Ahli geologi
Occupation | |
---|---|
Names | Geologist |
Occupation type
|
Profession |
Activity sectors
|
Government Mining Petroleum industry Engineering |
Related jobs
|
Seismologist Volcanologist Geophysicist Geoscientists |
Description |
Ahli geologi merupakan saintis yang mengkaji bahan pepejal, cecair dan gas yang membentuk Bumi dan planet terestrial lain serta proses yang membentuknya. Ahli geologi biasanya mengkaji geologi, sains bumi, atau geofizik meskipun latarbelakang dalam bidang fizik, kimia, biologi dan sains lain turut digunakan. Penyelidikan lapangan (kerja lapangan) merupakan komponen yang penting dalam geologi, walaupun banyak subdisiplin yang menggabungkan kerja makmal dan pendigitalan. Ahli geologi turut dikelaskan dalam kumpulan saintis yang lebih besar dipanggil geosaintis.
Ahli geologi bekerja dalam sektor tenaga dan perlombongan berperanan mencari sumber asli seperti petroleum, gas asli, logam berharga dan logam asas. Mereka juga merupakan barisan hadapan dalam pencegahan dan pengurangan kemusnahan akibat bahaya dan bencana alam seperti gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan tanah runtuh. Kajian mereka digunakan untuk memberikan amaran kepada masyarakat umum tentang kejadian ini. Ahli geologi juga merupakan penyumbang yang penting kepada perbincangan berkaitan perubahan iklim .
Sejarah
[sunting | sunting sumber]James Hutton sering dilihat sebagai ahli geologi moden yang pertama. [1] Pada tahun 1785 beliau telah membentangkan kertas bertajuk Theory of the Earth kepada Royal Society of Edinburgh. Dalam kertas tersebut beliau menjelaskan teori bahawa Bumi mesti jauh lebih tua daripada yang dijangkakan untuk memberi masa yang cukup bagi gunung terhakis dan untuk mendapan membentuk batu baru di dasar laut yang seterusnya dinaikkan sehingga menjadi tanah kering. Hutton telah menerbitkan dua jilid versi idea beliau pada tahun 1795 ( Jil. 1, Jil. 2 ). Pengikut Hutton dikenali sebagai Plutonists kerana mereka mempercayai bahawa sebahagian batu terbentuk oleh proses volkanisme iaitu pemendapan lava dari gunung berapi. Berbanding dengan Neptunists, yang diketuai oleh Abraham Werner dengan mempercayai bahawa semua batu telah mendap di dasar lautan sebelum paras laut menurun secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
Peta geologi pertama Amerika Syarikat telah dihasilkan pada tahun 1809 oleh William Maclure . [2] [3] Beliau telah memulakan tugas atas inisiatif peribadi untuk membuat tinjauan geologi di Amerika Syarikat pada tahun 1807. Hampir setiap negeri di bawah Kesatuan telah direntasi dan dipetakan oleh beliau termasuk menyeberangi dan merentasi Pergunungan Allegheny kira-kira 50 kali. [4] Hasil kerja beliau yang disiapkan tanpa bantuan pekerja telah diserahkan kepada American Philosophical Society dalam memoir bertajuk Observations on the Geology of the United States explanatory of a Geological Map, dan diterbitkan dalam Society's Transactions, bersama-sama dengan peta geologi pertama Amerika Syarikat. [5] Usaha ini mendahului peta geologi England oleh William Smith dalam enam tahun, meskipun ia dibina menggunakan pengelasan batuan yang berbeza.
Sir Charles Lyell telah menerbitkan bukunya yang terkenal dikenali sebagai Principles of Geology, [6] pada tahun 1830. Buku ini mempromosikan doktrin uniformitarianisme yang dipengaruhi oleh pemikiran Charles Darwin. Teori yang dikemukakan menyatakan bahawa proses geologi yang perlahan telah berlaku sepanjang sejarah Bumi dan masih berlaku sehingga kini. Berbeza dengan teori malapetaka yang menjelaskan bahawa Bumi dibentuk oleh satu kejadian bencana dan tiada perubahan selepas itu. Meskipun Hutton mempercayai uniformitarianisme, idea itu tidak diterima dengan meluas pada masa tersebut.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Latihan merupakan aspek penting bagi seorang aspiring ahli geologi.Latihan ini merangkumi kerja kursus dalam bidang fizik, matematik dan kimia sebagai tambahan kepada kelas yang ditawarkan di jabatan geologi; geologi sejarah dan geologi fizikal, petrologi dan petrografi igneus dan petrografi metamorfik, hidrogeologi, sedimentologi, stratigrafi, mineralogi, paleontologi, geografi fizikal dan geologi struktur adalah antara bidang pengajian yang diwajibkan. Kebanyakan ahli geologi juga memerlukan kemahiran dalam GIS dan teknik pemetaan yang lain. Pelajar geologi sering menghabiskan sebahagian besar waktu terutamanya musim panas kadangkala termasuk penggal Januari untuk tinggal dan bekerja di lapangan dengan ahli fakulti (sering dirujuk sebagai "perkhemahan lapangan"). Ramai juga bukan ahli geologi mengambil kursus geologi atau mempunyai kepakaran dalam geologi yang didapati berharga untuk bidang mereka. Perkara ini adalah biasa dalam bidang geografi, kejuruteraan, kimia, perancangan bandar, kajian alam sekitar, antara lain.
