1984 (iklan)
'"1984"' | |
---|---|
Pengarah | Ridley Scott |
Penulis | Steve Hayden (penulis iklan) Lee Clow (pengarah kreatif) Brent Thomas (pengarah seni) |
Dihasilkan oleh | Fairbanks Films, New York |
Dibintangi | Anya Major David Graham |
Sinematografi | Adrian Biddle |
Disunting oleh | Pamela Power |
Diedarkan oleh | Apple Computer |
Tarikh tayangan | 31 Disember 1983 dan 22 Januari 1984 (hanya penyiaran televisyen siang) |
Masa tayangan | 60 saat |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | USD$900,000 |
1984 ialah iklan televisyen Amerika yang memperkenalkan komputer peribadi Macintosh. Diterbitkan oleh Chiat/Day, ditulis bersama-sama oleh Steve Hayden dan Lee Clow, dan diarahkan oleh Ridley Scott, iklan itu yang tidak pernah disiarkan lagi,[1] kini dianggap sebagai "peristiwa titik perubahan" [2] serta juga "mahakarya".[3] 1984 telah ditempatkan tinggi secara berterusan dalam senarai iklan paling terpengaruh dalam sejarah, dengan Advertising Age menamakannya sebagai Iklan Dekad 1980-an.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]1984 menggunakan wirawati tanpa nama (dilakonkan oleh Anya Major) untuk melambangkan kedatangan Macintosh sebagai cara untuk menyelamatkan umat manusia daripada "keakuran".[4] Macintosh dilambangkan oleh baju jiperak putih wirawati yang menonjolkan gambar komputer bergaya Picasso. Ketika wirawati itu dikejar oleh empat pengawal keselamatan (mungkinnya ejen daripada Polis Fikiran), dia meluru ke layar besar yang menampilkan seorang tokoh yang rupa dan perawakannya seolah-olah "Abang Besar" (David Graham). Tokoh itu yang sedang merayakan hari ulang tahun "Arahan Penyucian Maklumat" (diringkaskannya sebagai penamatan "fikiran bertentangan") memberitahu penonton bahawa "Penyatuan Fikiran merupakan senjata yang lebih berkuasa" daripada apa jua yang dapat ditawarkannya. Wirawati yang kini semakin rapat dengan layar, melemparkan penukulnya ke arah layar itu, tepat pada saat apabila Abang Besar mengumumkan, "Kita akan menang!" Di tengah-tengah huru-hara cahaya dan asap, layar itu hancur. Iklan itu mengakhiri dengan teks yang berbunyi: "Pada 24 Januari, Apple Computer akan memperkenalkan Macintosh. Dan anda akan mengetahui bahawa 1984 tidak akan menyerupai Nineteen Eighty-Four." Imej dalam iklan itu ialah kilasan kepada novel George Orwell, Nineteen Eighty-Four, yang memerikan masa depan distopia yang diperintah oleh seorang "Abang Besar" siaran.
Pertikaian dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Steve Jobs dan John Sculley dari Apple Inc. sangat ghairah terhadap hasil akhir iklan 1984 sehingga membeli satu minit setengah masa pengiklanan dalam tayangan Super Bowl, rancangan televisyen yang paling banyak ditonton setiap tahun di Amerika. Namun, terkejut mereka apabila seluruh anggota Lembaga Pengarah tidak suka akan iklan itu.[1] Sungguhpun demikian, Steve Jobs masih menyokongnya. Steve Wozniak menontonnya dan menawarkan wang sendiri untuk menyiarkan iklan itu sekiranya lembaga enggan menyiarkannya.[5] Akhirnya, Chiat/Day berjaya menjual 30 daripada 60 saat iklan itu. Antara 90 saat yang telah ditempah, Chiat/Day berjaya menjual semula 30 saat kepada pengiklan yang lain.[1]
Dalam ucapan dasar Apple pada 1983, Jobs membuat komen yang berikut kepada penonton pilihan sebelum menayangkan pratonton iklan tersebut, "Sekarang 1984. IBM kelihatan mahu semua. Apple dianggap sebagai satu-satunya harapan untuk mencabar IBM... Akankah Big Blue menguasai seluruh industri komputer? Adakah George Orwell betul?" [6]
Apabila ditayangkan, penonton Super Bowl begitu terharu, dengan iklan itu mengumpulkan berjuta-juta dolar pengiklanan percuma sewaktu program berita menyiarkan semula iklan itu pada malam itu juga. Dengan pantasnya, iklan itu disanjungi sebagai suatu mahakarya oleh banyak orang dalam industri pengiklanan. 1984 kemudian menjadi lambang pengenalan Apple Computers dan ditonjolkan dalam perayaan hari ulang tahun ke-20 Macintosh pada 2004, dengan Apple mengeposkan semula versi baharu iklan itu dalam laman sesewangnya. Dalam versi kemas kini itu, sebuah iPod yang dilengkapkan dengan fon kepala pengenalan, ditambah pada wirawati secara digital.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Friedman, Ted (2005). "Electric Dreams: Computers in American Culture, Chapter 5:1984". New York University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 2008-05-10. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Apple's '1984' Super Bowl commercial still stands as watershed event
- ^ Leopold, Todd (February 3, 2006). "Why 2006 isn't like '1984'". CNN. Dicapai pada 2008-05-10.
- ^ Cellini, Adelia (January, 2004). "The Story Behind Apple's '1984' TV commercial: Big Brother at 20". MacWorld 21.1, page 18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada 2008-05-09. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Hansen, Liane (01 February 2004). "A Look Back at Apple's Super Ad". NPR. Dicapai pada 2008-05-10. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ 1983 Apple Keynote-The "1984" Ad Introduction
- ^ The Apple Mac is 20
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- 1984 Apple's Macintosh Commercial (video clip) Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine — indexed by the University of Michigan Library
- 1984 Apple's Macintosh Commercial (video clip) — subtitled
- 1984 Apple's Macintosh Commercial and text of Big Brother's speech as performed in the commercial Diarkibkan 2009-07-21 di Wayback Machine