Agensi (falsafah)
Agensi ialah keupayaan seseorang aktor untuk membuat suatu tindakan dalam persekitaran tertentu. Ianya bebas daripada dimensi moral, yang dipanggil agensi moral .
Dalam sosiologi, agen ialah individu yang terlibat dalam suatu struktur sosial . Penglibatan ini tertakluk kepada struktur sosial berbanding kapasiti individu berkenaan dengan tindakan seseorang dan perkara ini masih diperdebatkan dalam sosiologi. Perdebatan ini selalunya berfokus pada tahap reflekstiviti yang mungkin dimiliki oleh ejen.[perlu rujukan]
Agensi boleh diklasifikasikan sebagai (1) tidak sedarkan diri, (2) tingkah laku tidak disengajakan, atau tindakan dengan bertujuan dan (3) aktiviti yang mempunyai matlamat (tindakan yang disengajakan). Seorang ejen biasanya mempunyai kesedaran yang jelas tentang aktiviti fizikal mereka dan matlamat yang akan tercapai dengan melaksanakan aktiviti tersebut. Dalam 'tindakan terarah matlamat', ejen melaksanakan sejenis kawalan langsung atau bimbingan ke atas tingkah laku mereka sendiri. [1]
Agensi manusia
[sunting | sunting sumber]Agensi berbeza dengan objek yang bertindak balas terhadap daya semula jadi yang cuma melibatkan proses deterministik yang tidak boleh difikirkan. Dalam hal ini, Agensi secara halus berbeza dengan konsep kehendak bebas, sebuah doktrin falsafah yang mengatakan bahawa pilihan kita bukanlah hasil daripada rantaian kausal, akan tetapi pilihan kita sebenarnya bersifat bebas atau tidak ditentukan. Agensi manusia memerlukan tuntutan bahawa manusia sebenarnya membuat keputusan dan membuat tindakan dalam realiti. Bagaimana manusia membuat keputusan, sama ada melalui pilihan bebas atau proses yang lain, merupakan suatu isu yang lain.
Keupayaan seseorang manusia untuk bertindak sebagai ejen adalah sifat peribadi kepada seseorang manusia itu, walaupun pertimbangan hasil daripada tindakan agensi manusia tertentu sama ada untuk kita atau orang lain akan menggunakan komponen moral ke dalam situasi tertentu dan apabila sesebuah ejen telah bertindak, maka dengan itu ia telah melibatkan agensi moral. Jika sesuatu situasi adalah akibat daripada pembuatan keputusan manusia, maka orang akan biasanya menggunakan pertimbangan nilai terhadap hasil keputusan mereka, dan dianggap bertanggungjawab untuk keputusan tersebut. Agensi manusia memberi hak kepada pemerhati untuk bertanyakan kepada diri sendiri: adakah ini patut berlaku? dengan cara yang tidak masuk akal dan dalam keadaan yang tidak mempunyai pembuat keputusan manusia, contohnya, kesan komet Shoemaker–Levy pada Musytari .
Dalam falsafah
[sunting | sunting sumber]Disiplin falsafah yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji Agensi ialah teori tindakan . Dalam tradisi falsafah tertentu (terutamanya yang falsafah yang telah sedia ada seperti Hegel dan Marx), Agensi seseorang manusia adalah bersifat kolektif, dinamik sejarah, dan bukannya sebuah fungsi yang timbul daripada tingkah laku individu. Geist Hegel dan kelas universal Marx adalah ungkapan idealis dan materialis tentang sebuah idea manusia yang dianggap sebagai makhluk sosial, yang telah diatur untuk bertindak secara bersama-sama (kolektif). Perdebatan mengenai isu ini masih berterusan, sebahagiannya secara falsafah diperoleh daripada karya Hume, antara determinisme dan ketidakpastian .
