Zulhijah
Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah.
Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namu bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.[1]
Hari penting Islam pada bulan Zulhijah
[sunting | sunting sumber]- 09 Zulhijah, Hari Arafah
- 10-13 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha dirayakan oleh seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji mahupun yang tidak, perayaan ini sebagai satu simbolik dalam peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh ayahandanya Nabi Ibrahim a.s., namun Allah telah menukarkan penyembelihannya kepada seekor kambing biri-biri.
- 26 Zulhijah, kematian Khalifah Ar-Rasyidin Saidina Umar Al-Khattab
Fadhilat 10 hari pertama bulan Zulhijjah
[sunting | sunting sumber]Sepuluh hari pertama yakni (1-10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.
Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan [[Jami' at-Tirmizi]; no 757. Hadisnya berbunyi:
Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun."
Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad ﷺ , melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]
Adalah Rasulullah ﷺ melakukan puasa sembilan hari bulan Zulhijah.
Sheikh ul Islam Ibnu Taimiyyah r.a pernah ditanya tentang mana yang lebih utama antara sepuluh hari pertama bulan Zulhijah ataukah sepuluh hari terkhir bulan Ramadan?. Beliau Ibnu Taimiyyah menjawab, "Siang hari sepuluh hari pertama bulan Zulhijah lebih utama dari siang hari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dan sepuluh malam terakhir bulan Ramadan lebih utama dari sepuluh malam pertama bulan Zulhijah." (Majmu' Fatawa, 25/287)[3]. Kenyataan Ibnu Taimiyyah ini juga disokong oleh anak muridnya iaitu Ibnul Qayyim.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Puasa Sunat Hari Arafah - IslamGRID, Jakim Malaysia.[pautan mati kekal]
- ^ Al-Masu'ah al-Fiqhiyah al-Muyassar, 1/254
- ^ Al-Masu'ah al-Fiqhiyah al-Muyassar, 1/256
Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah |
---|
Muharam | Safar | Rabiulawal | Rabiulakhir | Jamadilawal | Jamadilakhir | Rejab | Syaaban | Ramadan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijah |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.