Pengkhususan
[sunting | sunting sumber]Umumnya ahli geologi boleh dikenal pasti sebagai pakar dalam satu atau lebih pelbagai disiplin geosains, seperti ahli geofizik atau geokimia. Ahli geologi juga boleh menumpukan kajian atau penyelidikan mereka dalam satu atau lebih dari disiplin berikut:
- Geologi ekonomi : kajian tentang genesis bijih, dan mekanisme penciptaan bijih, geostatistik .
- Geologi kejuruteraan:aplikasi sains geologi kepada amalan kejuruteraan dengan tujuan memastikan bahawa faktor geologi yang mempengaruhi lokasi, reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan kerja kejuruteraan diiktiraf dan disediakan secukupnya;
- Geofizik : cabang gunaan yang melibatkan penggunaan kaedah fizikal seperti graviti, seismik, elektrik, sifat magnet untuk mengkaji bumi.
- Geokimia : cabang gunaan yang melihat kajian tentang pembentukan kimia dan sifat batuan dan kajian tentang sifat mineralnya.
- Geokronologi : kajian geologi isotop yang melihat secara khusus penentuan tarikh dalam masa lampau pembentukan batuan, metamorfisme, pemineralan dan peristiwa geologi (terutamanya, kesan meteorit ).
- Geomorfologi : kajian tentang bentuk muka bumi dan proses yang menciptanya.
- Hidrogeologi: kajian tentang asal usul, kejadian dan pergerakan air bawah tanah dalam sistem geologi bawah permukaan.
- Petrologi igneus : kajian proses igneus seperti pembezaan igneus, penghabluran pecahan, fenomena penerobosan dan gunung berapi.
- Geologi isotop: kajian komposisi isotop batuan untuk menentukan proses pembentukan batuan dan planet.
- Petrologi metamorfik:kajian tentang kesan metamorfisme pada mineral dan batuan.
- Geologi marin: kajian dasar laut; melibatkan penyiasatan geofizik, geokimia, sedimentologi dan paleontologi dasar lautan dan pinggir pantai. Geologi marin mempunyai hubungan kuat dengan oseanografi fizikal dan plat tektonik.
- Mineralogi : kajian tentang kimia, struktur kristal, dan sifat fizikal (termasuk optik) unsur mineral dan artifak mineral. Kajian khusus dalam mineralogi termasuk proses asalan dan pembentukan mineral, pengelasan mineral, taburan geografinya, serta kegunaannya.
- Palaeoclimatology : aplikasi sains geologi untuk menentukan keadaan iklim yang terdapat di atmosfera Bumi dalam sejarah Bumi.
- Palaeontologi : pengelasan dan taksonomi fosil dalam rekod geologi dan pembinaan sejarah paleontologi Bumi.
- Pedologi : kajian tentang tanah, pembentukan tanah, dan pembentukan regolit .
- Geologi petroleum : kajian tentang lembangan sedimen yang digunakan untuk mencari hidrokarbon ( penerokaan minyak ).
- Geologi planet : kajian geosains yang berkaitan dengan jasad angkasa lain, iaitu planet dan bulannya . Ini termasuk subdisiplin geologi bulan, selenologi, dan geologi Marikh, areologi .
- Sedimentologi : kajian batuan enapan, strata, pembentukan, eustasy dan proses sistem sedimen dan hakisan moden.
- Seismologi : kajian tentang gempa bumi .
- Geologi struktur : kajian lipatan, sesar, foliasi dan mikrostruktur batuan untuk menentukan sejarah perubahan bentuk batu dan kawasan.
- Vulkanologi : kajian gunung berapi, letusan, lava, proses magma dan bahayanya.
