Akta Parlimen
Akta Parlimen[1] adalah sebuah statut (biasanya dikenali sebagai undang-undang) yang dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau sub-kebangsaan. Contohnya di Republik Ireland, ia dikenali sebagai Akta Oireachtas digunakan, dan di Amerika Syarikat istilah Akta Congress digunakan.
Di negara-negara Commonwealth, istilah ini digunakan di dalam kedua-dua maksud yang sempit, sebagai suatu perincian rasmi suatu undang-undang yang diluluskan di dalam wilayah yang tertentu, dan di dalam maksud yang lebih umum, ia adalah bagi undang-undang utama yang diluluskan di mana-mana negara.
Rang undang-undang
[sunting | sunting sumber]Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai akta. Manakala sekiranya cadangan undang-undang tersebut masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, ia disebut sebagai rang undang-undang.
Akta Parlimen adalah nama umum kepada pelbagai akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Contoh akta-akta yang termasuk undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen adalah di antaranya seperti berikut:
- Akta Kontrak
- Kanun Tanah Negara
- Akta Syarikat
- Kanun Keseksaan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The terms "Act of Parliament" and "Act" are common, not proper nouns. There is a long history of capitalisation of many common nouns related to legislation and government by many parliaments and members of the legal profession. The following American and British dictionaries and encyclopedias indicate that the most widespread modern usage is lowercase (unless used as part of the name of a particular Act) by listing only lowercase or by listing the uppercase usage second, as an alternative usage.[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10] (Modern dictionaries do not impose rules and instead describe current usage in reputable sources.)