Ōyama Iwao
Pengiran Ōyama Iwao | |
---|---|
大山 巌 | |
Penjaga Mohor Diraja Jepun | |
Dalam jawatan 23 April 1915 – 10 Disember 1916 | |
Raja | Taishō |
Didahului oleh | Pengiran Fushimi Sadanaru |
Digantikan oleh | Matsukata Masayoshi |
Kementerian Peperangan Jepun jawatan yang Pertama dan Ketiga | |
Dalam jawatan 22 Disember 1885 – 17 Mei 1891 | |
Raja | Meiji |
Didahului oleh | Diasaskan |
Digantikan oleh | Takashima Tomonosuke |
Dalam jawatan 8 Ogos 1892 – 20 September 1896 | |
Didahului oleh | Takashima Tomonosuke |
Digantikan oleh | Takashima Tomonosuke |
Staf Pejabat Tentera Darat Empayar Jepun | |
Dalam jawatan 4 September 1882 – 13 Februari 1884 | |
Raja | Meiji |
Didahului oleh | Yamagata Aritomo |
Digantikan oleh | Yamagata Aritomo |
Dalam jawatan 16 Mei 1889 – 20 Jun 1904 | |
Didahului oleh | Kawakami Soroku |
Digantikan oleh | Yamagata Aritomo |
Dalam jawatan 20 Disember 1905 – 11 April 1906 | |
Didahului oleh | Yamagata Aritomo |
Digantikan oleh | Kodama Gentarō |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kagoshima, Daerah Satsuma (kini Kagoshima, Jepun) | 12 November 1842
Mati | 10 Disember 1916 Tokyo, Empayar Jepun | (umur 74)
Anugerah awam |
|
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Jepun |
Cabang/khidmat | Tentera Imperial Jepun |
Tahun khidmat | 1868–1914 |
Pangkat | Panglima Tertinggi |
Perang/Pertempuran | |
Pengiran Ōyama Iwao (大山 巌 , 12 November 1842 – 10 Disember 1916) ialah seorang Panglima Tertinggi Jepun dan salah satu pengasas Tentera Jepun yang moden. Iwao dikeruniakan gelar pengiran (公爵, kōshaku) oleh Maharaja Meiji sebab berjaya memenangi perang Jepun-Rusia pada September 1907.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Iwao lahir di Kagoshima dari keluarga samurai yang mentadbir Daerah Satsuma. Dia ialah sepupu satu buyut Saigo Takamori.[1] Iwao kecil belajar di bawah asuhan Ōkubo Toshimichi dan ikut bahagian menghancurkan Shogun Tokugawa dan Restorasi Meiji. Dia berkhidmat sebagai kapten Brigad Pertama dalam Perang Boshin. Semasa Pertempuran Aizu, Iwao memimpin barisan meriam Satchōdo di Gunung Oda. Pada satu pertarungan, Iwao terluka parah selepas mendapat serangan daripada tentera gurila Aizu pimpinan Sagawa Kanbei.
Kerjaya ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1870, Iwao mendapat khidmat untuk belajar ke luar negeri di École spéciale militaire de Saint-Cyr, Perancis (Ogos 1870 – Mac 1871)[1] untuk mempelajari ketenteraan dan memperhatikan jalannya Perang Perancis-Prusia. Dia kemudiah berpindah ke Geneva selama tiga tahun lamanya (Julai 1871 – Oktober 1874)[1] dan menjadi fasih berbahasa Rusua. Iwao direkodkan sebagai pembeli pertama Louis Vuitton dari Jepun.
Selepas kenaikan pangkat sebagai Mejar Jeneral, Iwao kembali ke Perancis bersama rakan kerjanya Kawakami Sōroku.[2] Semasa kepulangannya ke Jepun, Iwao dan beberapa jeneral lain menubuhkan tentera moden Jepun pertama bernama Tentera Empayarlar Jepun. Khidmat pertama angkatan bersenjata itu ialah memadam Pemberontakan Satsuma,[1] Iwao harus berat hati melakukannya kerana ia bahagian dari bangsawan Saigo dan sepupu Saigō Takamori.
