Aladdin (filem 2019)
Aladdin | |
---|---|
Pengarah | Guy Ritchie |
Lakon layar |
|
Berdasarkan |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Alan Stewart |
Disunting oleh | James Herbert |
Muzik oleh | Alan Menken |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 128 minit[5] |
Negara | Amerika syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $183 juta[6] |
Pecah panggung | US$1.051 bilion[6] |
Aladdin ialah muzik Fantasi filem komedi Amerika 2019 yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Diarahkan oleh Guy Ritchie, daripada skrip yang dia tulis bersama dengan John August, ia ialah aksi langsung/CGI adaptasi filem animasi Disney 1992 dengan nama yang sama, yang dengan sendirinya adalah berdasarkan kisah eponim daripada One Thousand and One Nights.[1][a] Filem ini dibintangi oleh Will Smith, Mena Massoud, Naomi Scott, Marwan Kenzari , Navid Negahban, Nasim Pedrad, Billy Magnussen, dan Numan Acar, serta suara Alan Tudyk dan Frank Welker,yang terakhir ini mengulangi peranannya daripada semua media terdahulu. Plot mengikuti Aladdin, seorang landak jalanan, ketika dia jatuh cinta dengan Puteri Jasmine, berkawan dengan Genie yang memberi hajat, dan bertempur. orang jahat Jafar.
Pada Oktober 2016, Disney mengumumkan Ritchie akan mengarahkan pembuatan semula Aladdin aksi langsung. Smith ialah ahli pertama pelakon yang menyertai, menandatangani kontrak untuk membawakan watak Genie pada Julai 2017, dan Massoud dan Scott telah disahkan untuk dua watak utama pada bulan itu. Fotografi utama bermula pada bulan September di Longcross Studios di Surrey, England, juga penggambaran diWadi Rum Desert di Jordan, dan berlangsung sehingga Januari 2018.
Penggambaran tambahan dan pick-up telah berlangsung pada Ogos 2018. Aladdin telah ditayangkan secara teater di Amerika Syarikat pada 24 Mei 2019. Ia memperoleh kutipan lebih $1 bilion di seluruh dunia, menjadikannya filem kutipan tertinggi kesembilan pada 2019 . Filem ini menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik, dengan pujian untuk muziknya, reka bentuk kostum, dan persembahan Smith, Massoud, dan Scott, tetapi kritikan untuk arahan Ritchie, CGI, dan perwatakan Kenzari terhadap Jafar. Sekuel sedang dalam pembangunan.[7]
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Seorang budak jalanan negeri Agrabah yang baik hati bernama Aladdin, bersama monyet peliharaannya Abu, berjaya selamatkan dan berkawan dengan Puteri Jasmin. Jasmin telah selinap keluar untuk lihat dunia luar setelah muak duduk dalam istana seumur hidup. Sementara itu, wazir penasihat Sultan bernama Jafar berancang untuk gulingkan Sultan daripada takhta. Jafar dan nuri beliau Iago pergi cari sebuah pelita ajaib yang tersimpan dalam Gua Khazanah untuk tunaikan hajatnya. Gua Khazanah berkata: "hanya seorang yang layak masuk, sifatnya elok tidak ternilai bak berlian tidak bercanai," dan Jafar pun menganggap Aladdinlah orangnya. Aladdin diculik dan Jafar hasut dia untuk dapatkan pelita itu. Di dalam gua, Aladdin terjumpa sebidang tikar sakti dan peroleh pelita. Dia berikan ia kepada Jafar, yang kemudian khianatinya dan perangkap Aladdin dalam gua tadi, namun Abu sempat curi pelita ajaib itu semasa mereka sedang bertengkar.
Tanpa apa dapat dibuat, Aladdin menggosok pelita yang berdebu tadi dan terkeluar pula jin pelita tersebut. Jin beritahu Aladdin bahawa dia boleh tunaikan tiga hajat Aladdin. Selepas keluar dari gua, Aladdin berhajat untuk jadi seorang putera untuk kahwin Puteri Jasmin, dan berjanji akan guna hajat ketiganya untuk bebaskan Jin daripada belenggu pelita dan jadikan dia manusia.