Struktur dan Agensi membentuk sebuah debat yang penting dalam bidang sosiologi. Pada asasnya, Agensi adalah sama seperti dalam konsep Marxis, di mana "agensi" merujuk kepada keupayaan individu untuk bertindak secara bebas dan membuat pilihan bebas mereka sendiri, berdasarkan kehendak mereka, manakala "struktur" merujuk kepada faktor-faktor tersebut (seperti kelas sosial, tetapi juga agama, jantina, etnik, subbudaya, dsb.) yang seolah-olah mengehadkan atau mempengaruhi peluang yang dimiliki individu.
Dalam ilmu lain
[sunting | sunting sumber]Pengertian lain mengenai Agensi telah timbul dalam beberapa bidang yang lain seperti bidang ekonomi/pengurusan, psikologi dan sibernetik sosial:
Dalam ekonomi ( teori kontrak )
[sunting | sunting sumber]Agensi ekonomi ialah sebuah instrumen dalaman yang membolehkan pengaruh luaran beroperasi secara mekanis pada suatu tindakan. Peristiwa agensi dalaman adalah sebuah refleksi daripada kesan persekitaran luaran yang daripadanya atribut penyebab diabaikan, dan sistem kendiri hanyalah repositori dan saluran untuk kuasa yang datang secara semulajadi. [2]
Dalam psikologi
[sunting | sunting sumber]Istilah agensi telah digunakan dalam pelbagai bidang psikologi dengan makna yang berbeza-beza. Ia boleh merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengenali atau mengaitkan sesuatu objek berdasarkan petunjuk atau prinsip persepsi yang mudah, contohnya prinsip rasional [3] [4]. Topik ini telah disiasat dengan teliti oleh ahli psikologi dalam bidang perkembangan dan perbandingan untuk memahami cara pemerhati mempunyai keupayaan untuk membezakan entiti agen daripada objek tidak bernyawa, tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan istilah agensi pintar yang digunakan dalam bidang sibernetik. Agensi juga boleh memberi maksud kepada agensi rasa, iaitu sebuah perasaan apabila seseorang berada dalam kawalan.
Agensi interaktif berkembang adalah sebuah terma yang mentakrifkan pandangan Bandura tentang agensi, di mana agensi manusia boleh dilaksanakan melalui agensi peribadi langsung. [5] Bandura merumuskan pandangannya tentang agensi sebagai satu sosio-kognitif, di mana orang ramai boleh mengatur diri, menjadi proaktif, mengawal kendiri, dan melibatkan diri dalam aktiviti refleksi diri, dan bukan hanya organisma reaktif yang dibentuk dan dikawal oleh peristiwa luaran. Orang ramai mempunyai kuasa untuk mempengaruhi tindakan mereka sendiri untuk mencapai objektif tertentu. Keupayaan untuk menjalankan kawalan ke atas proses pemikiran, motivasi, kesan dan tindakan seseorang untuk beroperasi ialah melalui mekanisme agensi peribadi. Agensi sedemikian muncul dan bersifat interaktif, mengaplikasikan perspektif kognisi sosial, dan membuat sumbangan kausal kepada motivasi dan tindakannya sendiri menggunakan ' sebab timbal balik '. [6]
Dalam sibernetik sosial
[sunting | sunting sumber]Agensi autonomi dapat menerima konsep kedua-dua agensi ekonomi dan agensi interaktif berkembang. Sistem autonomi merupakan sebuah sistem yang boleh bergerak sendiri, beroperasi dalam, dan dipengaruhi oleh, persekitaran interaktif. Ia biasanya mempunyai dinamik tersendiri yang memberi kesan kepada cara ia berinteraksi. Ia juga boleh disesuaikan dan (oleh itu berdaya maju dengan itu mempunyai kewujudan yang tahan lama), proaktif, mengatur diri, mengawal kendiri dan sebagainya, mengambil bahagian dalam mencipta tingkah lakunya sendiri, dan menyumbang kepada keadaan hidupnya melalui fungsi kognitif dan budaya. Agensi autonomi juga mungkin mengambil berat tentang hubungan antara dua atau lebih agensi dalam hubungan bersama antara satu sama lain dan persekitaran mereka, dengan mengorak tingkah laku agensi. [7]