Pada Perang China-Jepun pertama dan Perang Jepun-Rusia, Iwao berkhidmat sebagai pemimpin Tentera Jepun Kedua.[1] Tenteranya mendarat di Semenanjung Liaodong, menghantam Port Arthur seperti angin ribut dan menawan Shandong selepas menaklukan Kubu Weihaiwei.[3] Selepas peperangan seorang wartawan Amerika Syarikat memberikannya beberapa pertanyaan. Iwao menyesal kerana telah gagal mendisiplinkan tenteranya sehingga berlaku beberapa pembunuhan beramai-ramai.[4]
Selepas kemenangan Jepun ke atas Rusia, Iwao memutuskan untuk menepi dari ketenteraan dan berkhidmat sebagai ahli politik. Maharaja Meiji mengkeruniakannya pada bulan September 1907[1] gelaran pengiran (公爵 , kōshaku),[5] ia diakui sebagai pengiran diraja Jepun.
Kerjaya politik dan kematian
[sunting | sunting sumber]Iwao dikenali sebagai ahli politik yang pendiam dan lebih senang mendapat perkhidmatan langsung. Dari 1914 sampai hari mautnya, dia berkhidmat sebagai Penjaga Mohor Diraja Jepun (内大臣 , naidaijin),[1] dan mengawasi penabalan Maharaja Taishō yang naik takhta di Kyoto pada bulan November 1915.[6]
Raja Edward VII mengakui kemampuan Iwao yanh telah berjaya memadam sebahagian pengaruh Rusia di Asia Timur. Pada tahun 1906, Iwao dikeruniakan Order of Merit. Dia juga mendapat Order of the Golden Kite (kelas utama) dan Order of the Chrysanthemum beberapa tahun selepasnya.
Iwao maut di umur tujuh puluh lima tahun pada 1916.[6] Semasa hidup, Iwao tidak terlalu tinggi tetapi badannya gemuk. Dia senang makan makanan barar dan beratnya melebihi 210 paun (95 kg).
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Keluarga
[sunting | sunting sumber]Isteri pertama Iwao yang bernama Sawa maut kerana sebuah keadaan bernama puerperal disorder. Isteri kedua bernama Sutematsu (semasa itu ia selamat dari Pertempuran Aizu, dan saudara perempuan bawahan Aizu Yamakawa Hiroshi dan Yamakawa Kenjirō) ialah pelajar perempuan pertama yang dikirim belajar ke Amerika Syarikat sebagai bahagian daripada Misi Iwakura pada awal 1870an. Dia bermukim selama sebelas tahun di sana sampai menamatkan pendidikannya di Kolej Vassar pada 1882.[7] Tidak lama selepas itu, Sutematsu menerima wang hantaran daripada Iwao yang pernah menyerang wilayah istananya. Pasangan itu berkahwin pada 1883.
Iwao sempat dibujuk oleh Maharaja Meiji untuk mengasuh Hirohito sebagai seorang ayah untuk mengajari penerus diraja Jepun. Meski hal itu berlaku sebagai adat diraja kerajaan, Iwao tetap menolak permintaan rajanya itu dan Pesirah Kawamura Sumiyoshi yang mengasuh Hirohito.[8]
Putera pertama Iwao, Takashi ialah seorang Prebet Laut, ia maut selepas kapal perang Matsushima tiba-tiba karam pada 1908. Putera kedua, Kashiwa (ja) bekerja sebagai arkeolog selepas bersara daripada ketenteraan.
Rumah
[sunting | sunting sumber]Iwao boleh menulis dengan sangat baik dalam banyak bahasa Eropah. Ia juga fasih dalam berbahasa Perancis, Jerman dan Rusia. Dia sangat menyukai gaya bangunan Eropah dan bahkan membuat rumah besar di Tokyo seperti Istana Bangsawan Jerman selepas bersara sebagai panglima.