Aladdin memasuki kota Agrabah dengan identiti samaran "Shah Ali dari Ababwa," dan membawa rombongan meriah bersama-sama harta, haiwan dan jem (Jin menyamar sebagai pengiring atau wazir Shah Ali, manakala Abu telah ditukarkan oleh Jin menjadi seekor gajah tunggangan,) tetapi Jasmin tetap tidak kagum. Mereka berdua menjadi mesra selepas Aladdin bawa dia teroka kota menaiki tikar sakti, sambil Jin pergi keluar dengan Dalia, inang Puteri Jasmin. Apabila Jasmin sedar identiti sebenar Shah Ali, Aladdin tipu dan berkata dia sebenarnya seorang putera dan berpakaian daif hanya untuk bermesra dengan rakyat jelata Agrabah terlebih dahulu. Jafar akhirnya dapat tahu identiti sebenar Aladdin dan campak dia ke laut. Jin sempat selamatkan Aladdin namun terpaksa gadaikan hajat kedua dia. Mereka semua bongkarkan perbuatan Jafar dan lalu beliau dihumban ke penjara. Selepas Sultan tawarkan takhta baginda kepada Aladdin, dia menjadi takut akan kehilangan Jasmin seandainya mereka dapat tahu hal sebenar. Aladdin mungkir janji untuk bebaskan Jin kerana Shah Ali perlukan bantuan seorang wazir. Jin kemudian kecewa dan beritahu Aladdin telah lupa diri sebenar dia.
Iago boloskan Jafar, dan beliau menyeluk pelita daripada beg Aladdin dan menjadi tuan Jin yang baharu. Beliau gunakan dua hajat, satu untuk menjadi Sultan dan satu untuk menjadi ahli sihir paling berkuasa di dunia. Beliau kemudian mengurung semua askar istana dan harimau peliharaan Jasmin, Rajah. Jafar kemudian bongkarkan siapa sebenarnya Aladdin dan hantarkan dia dan Abu ke tanah tandus salji di utara. Jafar ugut akan bunuh ayahanda Jasmin dan Dalia jika dia enggan menikahinya. Di upacara perkahwinan, Aladdin dan Abu kembali selepas diselamatkan tikar sakti, dan Jasmin curi pelita tadi yang ada di jubah Jafar. Dengan berang, beliau tukarkan Iago kepada seekor geroda untuk mengejar dan tewaskan mereka.
Sebagai cubaan terakhir, Aladdin mengejek Jafar kerana kuasanya hanya kedua terhebat, dan berjaya perdayakan beliau untuk menghajat dijadikan makhluk paling berkuasa di dunia. Oleh kerana hajat beliau tidak begitu jelas, Jin bebas untuk fahamkan hajat beliau sebagaimanapun dan tukarkan Jafar menjadi seekor jin pelita. Jin pelita yang tidak bertuan akan terkurung dalam pelita selamanya, dan begitulah takdir Jafar sambil tergopoh-gopoh menjerat Iago sekali ke dalam pelita. Jin lemparkan pelita Jafar ke Gua Khazanah, dan Aladdin kotakan janjinya. Dia guna hajat terakhirnya untuk bebaskan Jin dan jadikan dia manusia. Sultan isytiharkan Jasmin dijadikan sultanah Agrabah dan beritahu Jasmin yang Aladdin sememangnya berhati mulia, dan Jasmin akhirnya berkahwin dengan dia. Jin kahwini Dalia dan mereka pergi berkelana di laut manakala Aladdin dan Jasmin kini dapat mulakan hidup yang baharu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Versi bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Will Smith sebagai Genie: Seekor jin peramah dan baik yang tunaikan tiga hajat kepada barangsiapa miliki pelita ajaibnya. Smith kata beliau "gementar" semasa mainkan watak Genie, tetapi "[dia] jumpa jalan yang dapat menghormati" lakonan Robin Williams daripada filem asal, sambil juga buat lakonan benar-benar daripada dirinya.[8] Smith kata sifat watak tersebut "suka perdaya orang [tetapi] juga seorang pembimbing" yang cuba "pandu Aladdin ke kebenaran bahawa kehebatan ada dalam dirinya". Will Smith gunakan rupa fizikalnya semasa Genie menyamar sebagai manusia, manakala rupa jin biru ialah IJK (CGI), menggunakan teknologi tangkapan gerakan.[9][10]