Pekerjaan
[sunting | sunting sumber]Ahli geologi profesional bekerja untuk pelbagai agensi kerajaan, firma swasta, dan institusi bukan-membuat-untung dan akademik. Mereka biasanya diupah secara kontrak atau memegang jawatan tetap dalam firma swasta atau agensi rasmi (seperti Penyiasatan Geologi Amerika Syarikat ).
Kerajaan tempatan, negeri dan negara juga mengupah ahli geologi untuk mengusahakan projek geologi yang berkaitrapat dengan masyarakat awam. Kebanyakan geologi memainkan perana penting dalam penyiasatan sumber asli apabila bekerja dengan institusi kerajaan. Namun kerja mereka dalam bidang ini juga turut membawa kesejateraan yang lebih besar kepada negara dengan membantu masyarakat dalam membuat keputusan yang lebih termaklum berkaitan dengan eksploitasi sumber, pengurusan alam sekitar dan keselamatan infrastruktur kritikal. [7] Aspek 'Kesejahteraan' ini dikaitkan dengan hasil cukai yang lebih besar daripada projek perlombongan baharu atau lanjutan atau melalui infrastruktur yang lebih baik dan/atau perancangan bencana alam.
Ahli geologi kejuruteraan diupah untuk menyiasat bencana geologi dan kekangan geologi dalam perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek kejuruteraan awam dan swasta, kajian forensik dan bedah siasat, serta analisis kesan alam sekitar. Ahli geologi penerokaan menggunakan semua aspek geologi dan geofizik untuk menentukan lokasi dan mengkaji sumber asli. Di kebanyakan negara atau negeri di AS yang tiada program perlesenan dalam pemuliharaan alam sekitar yang khusus, bidang ini sering didominasi oleh ahli geologi profesional, khususnya ahli hidrogeologi, dengan kepakaran profesional dalam bidang ini. Syarikat petroleum dan perlombongan menggunakan mudloggers, dan pemaju tanah dengan kemahiran ahli geologi dan ahli geologi kejuruteraan dalam skala yang besar untuk membantu mereka mencari minyak dan mineral, menyesuaikan diri dengan ciri tempatan seperti topografi kars atau risiko gempa bumi, dan mematuhi peraturan alam sekitar.
Ahli geologi akademik biasanya memegang ijazah lanjutan dalam mempunyai bidang khusus dalam disiplin geologi dan bekerja di universiti.
Jawatan professional
[sunting | sunting sumber]Di Kanada, National Instrument 43-101 memerlukan laporan yang mengandungi anggaran sumber dan rizab mineral disediakan oleh, atau di bawah penyeliaan, Orang Berkelayakan (QP) yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dengan laporan mineral dan merupakan ahli persatuan profesional. QP menerima liabiliti peribadi untuk pengesahan kualiti profesional laporan dan kerja asas. [8]
Peraturan dan garis panduan yang dikodkan dalam National Instrument 43-101 telah diperkenalkan selepas skandal pada tahun 1997 yang melibatkan ahli geologi Bre-X memasinkan sampel teras gerudi semasa penerokaan emas di sebuah hartanah di Busang, Indonesia. Pemalsuan data keputusan pengerudian telah mengeliukan pelabur Bre-X dan pendedahan penipuan tersebut menyebabkan syarikat itu jatuh sebagai penipuan perlombongan emas terbesar dalam sejarah. [9]
- ^ James Hutton: The Founder of Modern Geology Diarkibkan Mac 3, 2016, di Wayback Machine, American Museum of Natural History
- ^ William Maclure (1817). Observations on the Geology of the United States of America: With Some Remarks on the Effect Produced on the Nature and Fertility of Soils, by the Decomposition of the Different Classes of Rocks; and an Application to the Fertility of Every State in the Union, in Reference to the Accompanying Geological Map ... author.
- ^ "Title Page: Observations on the geology of the United States of America". davidrumsey.com.
- ^ Page 39 in Greene, J.C. and Burke, J.G. (1978) The Science of Minerals in the Age of Jefferson. Transactions of the American Philosophical Society, New Series, Vol. 68, No. 4, pp. 1-113
- ^ "Map of the United States of America". davidrumsey.com.
- ^ Charles Lyell. (1991). Principles of geology. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-49797-6.
- ^ Geoscience Australia, Our Role, December 16, 2010, http://www.ga.gov.au/about-us/our-role.html, Accessed: May 12, 2011
- ^ "AIPG - American Institute of Professional Geologists". aipg.org.
- ^ Grundhauser, Eric (21 August 2015). "The $6 Billion Gold Mine That Wasn't There". Slate. Dicapai pada 21 September 2015.