun 1539. Dalam penyerbuan itu, baginda telah menggunakan pasukan Turki, Arab, dan Habshah.[2] Pasukan Turki berjumlah 160 orang ditambah 200 orang tentera dari Malabar membentuk kelompok elit angkatan bersenjata Aceh. Mendez Pinto, yang mengamati peperangan baginda diantara pasukan Aceh dengan Batak telah melaporkan, telah kembalinya armada Aceh di bawah komando berbangsa Turki bernama Hamid Khan, berikutan pemberontakan Pasha di Kaherah.[3]
Baginda juga turut menyerang Kerajaan Aru, tetapi dilawan oleh tentera dibawah Kesultanan Johor. Pada tahun 1547, secara peribadi, baginda telah terlibat dalam serangan yang gagal ke arah Melaka. Setelah kejadian ini, Aceh berubah menjadi negara yang aman damai selama 10 tahun pada dekad 1550-an.
Akan tetapi, pada tahun 1564 atau 1565, baginda telah menyerang Johor dan membawa Sultannya, Sultan Alauddin Riayat Shah II, ke Aceh dan menghukum mati sultan tersebut, kemudian menobatkan Muzaffar II dari Johor di takhta Kesultanan Johor. Aceh kemudian mengambil kekuasan atas Aru dari Kesultanan Johor. Pada tahun 1568 baginda melancarkan kembali serangan yang gagal ke Melaka. Ketika Muzaffar diracun di Johor, Alauddin telah mengirimkan armadanya ke Johor, tetapi telah berpatah balik kerana pertahanan Johor yang agak kuat.
Rejukan
[sunting | sunting sumber]- M.C. Ricklefs, A History of Modern Indonesia Since c. 1300, Stanford: Stanford University Press, 1994, pages 33.
- ^ a b LOMBARD, Denys. Kerajaan Aceh: Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636). Jakarta: Kepustakan Populer Gramedia, 2006. ISBN 979-9100-49-6
- ^ Pusponegoro, Marwati Djuned (1984). Sejarah Nasional Indonesia Jilid III. Balai Pustaka. m/s. 33.
- ^ Azra, Azyumardi (2004). Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Prenada Media. m/s. 27–28.
Didahului oleh: Sultan Salahuddin |
Sultan Aceh 1537—1568 |
Digantikan oleh: Sultan Husain Ali Riayat Syah |