- Mena Massoud sebagai Aladdin: Seorang budak jalanan Agrabah yang jatuh hati dengan puteri Sultan. Dengan bantuan Genie, dia bertopengkan identiti Shah Ali dari negeri Ababwa. Massoud kata bahawa Aladdin "nampak masa depan yang lebih cerah daripada masa sekarang untuk dia. Dia tak tahu apa ia atau bagaimana nak capai ia, tapi dia tahu yang ia wujud", dan berasa yang watak ini "amat rendah diri dan biasanya buat banyak benda demi orang lain, tapi bila dia jatuh cinta dia sedikit demi sedikit lupa diri dia dan mula jadi seseorang yang bukan siapa diri dia yang sebenar. Tapi dia budak baik dengan niat yang mulia dan punyai orang-orang baik yang bawa dia semula ke pangkalan jalan yang benar".[2]
- Naomi Scott sebagai Puteri Jasmine: Anak tunggal Sultan dan puteri Agrabah yang mendamba dapat jalani hidupnya sendiri. Scott berkata yang Jasmine "tabah dan seronok, tapi juga senang tersilap dan terikutkan perasaan. Ada banyak kemahiran dia, dan dia bukan handal dalam satu perkara saja. Jadi dalam filem ini, anda akan lihat dia alami pelbagai perkara, dan bukan sahaja jatuh cinta atau berkahwin". Beliau tambah lagi yang Jasmine akan cari "keberanian untuk bercakap demi rakyatnya",[11] dan "Jasmine ingin tahu apa yang berlaku dalam kerajaannya dan temukan jurang yang telah terhasil [akibat tidak pernah berjumpa rakyat], dan Aladdin berikan dia keberanian untuk lakukan itu".[2]
- Marwan Kenzari sebagai Jafar: Seorang sahir yang keji dan jahat, Wazir Diraja Agrabah dan penasihat Sultan yang kerana geram dengan cara Sultan, rancangkan pelan untuk guling Sultan dari takhta dengan memperoleh pelita ajaib. Kisah silam Jafar diceritakan dan penerbit filem ini, Jonathan Eirich, rasa akan membuat para penonton faham "kenapa beliau sungguh jahat, dan [dia berasa] itulah yang membuatkan dia penjahat yang bagus".[2]
- Navid Negahban sebagai Sultan: Pemerintah Agrabah yang lanjut usia dan mahu carikan seorang suami untuk anakandanya Jasmine.
- Nasim Pedrad sebagai Dalia: Inang dan setiawati Puteri Jasmine. Pedrad kata bahawa Dalia "[telah] di samping Jasmine selama bertahun-tahun dan sangat perhati-perhatikan dia".[2] Will Smith kata yang watak tersebut "sebuah tambahan yang sempurna ke dalam cerita ini, dan memanusiakan Genie".[2]
- Billy Magnussen sebagai Putera Anders: Seorang pelamar Puteri Jasmine dari kerajaan Skånland.[10][12]
- Numan Acar sebagai Hakim: Ketua pengawal istana yang amat setia kepada Sultan Agrabah sejak bapa beliau berkhidmat untuk Sultan sebagai seorang khadam.
- Robby Haynes sebagai Razoul: Kapten Pengawal Agrabah diraja.
- Jordan A. Nash sebagai Omar: Anak lelaki Genie dan Dalia
- Taliyah Blair sebagai Lian: Anak perempuan Genie dan Dalia
- Amir Boutrous sebagai Jamal: Seorang penjual roti yang Aladdin perdayakan untuk selamatkan gelang pusaka Jasmine dari dirampas.
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]- Alan Tudyk sebagai Iago: Burung nuri Jafar yang cerdik.[13]
- Frank Welker melakonsuarakan wataknya daripada filem asal iaitu:
- Abu, monyet kapuchin peliharaan Aladdin yang panjang tangan.[14][15][16]
- Rajah, harimau benggala kesayangan peliharaan Puteri Jasmine.
- Cave of Wonders (Gua Khazanah): Suatu makhluk pasir yang berupakan kepala seekor singa (harimau dalam filem asal) yang menjaga pelita ajaib daripada penceroboh dan hanya akan berikan ia kepada yang layak bak "berlian tidak bercanai."[14][15][16]
Versi bahasa Malaysia[17]
[sunting | sunting sumber]Pengarah alihan suara: Jamalludin Zakaria
Pengarah muzik: Eka Shereen
Penterjemah: Wan Muhammad Tamlikha
Penyadur/adaptasi: Shazana Sahudin
Penulis lirik: Min Malik
Jurutera bunyi dialog: Benson Lew Way Yi
Jurutera bunyi lagu: Leong Jun Yang
Jurutera adun dialog: Chang Chong Hui
Jurutera adun lagu: Hong Siang Chet
Pengarah projek: Jo-Ann Liew
Pengurus projek: Chour Yee May
Creative executive: Thotsaphon (Tui) Rungwitthaya
Studio pengalihan suara: FKN Dubbing Sdn. Bhd.
