Pergi ke kandungan

Angkatan Wanita Sedar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada AWAS)
Angkatan Wanita Sedar
Cohort of Awakened Women
اڠكتن وانيتا سدر
AWAS
KetuaShamsiah Fakeh
DitubuhkanAwal 1946
IdeologiNasionalisme, Haluan Kiri


Angkatan Wanita Sedar (singkatan: AWAS) ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.

Di antara tokoh yang mengasaskan AWAS ialah: Aishah Ghani, Sakinah Junid, and Samsiah Fakeh.[1]

Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wazir Jahan Karim. "Malay Women's Movements, Leadership and Processes of Change". Int. Soc. Science Journal. 35 (4): 719–731.