7 Bandar Ajaib Baharu
Penampilan
7 bandar keajaipan baharu merupakan siri ketiga dalam pemilihan berasaskan sumber Internet yang dikendalikan oleh New7Wonders Foundation berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat[1]. Pemilihan antarabangsa bermula dengan 1200 bandar terpilih dari 220 buah negara serata dunia. Kemudian ia dikurangkan dengan mengehadkan untuk satu negara diwakili satu bandar sahaja kepada 77 buah bandar terpilih. Seterusnya, 28 finalis telah dipilih. 7 pemenang teratas telah diundi daripada pengundi-pengundi dari seantero dunia. Pemenang-pemenangnya telah diumumkan pada hujung 2014.
Pemenang-pemenang
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah bandar-bandar yang telah dinobatkan sebagai 7 Kejaiban Bandar Dunia yang baharu[2]:-
Bandar | Negara | Gambar | Luas | Populasi | Dibina |
---|---|---|---|---|---|
Beirut | Lubnan | 85km2 | 361,366[3] | 3000 s.m [4] | |
Doha | Qatar | 132km2 | 1,351,000 | 1825 | |
Durban | Afrika Selatan | 225.91km2 | 595,061 | 1880[5] | |
Havana | Cuba | 728.26km2 | 2,106,146 | 1515 | |
Kuala Lumpur | Malaysia | 243km2 | 1,768,000 | 1859[6] | |
La Paz | Bolivia | 472 km2 | 877,363 | 1548 | |
Vigan | Filipina | 25.12 km2 | 53,879 | 1572 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "These 7 Cities Are The New 'Urban Wonders' Of The World". Business Insider. Dicapai pada 10 August 2016.
- ^ "New7Wonders Cities". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-09. Dicapai pada 27 April 2017.
- ^ UNdata | record view | City population by sex, city and city type. Data.un.org (23 July 2012). Retrieved on 18 December 2012.
- ^ "Under Beirut's Rubble, Remnants of 5,000 Years of Civilization". 23 February 1997. Dicapai pada 10 April 2016.
- ^ "Chronological order of town establishment in South Africa based on Floyd (1960:20–26)" (PDF). m/s. xlv–lii.
- ^ "Malaya Celebrates, 1959". British Pathé. Dicapai pada 2 August 2013.