Darjah Bunga Kekwa
Darjah Bunga Kekwa | |
---|---|
菊花章 | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Dizahirkan | 27 Disember 1876 |
Negara | Jepun |
Susunan keutamaan | |
Lebih rendah | Darjah Bunga Paulownia |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Yang Maha Utama Chrysanthemum (大勲位菊花章 , Dai-kun'i kikka-shō, secara harfiahnya Darjah Tertinggi Lencana Bunga Kekwa) merupakan darjah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Jepun. Grand Cordon of the Order (Selempang Utama Darjah) telah dizahirkan pada tahun 1876 oleh Maharaja Meiji; kalung Darjah telah ditambah pada 4 Januari 1888. Walaupun secara teknikalnya darjah tersebut hanya mempunyai satu kelas, ia boleh dianugerahkan "bersama kalung," yang bermaksud rantai, atau "bersama selempang utama," disertai oleh selepang. Tidak seperti negara Eropah, darjah ini boleh dikurniakan selepas mati.
Selain daripada Kerabat Imperial, hanya enam warga Jepun yang pernah dikurniakan bersama kalung disepanjang hayat mereka; penerima anugerah terakhir ini ialah mantan Perdana Menteri Saionji Kinmochi pada tahun 1928. Tujuh orang lagi telah dikurniakan secara anumerta bersama kalung itu; penerima anugerah terakhir ini ialah mantan Perdana Menteri Sato Eisaku pada tahun 1975. Hari ini, hanya Maharaja yang memerintah memegang penghormatan ini sebagai darjah maharaja; walau bagaimanapun, pengecualian telah dibuat untuk ketua-ketua negara asing, yang boleh dikurniakan kalung itu sebagai tanda persahabatan.
Selempang Utama ialah darjah kebesaran tertinggi Jepun yang boleh dikurniakan kepada warga Jepun semasa hayat mereka. Selain daripada Kerabat Imperial, hanya 21 grand cordon telahpun dikurniakan kepada warga yang masih hidup dan 29 lagi kepada yang sudah mati.
Lambang
[sunting | sunting sumber]Kalung darjah telah diperbuat dari emas, dan bercirikan kanji untuk "Meiji," dalam bentuk klasik, menunjukkan era penubuhan darjah tersebut. Ia dihiasi dengan bunga kekwa emas dan dedaun enamel hijau.
Selepang grand cordon berwarna merah dengan jalur tepi berwarna biru gelap. Ia dipakai pada bahu kanan.
Bintang darjah serupa dengan Lencana, tetapi dari perak, tanpa pautan chrysanthemum, dan berbentuk bucu lapan yang bersadur emas (dengan pancaran-pancaran enamel putih dan disk matahari berenamel merah) yang terletak di tengah. Ia dipakai pada kiri dada.
Lencana darjah berbentuk empat bucu yang bersadur emas dengan pancaran-pancaran enamel putih; di tengah-tengah terdapat disk matahari berenamel merah. Disetiap penjuru terletak empat lencana kecil bunga kekwa enamel kuning berserta dedaun kekwa berenamel hijau. Lencana ini berpaut pada motif (sederhana besar) bunga kekwa enamel kuning, samada pada kalung atau pada grand cordon.
Bar reben | |
---|---|
Kalung |
Grand Cordon |
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Peterson, James W., Barry C. Weaver and Michael A. Quigley. (2001). Orders and Medals of Japan and Associated States. San Ramon, California: Orders and Medals Society of America. ISBN 978-1-890-97409-1; OCLC 45437720
- http://www.ndtv.com/article/india/congrats-to-him-pm-modi-s-message-for-dr-manmohan-singh-616672?utm_source=ndtv&utm_medium=top-stories-widget&utm_campaign=story-1-http%3a%2f%2fwww.ndtv.com%2farticle%2findia%2fcongrats-to-him-pm-modi-s-message-for-dr-manmohan-singh-616672
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Darjah Bunga Kekwa |
- Japan, Cabinet Office: Decorations and Medals
- Decoration Bureau: Supreme Order of the Chrysanthemum
- Japan Mint: Production Process
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Neck order
- Order of the Rajamitrabhorn (Thailand)
- Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
- Grand Order of Mugunghwa (ROK)
- Order of the Garter (UK)
- Order of Merit of the Federal Republic of Germany (Grand Cross special class and special issue equivalents)
- Decoration of Honour for Services to the Republic of Austria (Grand Star)
- Order of St. Andrew (Rusia)
- Order of the Golden Fleece (Sepanyol)
- Order of the Tower and Sword (Portugal; Grand Collar dan Grand Cross)