Sutematsu pada satu masa, pernah merajuk hebat kepada Iwao. Isterinya itu merasa kalau Iwao terlalu meniru cara Eropah dalam kehidupannya. Baik ketika bekerja maupun sedang berehat. Iwao merayu Isterinya yang sedang merajuk itu untuk menenangkannya dan bersetuju kalau bilik rumah mereka nanti akan dibuat dengan gaya Jepun.[9] Rumah itu hancur pada Gempa bumi besar Kantō 1923 dan putera keduanya kemudian berpindah dari Tokyo untuk fokus pada pekerjaan sebagai arkeolog.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g "大山巌関係文書(寄託) | 憲政資料室の所蔵資料 | 国立国会図書館" [Documents related to Iwao Oyama (Deposited)]. The National Archives of Japan, National Diet Library. Dicapai pada 25 March 2020.
- ^ Dupuy, Encyclopedia of Military Biography
- ^ domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Oyama, Iwao, Prince". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 20 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 424. Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
- ^ Trumbull White (1895). The War in the East. J. H. Moore and Company. m/s. 597–606. Dicapai pada 9 August 2011.
- ^ National Diet Library, Portraits of Modern Historical Figures
- ^ a b Templat:EB1922
- ^ "Prince Iwao Oyama Is Dead in Japan", The New York Times, 11 December 1916.
- ^ Bix, Herbert P. (2001). Hirohito and the making of modern Japan (ed. 1st Perennial). New York: Perennial. m/s. 522. ISBN 978-0060931308.
- ^ Adachi, The Wife of Japan's great General Oyama
Rujukan lebih lanjut
[sunting | sunting sumber]- Gensui koshaku Oyama Iwao ("元帥公爵大山巌〔本編〕) ", with separate volume of Appendix. Oyama gensuiden kankokai (ed), 1935. Digital. Available only at the NDL and partner libraries.
- Biography Editors of Field Marshal Oyama (大山元帥伝刊行会) (November 2012). 元帥公爵大山巌 [Biography of Field Marshal Prince Iwao Oyama]. ndlonline.ndl.go.jp (dalam bahasa Jepun) (ed. reprint). Matsuno Bookseller (マツノ書店). Templat:JPNO. Dicapai pada 25 March 2020. Based on 1940 edition.
- Gensui koshaku Oyama Iwao Nempu ("元帥公爵大山巌 年譜"), by another group Oyama gensuiden kankojo (ed), 1940. Available only at the NDL and partner libraries. **Biography Editors of Field Marshal Oyama (大山元帥伝刊行会) (November 2012). 元帥公爵大山巌年譜 [Timeline, Biography of Field Marshal Prince Iwao Oyama]. ndlonline.ndl.go.jp (dalam bahasa Jepun) (ed. reprint). Matsuno Bookseller (マツノ書店). Templat:JPNO. Dicapai pada 25 March 2020.
- Chounan, Masayoshi; 長南政義 (December 2007). "Oyama Iwao". Dalam 伊藤隆; 季武嘉也 (penyunting). 近現代日本人物史料情報辞典 [Modern Japanese Historical Information Dictionary]. ndlonline.ndl.go.jp (dalam bahasa Jepun). Yoshikawa Kobunkan. Templat:JPNO. Dicapai pada 25 March 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ōyama Iwao |
- Perpustakaan National Diet
- "Documents related to Iwao Oyama (entrusted)". Constitutional Archives, National Diet Library (dalam bahasa Jepun). 19 January 2023. 1,564 Original/microfisch items for Iwao Oyama (1842 – 1916), list of items Diarkibkan 2 Oktober 2020 di Wayback Machine available as pdf format (dalam bahasa Jepun). Some are published on Digital Collection, NDL.
- "Oyama, Iwao (1842 - 1916)". Portraits of Modern Japanese Historical Figures, National Diet Library.
- Adachi, Kinnosuke (23 July 1905). "The Wife of Japan's Great General Oyama". New York Times. Dicapai pada 20 May 2010.
- VancouverIsland.com. "Oyama, Lake Country, Okanagan Valley, BC". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2011. Dicapai pada 3 September 2010.