Dalam ekonomi politik
[sunting | sunting sumber]Agensi manusia merujuk kepada keupayaan untuk membentuk kehidupan seseorang dan beberapa dimensi yang boleh dibezakan. Agensi individu dicerminkan melalui pilihan individu dan keupayaan untuk mempengaruhi keadaan dan peluang kehidupan seseorang. Agensi individu sangat berbeza dalam masyarakat merentas umur, jantina, pendapatan, pendidikan, status kesihatan, kedudukan dalam rangkaian sosial dan beberapa dimensi lain. Agensi kolektif merujuk kepada situasi di mana individu menggabungkan pengetahuan, kemahiran dan sumber mereka, dan bertindak secara bersama untuk membentuk masa depan mereka. Agensi harian merujuk kepada pilihan pengguna dan harian, dan akhirnya agensi strategik merujuk kepada kapasiti untuk mempengaruhi perubahan sistem yang lebih luas. Pendekatan ekonomi politik boleh digunakan untuk mengkonseptualisasikan sistem peraturan yang membolehkan atau mengehadkan agensi, yang membentuk "tatabahasa" untuk tindakan sosial dan yang digunakan oleh aktor untuk menstruktur dan mengawal urus niaga mereka antara satu sama lain dalam situasi atau sfera aktiviti yang ditentukan. [8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Teori tindakan (falsafah)
- Teori pelakon-rangkaian
- Agensi (sosiologi)
- Agensi (psikologi)
- Rasa agensi
- Niat kolektif
- Keperibadian korporat
- Kesengajaan
- Alam dan asuhan
- Tindakan sosial
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wilson, George; Shpall, Samuel (4 April 2012). "Action". Stanford Encyclopedia of Philosophy.
- ^ Ross, S. A. (1973). "The Economic Theory of Agency: The Principal's Problem". The American Economic Review. 63 (2): 134–139. JSTOR 1817064.
- ^ Gergely, György; Nádasdy, Zoltán; Csibra, Gergely; Bíró, Szilvia (1995). "Taking the intentional stance at 12 months of age". Cognition. 56 (2): 165–193. doi:10.1016/0010-0277(95)00661-h. ISSN 0010-0277. PMID 7554793.
- ^ Gergely, György; Csibra, Gergely (2003). "Teleological reasoning in infancy: the naı̈ve theory of rational action". Trends in Cognitive Sciences. 7 (7): 287–292. doi:10.1016/s1364-6613(03)00128-1. ISSN 1364-6613. PMID 12860186.
- ^ Bandura, A. (1999). "Social cognitive theory: An agentic perspective" (PDF). Asian Journal of Social Psychology. 2: 21–41. doi:10.1111/1467-839X.00024. PMID 11148297. Dicapai pada 27 September 2016.
- ^ Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory, Prentice-Hall, Englewood Cliffs, NJ Bormann, 1996
- ^ Guo, K.J., Yolles, M., Fink, G., Iles, P., 2016, The Changing Organisation: Agency Theory in a Cross-cultural Context, Cambridge: Cambridge University Press
- ^ Otto, Ilona M. (January 2020). "Human Agency in the Anthropocene". Ecological Economics. 167: 106463. doi:10.1016/j.ecolecon.2019.106463.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bandura, A. (2001). "Social Cognitive Theory: An Agentic Perspective". Annual Review of Psychology. 52 (1): 1–26. doi:10.1146/annurev.psych.52.1.1. PMID 11148297. – Describes the form of agency.
- Juarrero, Alicia (1999). Dynamics in Action: Intentional Behavior as a Complex System (MIT Press). Examines agency from the perspective of complexity theory. Reconceptualizes intentional causality in terms of whole-part context-sensitive constraints.