Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Akmal Rizal bin Ahmad Rakhli | ||
Tarikh lahir | 12 Disember 1981 | ||
Tempat lahir | Jitra, Kedah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.7 m (5 ka 7 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Kedah United | ||
Nombor | 14 | ||
Kerjaya remaja | |||
1998 | Kedah (Piala Presiden) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999 | Kedah | 0 | (0) |
1999-2000 | RC Strasbourg | 14 | (5) |
2000-2001 | FCSR Haguenau | 36 | (10) |
2002-2006 | Kedah | 53 | (38) |
2006-2008 | Selangor | 39 | (23) |
2009 | Kuala Muda Naza FC | 16 | (3) |
2010 | Kelantan | 18 | (10) |
2011-2012 | Perak | 45 | (14) |
2013 | Kedah | 16 | (3) |
2014 | Sarawak | 5 | (1) |
2015 | Kedah United | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
1998-2004 | Malaysia B-23 | 24 | (20) |
2001-2008 | Malaysia | 22 | (9) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (lahir pada 12 Disember 1981) ialah seorang pemain bola sepak dari Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain dari Malaysia yang mendapat pengalaman luas di luar negara ketika muda.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula dikenali semasa beliau mewakili untuk pasukan bola sepak bawah 14 tahun Malaysia. Selepas itu, beliau menerima latihan di RC Strasbourg dan dipinjamkan kepada kelab naungan RC Strasbourg, FCSR Haguenau. Selepas gagal untuk mengekalkan kontrak dengan RC Strasbourg, beliau kembali ke Malaysia dan bermain untuk pasukan asalnya, Kedah FA. Pasukan lain di Liga-M berasa iri hati atau cemburu terhadap Kedah FA kerana memiliki pemain berkebolehan. Namun pada akhir kerjayanya di Kedah FA, beliau menghadapi kecederaan lutut yang menyebabkan Akmal Rizal tersinggir selama semusim. Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak dengan Selangor FA muncul sebagai seorang pemain gantian buat beberapa kali selepas sembuh daripada kecederaannya.
Selepas berakhirnnya musim 2007/08, kontrak Akmal Rizal bersama Selangor FA ditamatkan.[1]
Musim depan (2011) Akmal Rizal akan menyertai Perak.
Beliau mewakili Malaysia untuk Sukan Asia Tenggara 2003 di Hanoi, Vietnam, Piala Liga Perdana Inggeris Asia, dan juga di Piala Tiger 2002 di Thailand. Akmal juga mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007 dengan membuat dua penampilan dalam perlawanan menentang China PR dan Uzbekistan.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Pingat Gangsa Sukan SEA 2003
- Pingat Perak Sukan SEA 2001
Kedah FA
[sunting | sunting sumber]- Juara Liga Perdana Malaysia 2002, 2005/06
Selangor FA
[sunting | sunting sumber]- Naib Juara Piala Malaysia 2008
- Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08
Gol Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Perlawanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 8 Mac, 2001 | Hong Kong, Hong Kong | Hong Kong | 2-0 | Menang | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC) |
2. | 8 Mac, 2001 | Hong Kong, Hong Kong | Hong Kong | 2-0 | Menang | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC) |
3. | 25 Mac, 2001 | Doha, Qatar | Palestin | 4-3 | Menang | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC) |
4. | 25 Mac, 2001 | Doha, Qatar | Palestin | 4-3 | Menang | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2002 (AFC) |
5. | 11 Disember, 2002 | Kuala Lumpur, Malaysia | Kemboja | 5-0 | Menang | Persahabatan |
6. | 18 Disember, 2002 | Singapura, Singapura | Singapura | 0-4 | Menang | Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002 |
7. | 20 Disember, 2002 | Singapura, Singapura | Thailand | 3-1 | Menang | Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002 |
8. | 12 Julai, 2004 | Kuala Lumpur, Malaysia | Singapura | 2-0 | Menang | Persahabatan |
9. | 21 Jun, 2007 | Petaling Jaya, Malaysia | Emiriah Arab Bersatu | 1-3 | Kalah | Persahabatan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Selangor umum 16 pemain skuad 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-19.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Biodata di selangorfc.com Diarkibkan 2007-07-15 di Wayback Machine