Pergi ke kandungan

Akolit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Para akolit di samping kardinal melaksanakan upacara dalam sebuah gereja di Barcelona, Sepanyol

Akolit (bahasa Inggeris: acolyte) adalah salah satu jawatan dalam mazhab Kristian Gereja Barat[1] yang bertujuan sebaga melayani meja altar iaitu membantu paderi dan diaken dalam melaksanakan perjamuan;[1] termasuk membawa barangan perjamuan ke meja altar untuk disediakan sebelum misa[2] serta melayani komuni baik di dalam ataupun luar sesi Ekaristi.[2] Jawatan ini sendirinya dapat diduduki oleh seorang awam.[1]

Peranan akolit sangat penting dalam sistem organisasi gereja mazhab Barat - setiap calon diaken atau paderi harus terlebih dahulu menjabat sebagai lektor atau akolit,[2] malah ada juga akolit yang berpeluang berkhidmat sebagai pegawai istana atau seitausaha Paus.[1] Akolit juga boleh mentakhtakan Sakramen Mahakudus dalam situasi darurat;[2] namun, mereka tidak boleh memberkati umat dengan Sakramen Mahakudus sepertimana yang dibolehkan untuk para paderi.[2]

Jawatan ini dicatat sudah ada dalam gereja sejak abad ke-3[2] - ia pertama kali disebutkan dalam catatan sejarah di Roma pada tahun 251 M.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Anak altar - jawatan setaraf dalam mazhab gereja Roman Katolik
  1. ^ a b c d e F.D. Wellem. 2009, Kamus Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. hlm. 10.
  2. ^ a b c d e f Ernest Maryanto. 2004, Kamus Liturgi Sederhana. Yogyakarta: Kanisius. hlm. 10-11.