Ahmad Shah Hussein Tambakau
Ahmad Shah Hussein Tambakau | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Julai 2018 – 2 Ogos 2020 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin (2020) Mahathir Mohamad (2018-2020) |
Menteri | Nancy Shukri (2020) Mohammadin Ketapi (2018-2020) |
Didahului oleh | Ng Yen Yen |
Digantikan oleh | Dato’ Seri Ramlan Ibrahim |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 1983–1986 | |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Zulhasnan Rafique |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Keningau, Sabah | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Stephen Robert Evans |
Digantikan oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | WARISAN (2020-kini) PKR (2018-2020) PR-PKR BERJAYA (1990) BERJAYA (-1990) |
Pasangan | Datin Jeanette Tambakau |
Anak | Kaiyeesha Tambakau |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Ahmad Shah bin Hussein Tambakau adalah Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia[1] yang telah dilantik pada 20 Julai 2018[2] lalu. Beliau juga adalah mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan[3] dan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah untuk satu penggal dari 1982-1986 lalu. Kemudian, beliau telah digantikan oleh Joseph Pairin Kitingan yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 1986.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bingkor, Sabah atas tiket PKR yang ketika itu dalam Pakatan Rakyat.[4] Dalam pertandingan 4 penjuru tersebut, beliau telah tewas dan kerusi tersebut telah dimenangi oleh Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan.
Selepas politik
[sunting | sunting sumber]Setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi telah melantik beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).[5]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah anak kepada Datuk Hussein Tambakau dari Sabah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ A call to reform from within
- ^ Majlis Perhimpunan MOTAC Bil. 2/201
- ^ Sidang Dewan Rakyat 05121985
- ^ "Maklumat calon DUN Bingkor, Sabah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-01. Dicapai pada 2018-10-01.
- ^ Pengerusi Tourism Malaysia