Studio adunan bunyi: Shepperton International
Pelakon alih suara[18][19]
[sunting | sunting sumber]- Shila Amzah sebagai Puteri Jasmin
- Nabil Zamanhuri sebagai Aladdin
- Yazid Asril sebagai Jafar
- Fadhli b. Mohd Rawi sebagai Sultan
- Aby Zarina Ahmad Roslan sebagai Dalia
- Vince Chong sebagai Jin
- Luqman Mutalib sebagai Putera Anders
- Hazmie Jamall sebagai Omar
- Murni Farhana sebagai Lian
- Jamalludin Zakaria sebagai Jamal dan Hakim
Pelakon suara tambahan
[sunting | sunting sumber]- Juwita Suwito
- Min Malik
- Jamilah
- Vince Chong
- Sharizan Borhan
- Nabil Zamanhuri
- Mehmet Adem Barissever
- Zahid Baharudin
- Illegal
- Zharif Nawawi
- Shahil Zairi
- Azizul Sani
- Izwanna
- Nur Atiqah Zawani
- Zaini Sahid
- Jamalludin Zakaria
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPressKit
- ^ a b c d e f Arafat A. Razzaque, 'Who “wrote” Aladdin? The Forgotten Syrian Storyteller' Diarkibkan Mei 25, 2019, di Wayback Machine, Ajam Media Collective (September 14, 2017). Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Horta, Paulo Lemos (2018). Aladdin: A New Translation. Liveright Publishing. m/s. 8–10. ISBN 9781631495175. Diarkibkan daripada yang asal pada September 25, 2019. Dicapai pada May 23, 2019.
- ^ Nun, Katalin; Stewart, Dr Jon (2014). Volume 16, Tome I: Kierkegaard's Literary Figures and Motifs: Agamemnon to Guadalquivir. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 31.
- ^ "Aladdin (2019)". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2019. Dicapai pada May 7, 2019.
- ^ a b "Aladdin (2019)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2019. Dicapai pada October 26, 2019.
- ^ Brian Welk (Mei 22, 2019). "'Aladdin' Remake Menggosok Pengkritik Secara Berbeza, Daripada 'Rip-Roaring Spectacle' kepada 'Sinematic Karaoke'". TheWrap. karaoke/ Diarkibkan Check
|archive-url=
value (bantuan) daripada yang asal pada|archive-url=
requires|archive-date=
(bantuan). Dicapai pada Mei 22 , 2019. Unknown parameter|tarikh arkib=
ignored (bantuan); Check date values in:|access-date=
(bantuan) - ^ Griffin, Louise (17 November 2018). "Will Smith is 'terrified' to follow Robin Williams' performance as Genie in Aladdin". Metro. Dicapai 12 Jun 2019.
- ^ Sinha-Roy, Piya (19 Disember 2018). "See exclusive first-look photos from Disney's live-action Aladdin". Entertainment Weekly. Dicapai December 19, 2018.
- ^ a b Sinha-Roy, Piya (21 Disember 2018). "Exclusive: Guy Ritchie on finding his blue Genie and crafting a new Aladdin". Entertainment Weekly. Dicapai 26 Disember 2018.
- ^ Truitt, Brian (4 Januari 2019). "Naomi Scott details Princess Jasmine's new 'Aladdin' song: 'It's a punch in the face'". USA Today. Dicapai 12 Jun 2019.
- ^ McHenry, Jackson (21 September 2018). "Maniac's Billy Magnussen on Playing a 'Colorful Douchebag'". Vulture. Dicapai 24 September 2018.
- ^ Parker, Ryan (12 Mac 2019). "'Aladdin': Alan Tudyk to Voice Iago (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai 12 Mac 2019.
- ^ a b Simpson, George (12 Oktober 2018). "Aladdin TRAILER: Did you spot the returning ORIGINAL film star?". Express. dicapai 12 Jun 2019.
- ^ a b Schedeen, Jesse (12 Oktober 2018). "Aladdin: How the New Teaser Trailer Recreates the Animated Disney Movie". IGN. Dicapai 12 Jun 2019.
- ^ a b Sippell, Margeaux (10 Februari 2019). "New 'Aladdin' Trailer Reveals First Look at Will Smith's Blue Genie". Variety. Dicapai 12 Jun 2019.
- ^ International Dubbing Wiki (2019). "Aladdin (2019)". FANDOM. Dicapai 9 Ogos 2019.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Arjunabetta. (2019, 23 Mei). YouTube. Dicapai 12 Jun 2019.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan