450-an SM
Penampilan
Milenium: | Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 |
Abad: | Abad ke-5 SM • Abad ke-4 SM • Abad ke-4 SM |
Dekad | 480-an SM • 470-an SM • 460-an SM • 450-an SM 440-an SM • 430-an SM • 420-an SM |
Tahun: | 459 SM • 458 SM • 457 SM • 456 SM • 455 SM 454 SM • 453 SM • 452 SM • 451 SM • 450 SM |
Dekad 450-an SM merupakan tahun-tahun dari 459 SM hingga 450 SM.
Peristiwa dan arah aliran
[sunting | sunting sumber]- 459 SM - Pleistoanax mewarisi bapanya, Pleistarchus, sebagai raja Sparta.
- 459 SM - Pemusnahan kota Morgantina di Sicily oleh Douketios, ketua puak Sikel, menurut Diodoros Siculus.
- 459 SM - Ezra mengetuai kumpulan kedua orang Yahudi dari Babylon ke Jerusalem.
- 458 SM - Aeschylus, penulis drama Yunani, menyiapkan Oresteia, trilogi yang menceritakan kesumat darah keluarga. Drama ini mempunyai pengaruh yang kuat kepada penulis-penulis masa hadapan.
- 458 SM - Cincinnatus dinamakan sebagai diktator Republik Rom supaya dapat mempertahankan Rom daripada Aequi. Enam belas hari kemudian, selepas menewaskan penyerang-penyerang dalam Perang Mons Algidus, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke ladangnya.
- 457 SM - Reformasi teragung Pericles, negarawan Athens, membenarkan orang biasa untuk berkhidmat dalam sebarang jawatan awam, dan memulakan Zaman Keemasan Athens Kuno.
- 457 SM - Perang Tanagra: Tentera Sparta menewaskan tentera Athens, dekat Thebes.
- 457 SM - Perang Oenophyta: Tentera Athens menewaskan tentera Thebes dan menguasai Boeotia.
- 457 SM - Dekri Artaxerxes I untuk menubuhkan semula kerajaan kota Jerusalem. Sila lihat Ezra 7, Daniel 9 dan Nehemiah 1 dalam Wasiat Lama.
- 455 SM - Kedamaian sementara selama tiga puluh tahun diikat antara Athens dan Lacedaemon.
- 455 SM - Euripides menyampaikan Peliades, drama tragedi pertamanya yang diketahui, dalam perayaan Athens di Dionysia.
- 454 SM - Athens hilang armadanya dan mungkin sebanyak 50,000 orang dalam percubaan yang gagal untuk membantu pemberontakan Mesir terhadap Parsi.
- 454 SM - Perbendaharaan Liga Delos dipindahkan dari Delos ke Athens.
- 454 SM - Permusuhan antara Segesta dan Selinunte, dua buah kota Yunani di Sicily.
- 453 SM - Taiyuan, sebuah kota di China, dibanjiri.
- 451 SM - Athens berdamai dengan Sparta dan berperang dengan Parsi.
- 451 SM - Perintahan bersepuluh bangkit untuk berkuasa di Republik Rom, dan menggubal dua belas jadual yang menjadi asas undang-undang Rom.
- 450 SM - Perang Salamis: Tentera Athens di bawah Cimon menewaskan armada Parsi.
- 450 SM - Perdiccas II mewarisi Alexander I sebagai raja Macedon (tarikh anggaran).
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 450 SM - Alcibiades, jeneral dan ahli politik Athens (tarikh anggaran).
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 459 SM - Pleistarchus, raja Sparta.
- 456 SM - Aeschylus, penulis drama Yunani (lahir 525 SM).
- 451 SM - Verginia, mangsa legenda perintahan bersepuluh.
- 450 SM - Cimon, tokoh politik utama di Athens, dan anak lelaki Miltiades (tarikh anggaran).
- 450 SM - Alexander I, raja Macedon (tarikh anggaran).