Pergi ke kandungan

Abdullah II ibn Al-Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Abdullah II Al-Hashimi
Raja Abdullah pada 2020
Raja Jordan
Pemerintahan7 Februari 1999 – kini
Kemahkotaan9 Jun 1999
Didahului olehHussein
Pewaris dahPutera Mahkota Hussein
Perdana Menteri
Keputeraan (1962-01-30) 30 Januari 1962 (umur 62)
Amman, Jordan
PasanganRania Al-Abdullah (née Rania Al-Yassin) (k. 1993)
Anakanda
Butiran
Putera Mahkota Hussein
Puteri Iman
Puteri Salma
Putera Hashem
Nama penuh
Raja Abdullah II ibn Raja Hussein I ibn
Raja Talal I ibn Raja Abdullah I ibn
Syarif Hussein Al-Hashimi
KerabatBani Hashim
AyahandaHussein dari Jordan
BondaMuna Al-Hussein
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Raja Abdullah II Al-Hashimi

Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II bin Al-Hussein I Al-Hashimi (Arab: عبدالله الثاني بن الحسين, ʿAbdullah al-thani bin Al-Husayn, diputerakan 30 Januari 1962) telah diangkat sebagai Raja Jordan sejak tahun 1999. Baginda tergolong dalam kerabat bani Hashim, yang telah memerintah Jordan sejak tahun 1921 dan mendakwa keturunan agnatik dari puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.

Raja Abdullah diputerakan di Amman sebagai paduka anakanda sulung Raja Hussein dengan suri kedua baginda, Puteri Muna yang kelahiran British. Sebagai paduka putera sulung Raja, Abdullah merupakan pewaris dah sehingga Raja Hussein memindah gelaran tersebut kepada paduka ayahanda saudara Abdullah, Putera Hassan, pada tahun 1965. Abdullah memulakan persekolahannya di Amman, melanjutkan pendidikan di luar negara. Baginda memulakan kerjaya tenteranya pada tahun 1980 sebagai seorang pegawai latihan di Angkatan Tentera Jordana, kemudian memegang arahan Pasukan Khas negara pada tahun 1994, dan baginda menjadi mejar jeneral pada tahun 1998. Pada tahun 1993 Abdullah mengahwini Rania Al-Yassin (keturunan Palestin), dan baginda berdua dikurniakan empat orang anakanda: Putera Mahkota Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem. Beberapa minggu sebelum kemangkatan paduka ayahandanya pada tahun 1999, Raja Hussein menamakan Abdullah sebagai pewaris, dan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya. Abdullah mempunyai empat saudara lelaki dan enam saudara perempuan: Puteri Alia, Putera Faisal, Puteri Aisha, Puteri Zein, Puteri Haya, Putera Ali, Putera Hamzah, Putera Hashem, Puteri Iman dan Puteri Raiyah; tujuh daripadanya adalah adik beradik satu bapa. [1]

Raja Abdullah, seorang raja berperlembagaan, melonggarkan ekonomi apabila baginda naik takhta, dan pembaharuan baginda membawa kepada kepesatan ekonomi yang bersambung sehingga tahun 2008. Semasa tahun-tahun berikutnya ekonomi Jordan mengalami kesukaran kerana menghadapi kesan krisis ekonomi 2008 dan limpahan daripada kebangkitan dunia Arab, termasuk potongan bekalan petroleum dan kejatuhan perdagangan dengan negara jiran. Pada tahun 2011, bantahan berskala besar menuntut pembaharuan terletus di dunia Arab. Banyak bantahan yang membawa kepada perang saudara di negara lain, namun Raja Abdullah bertindak dengan cepat terhadap pergolakan tempatan dengan menggantikan kerajaan dan memperkenalkan pembaharuan kepada perlembagaan dan undang-undang mengawal kebebasan awam dan pilihan raya. Perwakilan berkadar diperkenalkan ke parlimen Jordan dalam pilihan raya umum 2016, suatu langkah yang baginda titah akan akhirnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan berparlimen. Pembaharuan ini berlaku di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku dahulu berpunca daripada ketidakstabilan rantau, termasuk kemasukan including 1.4 juta pelarian Syria dengan banyaknya ke negara yang kekurangan sumber semula jadi dan kemunculan Negara Islam Iraq dan Syam (DAESH).

Raja Abdullah terkenal dalam negara dan luar negara kerana mengekalkan kestabilan Jordan, dan dikenali kerana menggalakkan dialog antara agama dan pemahaman sederhana agama Islam. Pemimpin Arab ketiga yang paling lama memerintah, baginda dianggap oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja sebagai orang Islam yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016. Raja Abdullah ialah penjaga tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis, satu jawatan yang dipegang oleh dinasti baginda sejak tahun 1924.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Raja Hussein dan Puteri Muna yang masih muda, mendukung dua anak lelaki mereka yang masih kecil

Putera Abdullah (2 tahun) dan Putera Faisal bersama ibu bapa mereka, Raja Hussein dan Puteri Muna pada tahun 1964

Abdullah dilahirkan pada 30 Januari 1962 di Amman, anak kepada Raja Hussein dan isteri kedua Hussein yang berketurunan British, Puteri Muna Al-Hussein (daripada Antoinette Avril Gardiner).[2] Beliau senama kepada datuk sebelah bapanya, Abdullah I, yang mengasaskan Jordan zaman moden.[3][4] Dinasti Abdullah, daripada keturunan Hasyim, memerintah Mekah selama lebih daripada 700 tahun—dari abad ke-10, hingga Bani Saud menakluki Mekah pada tahun 1925—dan telah memerintah Jordan sejak tahun 1921.[5] [6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Robins, Philip (9 February 2004). A History of Jordan. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-59895-8.
  • George, Alan (2 December 2005). Jordan: Living in the Crossfire. Zed Books. ISBN 978-1-84277-471-7.
  • Shlaim, Avi (2009). Lion of Jordan: The Life of King Hussein in War and Peace. Vintage Books. ISBN 9781400078288.CS1 maint: ref=harv (link)

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource

Rasmi

Liputan media

Temu bual

Abdullah II ibn Al-Hussein
Tarikh keputeraan: 30 Januari 1962
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Hussein
Raja Jordan
1999–kini
Pemegang jawatan kini
Pewaris jelas:
Hussein bin Abdullah